Rabu, 9 November 2011

ALLAH


Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang
email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH
, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.



Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran
semacam inilah yang ..... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan
ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam
JUMAAT?

Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?
Kita suka
ALLAH pada masa kit a sa kit ....

Dan sudah pasti waktu ada
kematian...
Walaubagaimanapun kit a tidak ada masa atau ruang untuk
ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kit a mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung
padaNYA.
Semoga
ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu
dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)



Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA berikan kepada kit a.
DIA
telah memberikan segala-galanya kepada kit a sebelum kit a meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR
MENGHAYATI!! !



Ya aku
CINTA ALLAH ...


Dia
adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


IA lah
yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang
mudah.


Kalau anda benar meyintai
ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda



Sekarang!!!
Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Pastikan anda scroll hingga
ke penghabisan.


Susah vs. Senang



Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran
?



Kenapa mengantuk dalam
MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang
pernah kit a terima.
Solat
adalah yang terbaik.....


Tidak
perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia
TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.



Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "
AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).



Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai
ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.




Aku ber
DOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.





CUTI-CUTI HUJUNG MINGGU KE TIOMAN






Cuti sekolah susah nak jalan sebab suami sibuk dengan kerja...sebab kerja berkaitan dengan kenduri ni kan memang penuh waktu cuti sekolah, jadi bila ada waktu free je..tanpa perancangan, kemas baju pack dan terus pergi...kali ni kami sekeluarga ke Mersing dan pulau Tioman...cantik pemandangan..menyejukan mata...relex kan minda

Selasa, 2 Ogos 2011

RAMADHAN

Puasa kan letih semacam macam kucing kat atas ....puasa pertama merupakan puasa paling mencabar untuk anak2 ku si Nurin Faqihah dan Nabila Rauqah, pengalaman puasa tahun lepas agaknya diaorang dah terlupa...pagi2 lepas bersahur lansung tak tidur..gagah perkasa bermain dengan sepupu2 diaorang, mama pergi pasar cari lauk pun sibuk nak ikut... masuk pukul 1230 tengahari masing2 dah macam ulat kepanasan... dialog diorang
" mama boleh tak kitaorang buka panas la mama haus...boleh la mama.."
mama jawab " boleh...boleh ..boleh buka nanti pukul 7.23 petang nanti..." hehehhee...
Hambik...sapa suruh main tak henggat kan dah haus...
Jadi masing2 terus tido ..tido..tido dan tido sampai waktu berbuka hampir sampai...dan si Nabila nak mandi pun tak larat...mama mandikan adik eaa... adik tak larat la...sian anak2 mama...

Masuk hari ke 2, masing2 dah ada pengalaman puasa pertama tu..maka semua bersahur dengan penuh semangat dan minum air kosong bila disuruh... dan masing2 ambil jalan selamat..menyimpan tenaga...hehehehe... bagus anak2 mama...

Menu berbuka semalam juga atas permintaan anak2...semua mama masak sendiri termasuk menu bersahur

Menu berbuka 2 Ramadhan
1. Mee Hailam... versi asing kuah dan mee sebab tak nak mee kembang kalau masuk sekali
2. Murtabak...ayam... tepung telah diuli.. minta tolong biras uli guna mesin.. tinggal tebar dan letak inti jer...
3. Air tebu + cincau..

Menu bersahur
1. Sambal tumis
2. Kuah mee hailam tu ada lebih ...makan tu jer la...tak payah masak sayur lain
3. Brutu goreng...apa brutu tu ... ( tutttt..ayam tu) anak2 memang suka jadi aku beli yang mentah kat kedai jual ayam kat rumah tu..bersihkan betul2.. gorang untuk anak2

Menu 3 Ramadhan
1. Ikan kurau kering masak asam pedas dengan terung (ikan tu kena rendam semalaman untuk buang asin dan ikan tu akan kembang cantik)
2. Ikan caru bakar
3. Sayur goreng
4. Murtabak ayam lagi...atas permintaan anak2
5. Dadih 2 lapis...pagi2 dah siap buat...buka nanti tinggal makan..sejuk jer ..emmm...sedap..

Sahur...tak fikir lagi sok pulak eaaaa...


Rabu, 27 Julai 2011

SEPAGI BERSAMA ANAK2





Aktiviti pagi ahad bersama anak2.. 2 orang ni jer yang nak ikut mama gi exercise..yang 2 lagi nak layan tido kat rumah..nasib la kan...mama pegi mana lepas tu korang tak yah la tanya..hehehe..

Lepas gi exercise..terus pegi sarapan..huhuhu macamana la nak kurus...lepas senam gi makan la pulak... lepas tu pegi pasar cari lauk untuk minggu tu.. dah ronda2 kat pasar ada lagi barang yang tak lengkap..terus pegi carefour cari barang.. siap semua balik rumah dalam pukul 1130 pagi.. Walaupun lepas senam gi makan tapi berbaloi juga la sebab lepas tu pegi jalan2 cari barang lagi, memenatkan...

Tapi bukan selalu dapat buat aktiviti macam nie..sesekali jer, sebab banyak aktiviti lain yang perlu dilaksanakan waktu cuti hujung minggu ni kan...




Gambar di atas sekadar hiasan...pada minggu lepas 18/7/2011 ibu mertuaku telah meninggalkan kami selama2nya...mudah2an rohnya ditempatkan di kalangan orang yang solehah.. Mak memang ada sakit jantung dan beberapa kali masuk hospital disebabkan sakitnya itu.. tetapi kematiannya adalah secara mengejut... tak sakit cuma mengadu sering penat nafas jer.. pagi sebelum saat kematian sempat lagi dia memasak lauk untuk bapa mertua..masak asam rebus ikan parang bersama nenas.. Masih sempat berbual2 dengan kakak ipar yang baru jer balik ke rumah mak pada jam 11 pagi tu.. tetapi pada jam 12 tghari... mak telah meninggal tanpa pesan.. hanya sesak nafas 2 kali dan terus pergi... terasa sekali.

Mak pergi meninggalkan kami saat hampirnya bulan Ramadhan... yang paling terasa ialah bapa mertua, mujur anak2 ramai..boleh la bergilir untuk melihat2 bapa....

Selasa, 26 Julai 2011

PUASA


salam semua....Link

Sekejap jer waktu berlalu kan ...dah nak timbul Ramadhan lagi...mudah2an Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini kan... Moga dipermudahkan Allah untuk kita perbanyakan amalan...amin..........



Aku adalah hambaMu yang hina ya Allah
Ampunilah segala dosa2 ku ya Allah..
Berikan daku kekuatan untuk sentiasa mengingatiMU
Menjalankan kewajipan ku kepadaMu ya Allah...
Jadikanlah daku hambaMu yang sentiasa mentaati
Segala perintahMU
dan Menjauhi segala laranganMU ya Allah...
Ya Rohman, ya Rohim, ya Hayyu , ya Qayyum....
Bimbing la aku menuju ke jalanMU
Semoga Ramadhan kali ini
Dapat ku perbaiki kelemahan diri...
Bantulah hambaMU ini ya Allah....

Khamis, 30 Jun 2011

Gambaran Hari Qiamat



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

PATUT TAK KALAU POS INI

hehehehehehehe...seronok giler bila jumaat sebab sok sabtu off day...untuk kerja ofis je la kan tapi keje rumah lagi banyak bertimbun ..huhuhu..tak pernah habis..bertimbun2 menunggu... jom la tengok sampai bawah eh..
!!!No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow
No Work Tomorrow No Work Tomorrow No Work Tomorrow

Today isFRIDAY!!!!



YESSSSS!!!!!



HAPPY HOLIDAY & WEEKEND!!!



Did I say it enough??