Selasa, 28 Disember 2010

BERRY SLICE CHEESE CAKE




kenapa nama kek nie berry slice cheese cake...sebab topping atas tu guna dua jenis berry iaitu blueberry dan strawberry...tu jer sebabnya..dan kek cheese ini menggunakan slice cheese..sebab malas nak cari cream cheese, bukan semua tempat ada jual cream cheese hanya pasaraya besar jer ada jual, macam K4, pacific, the store lain tempat susah nk jumpa kecuali kedai menjual bahan kek, pastu kedai jual bahan kek pun jauh gak dari rumah..maka...buat jer la guna slice cheese, tapi rasa cheese kurang, cuma kek ni agak gebussss...ringan..dan emmm....cair dimulut...


jom akak bagi resepi yer...


BAHAN2

5 keping slice cheese

3/4 cawan susu segar - akak guna susu cair jer

3 biji telur - asingkan kuning dan putih telur

6 sudu gula kastor - guna gula pasir yang halus pun boleh

1 bekas kecil yougrt - perasa blueberry lagi sedap

2 sudu mentega

5 sudu tepung naik sendiri - nk guna tepung gandum pun boleh tapi ayakan 1/2 sudu kecil bikarbonat soda dan 1/2 sudu kecil baking powder

CARA2

1. panaskan susu diatas dapur masukan slice cheese, panaskan sehingga cair dan padamkan api

2. kuning telur telur pukul dengan 4 sudu gula, pukul sehingga adunan berubah warna keputih2an

3. masukan campuran susu dan cheese tadi, masukan mentega pukul lagi, selepas itu masukan pula yougrt

4. masukan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, selepas siap ketepikan

5. putih telur pukul dengan 2 sudu gula, pukul sehingga meringue..kira2 senang..kalau kita terbalikan mangkuk tu dia tak jatuh

6. masukan adunan putih telur kedalam adunan yang telah siap tadi..gaulkan secara kaup dan balik, jangan godak adunan tu yer...godak tu bahasa orang sini ler maksudnya gaul dan pusing macam kita kacau air tu la kan...

7. dah siap bakar secara water bath dalam oven yang bersuhu 170 darjah selama 45 minit..tp yg ni ikut oven masing2 yer .

8. bila dah masak dia akan jadi macam nie...


9. bila da siap masak dan sejuk boleh la hiaskan dengan blueberry atau strawberry filling yer...filling kena cari kat kedai baking yer...sebab kat pasaraya ke kedai biasa payah gak nak jumpa...kalau nak hias tu campurkan sedikit air pada filling tersebut sebab ianya pekat kan...

10..da siap semua simpan sebentar di peti ais dan boleh makan selepas itu..

selamat mencuba yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan