Ahad, 9 Mei 2010

GITAR DAN WANITA



Pandang gitar seperti memandang wanita betul atau tidak... bentuk badan gitar seperti bentuk badan wanita..lengkok, tarikan dan keseronokan ada pada bentuk gitar..

Tak tau la orang lain aku jenis yang agak rockers dan sesekali melayan perasaan dengan muzik.. dan yg pasti aku sesekali akan rasa teruja dengan bunyi bass gitar yang memang menghangatkan suasana.. fuhh...
Antara lagu yang aku suka sangat bass gitar lagu Yang.. nyanyian Wali Band..
Lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Jinbara
Ada la lagi beberapa lagu.. tak ingat tajuk tapi memang best layan bass gitar terutama waktu tension dan boring...

Tapi perlu diingat.. dalam ISLAM.. alat muzik yang bertali adalah dilarang kerana menghayalkan... tak salah sedikit pun.. kerana ianya memang menghayalkan..

BEEF PUFF




BEEF PUFF

Bahan2
Satu paket plain roti canai jenama kawan seperti dalam gambar
Daging cincang jenama Ramly
1 labu bawang besar - potong halus
3 ulas bawang putih - potong halus
3 sudu rempah kurma atau kari
2 biji kentang - racik guna parut atau potong halus
2 biji tomato - potong
1 batang karot
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA2
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan putih, tumis agak2 layu masukan rempah kurma atau kari.. nak masuk kedua2 pun boleh
2. Setelah rempah kering masukan daging cincang dan air, setelah rata masukkan kentang karot..gaul rata.. hingga air kering, setelah itu masukan tomato dan gaul rata, masukan garam secukup rasa...
3. Setelah siap sejukan sebentar.
4. Setelah inti sejuk panaskan oven pula pada 180 darjah selama 10 minit
5. Pasrti roti canai tu sekeping belah 4, ambil satu belahan tersebut dan isi inti, alamak sebelum tu bekas untuk membakar tu sapukan dengan majerin sedikit yer.. untuk elakan melekat..
6. Buat sehingga habis 5 keping roti canai tu dan akan hasilkan 20 keping beef puff.. dan sebenarnya jika nak buat separuh pun boleh..
7. Kalau nak cantik sebelum dibakar atas puff sapukan dengan kuning telur dan selepas itu bakar dalam oven 10 minit...
Siap dimasak dan sedia untuk dingap.. boleh jadi hidangan sarapan pagi atau minum petang.. mudah, cepat, sedap..

Khamis, 6 Mei 2010

WANITA DAN KECANTIKAN




Setiap wanita pasti mengidamkan wajah dan bentuk badan seperti cindy crawford ni kan.. Sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini wanita dan kencantikan tidak boleh dipisahkan memang sangat2 sinonim.. sebab itu wanita perlu menjaga kecantikan dari hujung rambut dari hujung kuku kaki bermaksud setiap inci tubuh wanita akan dijaga
rambut - sekarang dah ditutup dengan tudung beralih kepada fesyen tudung pula.. tetapi penjagaan rambut tetap perlu
muka - itu perkara wajib , ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit semata2 untuk memperolehi kulit muka yang cantik dan mulus
leher - kurang dititikberatkan tetapi jangan lupa... pemakaian barangkemas paling mahal berada disitu, bermakna wanita tetap mahu kelihatan menawan dengan barangan kemas disitu
payudara - disitu terletaknya aset wanita, tak percaya.. renungkan payudara anda dan berfikirlah sendiri.. kebanyakan wanita menginginkan payudara yang cantik dan padat..pemilihan coli mempengaruhi bentuk payudara..wanita memang menjaga bahagian ini sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk memastikan payudara mereka sentiasa kelihatan menawan
pinggang - masa anak dara memang ramping tetapi selepas melahirkan anak ianya kembang sedikit.. aduh pening kepala memikirkan macamana la nak rampingkan pinggan dan mencantikan abdomen diatasnya itu.. tu kena la pakai beautiful..
punggung - yang ni lagi mantap... kena stabil dengan bentuk badan.. kalau besar sangat dan sepungkis...pun pening.. seluar zaman dara dah tentu tak muat.. telan air liur jer la melihatnya.. tak gitu..sanggup juga berhabisan untuk ke pusat2 kecantikan bagi membolehkan ukuran punggung kembali ke asal atau paling tidak menjadi lebih seksi sesuai dengan ukuran badan.. macamana.. bahagian yang ke berapa ni..
peha - aduh nangis nie bila fikir... seluar lama cuma boleh naik takat lutut ke atas sikit jer.. lepas tu kalau nak juga dah sendat macam bungkusan buah nangka masak atas pokok tu.. ngeri tengok peha dah besor macam batang balak... hua... nangis, puasla plak kena exercise untuk kecilkan saiz peha. Bagi yang banyak duit tak jadi masalah.. kalau rajin ke gym pasti ada penawarnya disitu jika tidak pun ada lebihan budget boleh la ke pusat kecantikan buat sekali dengan tummy yang dah berlebihan tu..
betis - ni tak banyak dititikberatkan juga tapi.. bagi yang banyak bulu kat situ risaukan penampilan.. tu yang banyak produk buang bulu tu..untuk wanita la tu..hahahaha.. wanita la sumbernya
kaki - yang ini bahagian paling penting dalam tubuh perlu diambilkira, pemakaian kasut yang tak sesuai akan menyebabkan seluruh tubuh akan terganggu.. dan... kasut wanita yang selesa dan cantik memang mahal.. kalau tak gitu tak wujud jenama kasut mahal tu.. macam.. bonia.. carlo rino.. ntah apa2 lagi la lupa lak.. sbb jarang membeli tuan punya blog nie..

banyak lagi sebenarnya yang dititikberatkan oleh wanita.. yang ditulis di atas hanya sebahagian saja..

Isnin, 3 Mei 2010

MIHUN GORENG KAMPUNG



Masakan ni dah lama buat tapi baru ni sempat masuk,, sebab malas nak masukan .boleh gitu..boleh le blog den suko ati den la yor..

Mudah dilaksanakan dan enak masakan ni.. yer la kan asik makan mihum merah, itam jer...makan la yang putih melepak lak..

BAHAN
1 bungkus mihun
segenggam cili padi.. kalau tak suka pedas kurangkan *
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering atau ikan bilis.. yang ni guna ikan bilis jer udang kering dah abis*
400 gm udang - kalau nak campur sotong atau ayam pun boleh tak de sape marah
100 gm brokoli
100 gm carrot
100 gm bungakobis
200 gm sawi
2 keping tahu - nak masuk boleh tak masuk pun tak per
Sebenarnya kan bahan2 masakan ni ikut apa yang ada dalam peti ais jer pun tak per.. cuma nanti rasa jer yang agak berlainan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnye.. yang kena agak

CARA-CARA
1. Bahan yang bertanda * semuanya dikisar atau tumbuk ..kalau nak lagi sedap tumbuk la cuma yg tak best nanti cik cili tu merayap merata dapur.. aduh malas nak kemas kan
2. Sebelum tu rendamkan mihun tu dulu.. tapi sebenarnya kalau tak rendam.. just cuci jer mihun tu pun tak per..
3. Tumis semua bahan kisar, setelah garing masukan udang dahulu, ianya untuk keluarkan air udang secara semula jadi dan meresap dalam bahan tumis tu tadi
4. Selepas agak2 air udang dah keluar masukan air, jika mihun dah direndam masukan air sedikit sahaja tetapi jika mihun hanya dibasuh pastikan masukan air yg agak banyak sekira2 1 liter
5. Setelah mendidih masukan garam, sayuran yang telah siap di potong dan mihun, kuapbalikan mi tersebut.. jika rasa mi masih keras tambahkan lagi sedikit air jika tidak kuap balik hingga mi berasap .. maksudnya kepanasan telah merata dan mi dah sedia untuk dihidang...

Sebenarnya memasak memerlukan kekerapan latihan jika jarang2 masak kadang skill hilang ....

Ahad, 2 Mei 2010

ISNIN

kenapa ramai yang mengelarkan isnin ..monday blues...

sebab isnin adalah permulaan hari kerja bagi yang bercuti pada hari ahad.. tapi yang sebenarnya monday blues mengambarkan kemalasan orang untuk bekerja pada hari tersebut setelah libur dihujung minggu.. betulkan..