Isnin, 3 Mei 2010
MIHUN GORENG KAMPUNG
Masakan ni dah lama buat tapi baru ni sempat masuk,, sebab malas nak masukan .boleh gitu..boleh le blog den suko ati den la yor..
Mudah dilaksanakan dan enak masakan ni.. yer la kan asik makan mihum merah, itam jer...makan la yang putih melepak lak..
BAHAN
1 bungkus mihun
segenggam cili padi.. kalau tak suka pedas kurangkan *
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering atau ikan bilis.. yang ni guna ikan bilis jer udang kering dah abis*
400 gm udang - kalau nak campur sotong atau ayam pun boleh tak de sape marah
100 gm brokoli
100 gm carrot
100 gm bungakobis
200 gm sawi
2 keping tahu - nak masuk boleh tak masuk pun tak per
Sebenarnya kan bahan2 masakan ni ikut apa yang ada dalam peti ais jer pun tak per.. cuma nanti rasa jer yang agak berlainan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnye.. yang kena agak
CARA-CARA
1. Bahan yang bertanda * semuanya dikisar atau tumbuk ..kalau nak lagi sedap tumbuk la cuma yg tak best nanti cik cili tu merayap merata dapur.. aduh malas nak kemas kan
2. Sebelum tu rendamkan mihun tu dulu.. tapi sebenarnya kalau tak rendam.. just cuci jer mihun tu pun tak per..
3. Tumis semua bahan kisar, setelah garing masukan udang dahulu, ianya untuk keluarkan air udang secara semula jadi dan meresap dalam bahan tumis tu tadi
4. Selepas agak2 air udang dah keluar masukan air, jika mihun dah direndam masukan air sedikit sahaja tetapi jika mihun hanya dibasuh pastikan masukan air yg agak banyak sekira2 1 liter
5. Setelah mendidih masukan garam, sayuran yang telah siap di potong dan mihun, kuapbalikan mi tersebut.. jika rasa mi masih keras tambahkan lagi sedikit air jika tidak kuap balik hingga mi berasap .. maksudnya kepanasan telah merata dan mi dah sedia untuk dihidang...
Sebenarnya memasak memerlukan kekerapan latihan jika jarang2 masak kadang skill hilang ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan