Ahad, 19 Disember 2010
KUIH BINGKA PANDAN
Kuih ni termasuk dalam kategori kuih tradisional, dan agak mudah juga membuatnya..sebab bahan yang diperlukan juga tak banyak...cuma kadang2 disebabkan ia tradisional maka jika kita nak buat guna bahan yang betul2 tradisional maka tu kekadang jadi malas...
OK jom kita semak resepi..dan bahan2 ganti yang boleh kita gunakan..
BAHAN2
1 cawan air *
10 helai daun pandan - di blend untuk dapatkan 1 cawan air pandan*
(bahan bertanda * diblend bersama) kalau tak ada bahan ini boleh guna perisa daun pandan dan pewarna hijau...
4 cawan santan pekat - boleh diganti dengan santan kotak atau susu cair tetapi rasanya juga akan berlainan
2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum - pemilihan jenis tepung akan mempengaruhi fizikal kuih yer..kalau tepung mahal..ia akan lebih cantik yang ini akak guna tepung murah..kurang cantik..sbb tepung mahal da abis stok dikedai berhampiran..
2 biji telur..
CARA2
1. Pukul telur bersama gula pasir...biar sebati tak perlu pukul sampai naik ini bingka yer bukan kek...
2. Masukan santan dan air daun pandan..gaul sebati..jika kurang hijau..tambahkan sedikit pewarna hijau hingga kelihatan menarik..
3. Masukan tepung sedikit-sedikit..gaul sebati jangan ada yang bergentel... dan kalau rasa susah nak hilangkan gentelan tepung tersebut..blend jer..gerenti beres...
4. Setelah siap masukan kedalam loyang..perlu diingat jika nak pastikan kuih mudah dikeluarkan dari loyang sapu loyang dengan sedikit minyak..
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam 15 minit ..mengikut jenis oven kita dirumah
6. Setelah siap...boleh dimakan seperti dibawah nie...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan