Ahad, 9 Mei 2010
BEEF PUFF
BEEF PUFF
Bahan2
Satu paket plain roti canai jenama kawan seperti dalam gambar
Daging cincang jenama Ramly
1 labu bawang besar - potong halus
3 ulas bawang putih - potong halus
3 sudu rempah kurma atau kari
2 biji kentang - racik guna parut atau potong halus
2 biji tomato - potong
1 batang karot
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA2
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan putih, tumis agak2 layu masukan rempah kurma atau kari.. nak masuk kedua2 pun boleh
2. Setelah rempah kering masukan daging cincang dan air, setelah rata masukkan kentang karot..gaul rata.. hingga air kering, setelah itu masukan tomato dan gaul rata, masukan garam secukup rasa...
3. Setelah siap sejukan sebentar.
4. Setelah inti sejuk panaskan oven pula pada 180 darjah selama 10 minit
5. Pasrti roti canai tu sekeping belah 4, ambil satu belahan tersebut dan isi inti, alamak sebelum tu bekas untuk membakar tu sapukan dengan majerin sedikit yer.. untuk elakan melekat..
6. Buat sehingga habis 5 keping roti canai tu dan akan hasilkan 20 keping beef puff.. dan sebenarnya jika nak buat separuh pun boleh..
7. Kalau nak cantik sebelum dibakar atas puff sapukan dengan kuning telur dan selepas itu bakar dalam oven 10 minit...
Siap dimasak dan sedia untuk dingap.. boleh jadi hidangan sarapan pagi atau minum petang.. mudah, cepat, sedap..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan