Selasa, 28 Disember 2010

SARAPAN PAGI...topik hangat

hari ni akak cuti nak kemas rumah...kemas pekakas sekolah anak2..pagi dah bangun tapi anak2 tak bangun lagi..maka mama dan papa pergi sarap dulu la yer...anak2 tinggal beli bungkus jerk..mama malas nak masak ari ni
balik sarapan borak2 ngan hubby..citer2 ada isteri kawan dia mengandung anak kedua tapi anak pertama dah berumur 16 tahun...peh kira2 macam mengandung anak pertama lak kan gitu..
pastu aku tanya kat hubby napa nak suruh mama mengandung lagi ker...
dia jawab tak la..bagi papa kawin lagi jer....amboi....maka mama pun jawab boleh2...tapi mama nak
kereta - paling cikai pun stream ke wish , tu paling cikai tau..sebab senang mama nak jalan bawa anak2 nanti..papa tinggal ler dengan bini baru..mama tak kuasa nak layan...^_^
belanja - sebulan paling tidak pun RM 3000.00 tu belanja rumah jer tau tak masuk lain2...
bonus - ujung tahun mama nak RM 6000.00 mama nak pegi melancong luar negara, pegi umrah ker ikut suka mama la kan..papa tinggal...
rumah - yang sediada ni cukup la tapi kena betulkan balik dulu..kira2 budget pun tak banyak ala baru RM50,000.00 jer kot gitu2.. ala bukan banyak pun
papa tanya...eh mama kan ada gaji sendiri?
mama jawab tu duit mama, mama nak melaram pakai baju vouge, kasut ada kelas, handbag ada harga, tudung ada gaya... yang tu duit mama ler...suka ati mama nak buat apa...
papa cakap , ala ustazah tu mana ada bergaya2 simple jer
mama jawab... ala dia kan ustazah memang dah gitu gayanye mama lain...dah nanti papa cari bini nak vouge2 lawa2, tak kan mama nak suh selekeh jerk...banyak la...
Ni kalau nak kawin lagi bini nombor satu kasi cukup2 maintainence baru la bleh buka cawangan..kalau agak2 bini yg 1 ni pun kasi zahir batin ala2 jer...emmmm..... payah ler tak payah ler nak kata sunnah Nabi....
habis sembang pagi...papa dah keluar gi kerja..mama kena sambung tugas mengemas rumah...
borak2 ceria pagi... borak sambil gelak2 , kalau boleh tak la perkara tu terjadi kat akak nie...tapi biasa la orang lelaki ni kan...citer kawin satu lagi ni adalah lumrah bagi orang lelaki..kalau lelaki tersbut tak ada niat langsung nak kawin lagi tak normal la lelaki tu...
cuma yang membezakan iman dan nafsu jer...kalau kawin dengan nafsu maka nafsu la yang diperolehi tapi kalau kawin dengan iman...Insyaallah bahagia di dunia dan akhirat kita...

MUSIM UDANG...UDANG BALING BALING

Maaf yer bukan musim udang kat sungai ke laut tapi musim udang kat rumah...yang ni masak pun ala2 jer..sebab cik abang dah tanya..eh mana udang beli aritu yer...napa tak masak lagi...maka aku pun keluarkan ler udang tu cukup2 jer sorang 1 ..sebab dah ada lauk lain kat rumah..tapi...semua makan terkulat2 ler sebab tak puas...hehehehe...sian jer anak2 mama
masak pun guna resepi mudah jer ..kira baling2 siap jer la...tu pun menjilat jari sebab udang baru pastu udang laut lak kan..kalau udang bela..rasanya agak kurang sedikit
ok jom akak bagi resepi udang baling baling nie

BAHAN2
6 ekor udang bersaiz sederhana
1 biji telur
1/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil ketumbar*
minyak untuk mengoreng
garam secukup rasa
1/2 cawan air

CARA2
1. siang udang dan bersihkan
2. tumbukan bahan yang bertanda bintang, sebab ckt kan kalau nak kisar macam tak lumat jerk..jadi kena tumbuk guna lesung yer...
3. panaskan minyak, masukan bahan yang telah ditumbuk dan masukan garam..bila dah garing masukan udang dan tutup..sebab udang bersaiz agak besar kena pastika betul2 masak yer
4. balik2 kan udang jika agak2 dah cam garing sangat masukan air, kalau tak hangus nanti...
5. bila dah agak2 udang masak pecahkan telur dan tutup sebentar kuali...
6. bila telur dan mengeras..balik2 kan dan angkat..maka sedia untuk dihidang dan maka..
udang ni kan makan sejuk pun sedap...sebab udang barukan ..dia punya rasa memang umph...bukan takat jilat jari habis semua yang berbaki dijilat...hehehehe....anak2 akak ler tu..

BERRY SLICE CHEESE CAKE




kenapa nama kek nie berry slice cheese cake...sebab topping atas tu guna dua jenis berry iaitu blueberry dan strawberry...tu jer sebabnya..dan kek cheese ini menggunakan slice cheese..sebab malas nak cari cream cheese, bukan semua tempat ada jual cream cheese hanya pasaraya besar jer ada jual, macam K4, pacific, the store lain tempat susah nk jumpa kecuali kedai menjual bahan kek, pastu kedai jual bahan kek pun jauh gak dari rumah..maka...buat jer la guna slice cheese, tapi rasa cheese kurang, cuma kek ni agak gebussss...ringan..dan emmm....cair dimulut...


jom akak bagi resepi yer...


BAHAN2

5 keping slice cheese

3/4 cawan susu segar - akak guna susu cair jer

3 biji telur - asingkan kuning dan putih telur

6 sudu gula kastor - guna gula pasir yang halus pun boleh

1 bekas kecil yougrt - perasa blueberry lagi sedap

2 sudu mentega

5 sudu tepung naik sendiri - nk guna tepung gandum pun boleh tapi ayakan 1/2 sudu kecil bikarbonat soda dan 1/2 sudu kecil baking powder

CARA2

1. panaskan susu diatas dapur masukan slice cheese, panaskan sehingga cair dan padamkan api

2. kuning telur telur pukul dengan 4 sudu gula, pukul sehingga adunan berubah warna keputih2an

3. masukan campuran susu dan cheese tadi, masukan mentega pukul lagi, selepas itu masukan pula yougrt

4. masukan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, selepas siap ketepikan

5. putih telur pukul dengan 2 sudu gula, pukul sehingga meringue..kira2 senang..kalau kita terbalikan mangkuk tu dia tak jatuh

6. masukan adunan putih telur kedalam adunan yang telah siap tadi..gaulkan secara kaup dan balik, jangan godak adunan tu yer...godak tu bahasa orang sini ler maksudnya gaul dan pusing macam kita kacau air tu la kan...

7. dah siap bakar secara water bath dalam oven yang bersuhu 170 darjah selama 45 minit..tp yg ni ikut oven masing2 yer .

8. bila dah masak dia akan jadi macam nie...


9. bila da siap masak dan sejuk boleh la hiaskan dengan blueberry atau strawberry filling yer...filling kena cari kat kedai baking yer...sebab kat pasaraya ke kedai biasa payah gak nak jumpa...kalau nak hias tu campurkan sedikit air pada filling tersebut sebab ianya pekat kan...

10..da siap semua simpan sebentar di peti ais dan boleh makan selepas itu..

selamat mencuba yer...

Isnin, 27 Disember 2010

KEMBALI KE SEKOLAH....


anak2 akan kembali ke sekolah tak berapa lama lagi....macam2 benda nak kena buat, senarainya adalah
1. beli baju sekolah
2. beli kasut sekolah
3. uruskan anak darjah 1
4. uruskan anak tingkatan 1
5. uruskan anak tingkatan 4 sebab nak anta ke sekolah vokasional,..anak sulung kata dia nak jadi chef..jadi mama usahakan supaya dia boleh amik jurusan katering kat sekolah vokasional
6. bayar yuran anak2...sekolah rendah, menengah dan sekolah agama....
7. beli keperluan peralatan sekolah...

adeh...banyaknya aktiviti sekolah 2 minggu nie.....tak per...buat satu2 yer...
hari ni kena uruskan yang nak masuk tingkatan 1 tu...

Khamis, 23 Disember 2010

KEHIDUPAN, PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN


Sebagai seorang ibu, tahun ini merupakan tahun yang mencabar minda dan fizikal...kerana tahun ini anak2ku menghadapi peperiksaan besar iaitu UPSR dan PMR...puas minta mereka berusaha dan belajar disamping aku membantu memohon kepada Allah s.w.t agar memberikan mereka kejayaan ......

tetapi bila keputusan keluar...hasilnya amat mengecewakan aku...emmm..... mungkin ini cabaran hidupku...dalam kehidupanku kadangkala bila diimbas kembali..Allah memberikan aku banyak kemudahan tak seperti sesetengah orang...syukur Alhamdulillah...tetapi rupanya inilah cabaran yang perlu aku hadapi..anak2ku tak secemerlang anak orang lain...aku perlu berusaha secara fizikal dan spiritual lagi untuk menghadapi cabaran ini...

seusia 23 tahun aku telah pun dipertemukan jodoh dan 10 bulan selepas itu aku diberi rezeki Allah mendapat seorang cahayamata lelaki ..cukup segala sifat...aku bersyukur...setahun selepas itu aku diberi rezeki oleh Allah, aku mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah sarjana muda...maka aku pun mendaftarkan diri sebagai pelajar dan meneruskan pengajian selama 3 tahun...walaupun keputusan peperiksaan setiap semester tidak begitu membransangkan tetapi aku lulus setiap semester ...sewaktu di tahun akhir aku disahkan mengandung anak kedua..dan selamat melahirkan anak kedua lelaki, sewaktu bergelar pelajar...walau perit tetap aku lalui dengan tabah...

selepas tamat pengajian aku terus dinaikan pangkat, perjalanan hidup sebagai seorang pekerja bermula semula...selepas 3 tahun aku dinaikan gred....dan 2 tahun selepas itu aku dinaikan gred lagi....tampak mudah semuanya...dalam pada itu aku memperoleh anak ketiga dan keempat dan kedua2nya perempuan ...lengkap aku mempunyai 2 pasang anak lelaki dan perempuan...semuanya dilihat begitu mudah..indah...
3 tahun selepas itu aku dinaikan gred lagi..tetapi kali ini aku melihat tugas2ku memerlukan komitment yang agak tinggi..aku bekerja dibidang kejuruteraan dan bekerja dibahagian operasi..aku sering berkira2 untuk melepaskan jawatan ini dek kerana tekanan kerja dan aku merasa agak sukar untuk menyeimbangkan waktu untuk kerjaya dan keluarga...

jika diikutkan aku suka bekerja dan boleh menjadi gila kerja.. tetapi bila difikir semula, adakah cukup penghidupan didunia ini dengan memikirkan dunia semata...aku jadi kalah dengan keadaan ....ditakdirkan Allah maka dibukakan pintu hati ini untuk memohon kerja lain yang agak lebih tersusun jadual kehidupanku, dan Allah memberi aku rezeki dengan memberikan aku kerja tersebut...setelah berbincang dengan suami dan memohon petunjuk dari Allah maka aku meletakkan jawatan dan menerima jawatan tersebut..walau gaji lebih rendah dan banyak kemudahan terutama kesihatan tiada..tapi aku terima jawatan tersebut kerana masa yang lebih teratur dan lokasinya lebih hampir dengan rumah dan kurang sangat risiko untuk berpindah randah...

sebelum ini aku sering berulang alik dari rumah ketempat kerja sejauh 120km pergi dan balik..dan ia memang memberi tekanan juga kepada diriku..

dan cabaran terbesar dalam hidupku kini adalah untuk mendidik anak sendiri agar berjaya didunia dan akhirat..cukup mencabar minda, fizikal, mental dan money....aku seharusnya bersyukur dengan kurniaan Ilahi...anak2 ku cukup segala sifat mental dan fizikal cuma aku perlu lebih berusaha untuk menjadikan kesemua mereka Khalifah Allah dimuka bumi ini..doakan aku jer kawan2 yang rajin membaca luahan perasan cetusan kata walau di alammaya sahaja...

Ahad, 19 Disember 2010

KEK AIS KRIM


Ini adalah percubaan pertama akak buat kek ais krim ...resepi asal dari blog Cik Mat Gebu tapi akak oter guna bahan yang ada kat rumah...nak ikut betul2 pengsan ler..huhuhu..Cik Mat tu dah pro..akak nie amatur jerk..
Lapisan kek tak berapa jadi sebab tak nak ikut cara sifu..padan muka aku..tapi takat nak makan anak2 boleh le..takpe..takpe lain kali ikut cara cik mat yer...
Sepatutnya kek ni dimasukan kedalam bekas yang betul2 boleh muat kek dan dilapis dengan plastik untuk mendapatkan fizikal kek yang menarik dan cun...
Okey jom kita tengok bahan2 dan cara2 buat kek nie ea...

BAHAN2
3 biji telur
250 gm tepung optima..tepung nie siap gula so tak yah campur gula lagi mudah
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung..klu nak letak mentega yang dicaikan pun boleh
1/2 cawan air masak
1 mangkuk ais krim untuk melapis nanti...huhu tak yah buat yer beli jerk yg da siap kat kedai tu...

CARA2
1. Pukul telur bersama 1/2 cawan air sehingga kembang
2. Setelah itu masukan tepung dan serbuk koko..pukul selama 5 minit
3. Masukan pula minyak tadi dan pukul lagi selama 2 minit...pukul guna mixer yer..klu guna tangan akak tak ukur ler plak brape minit...
4. Setelah siap bakar selama 1/2 jam hingga 45 minit mengikut oven masing2
5. Da masak kan keluarkan dari loyang dan sejukkan...
6. Da sejuk kek tu potong kek menjadi 3 lapis....akak malas nak bakar sikit2, iaitu selapis..selapis..jadi akak bakar sekali pastu potong jadi 3 lapis..huhuhu..
7. Dah tu ..amik plastik..alas atas loyang ..masukan lapis yang pertama...pastu lapis guna ais krim...lapis sampai siap...masukan kek kedalam peti ais yang tempat beku tu yer...selama 4 hingga 5 jam sebelum kek boleh dimakan

Kek ni akak buat malam...jadi pagi2 tu sarapan ngan kek ais krim hehehehe...excited beb...

KUIH BINGKA PANDAN




Kuih ni termasuk dalam kategori kuih tradisional, dan agak mudah juga membuatnya..sebab bahan yang diperlukan juga tak banyak...cuma kadang2 disebabkan ia tradisional maka jika kita nak buat guna bahan yang betul2 tradisional maka tu kekadang jadi malas...
OK jom kita semak resepi..dan bahan2 ganti yang boleh kita gunakan..

BAHAN2
1 cawan air *
10 helai daun pandan - di blend untuk dapatkan 1 cawan air pandan*
(bahan bertanda * diblend bersama) kalau tak ada bahan ini boleh guna perisa daun pandan dan pewarna hijau...

4 cawan santan pekat - boleh diganti dengan santan kotak atau susu cair tetapi rasanya juga akan berlainan
2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum - pemilihan jenis tepung akan mempengaruhi fizikal kuih yer..kalau tepung mahal..ia akan lebih cantik yang ini akak guna tepung murah..kurang cantik..sbb tepung mahal da abis stok dikedai berhampiran..
2 biji telur..

CARA2
1. Pukul telur bersama gula pasir...biar sebati tak perlu pukul sampai naik ini bingka yer bukan kek...
2. Masukan santan dan air daun pandan..gaul sebati..jika kurang hijau..tambahkan sedikit pewarna hijau hingga kelihatan menarik..
3. Masukan tepung sedikit-sedikit..gaul sebati jangan ada yang bergentel... dan kalau rasa susah nak hilangkan gentelan tepung tersebut..blend jer..gerenti beres...
4. Setelah siap masukan kedalam loyang..perlu diingat jika nak pastikan kuih mudah dikeluarkan dari loyang sapu loyang dengan sedikit minyak..
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam 15 minit ..mengikut jenis oven kita dirumah
6. Setelah siap...boleh dimakan seperti dibawah nie...



Khamis, 16 Disember 2010

LAGI...MANIK MANIK..TUDUNG





Ini beberapa lagi hasil keras tangan..untuk koleksi tudung, sebenarnya dalam menghasilkan manik tersebut padanan warna antara manik dan kain tudung juga penting..baru jahitan yang dihasilkan tampak menarik dan vouge gitu...

Yang benornya juga bergantung kepada mood orang yang menjahitnya juga...kalau gak ari tu mood cerah ceria maka..memang ceria giler yang hasilnya..tapi gak aritu mood tak berapa semegah...maka...hasilnya agak kurang ler...kalau yang agak kurang tu biasanya aku akan buka semula dan jahit balik ...tak puas ati punya pasal...sukati aku la kan tudung aku...aku jahit..sapa nak marah kan...hehehehe..



Rabu, 15 Disember 2010

MANIK-MANIK




Seronok bila bermain dengan minda..mencabar minda menghasilkan sesuatu yang berlainan dari bidang tugas sebenar, baru kita tahu dimana kita sebenarnya...jika memang kita seorang yang kreatif dan inovatif maka terhasil sesuatu yang menarik dan cantik untuk dipandang oleh kita dan orang lain...kalau orang kata tak cantik ..biar la kan.....

Aku punya hobi ..ikut rasa..kalau rasa seronok nak membaca maka aku berulit la dengan buku..kalau rasa aku nak menjahit maka aku berulit ler dengan benang, jarum dan kain.. kalau rasa nak memasak maka keje makan jer la orang2 yang ada dalam rumah...

Gambar kat atas tu salah 2 hasil jahitanku. Menjahit manik ni hobi baru, habis semua tudung2 aku ku jahit...menyeronokan dapat menghasilkan sesuat yang tampak menarik dan cantik dipandang...tambahan pula hasil kreativiti sendiri..tapi pun begitu ...selepas tercebur dalam aktiviti ini baru aku tahu manik ini agak mahal harganya terutama manik yang berkilat dari Jepun dan yang besar...kalau nak dapatkan yang lebih cantik dan murah kena la pergi cari kat KL..klu takat kat cni ada yang menarik tapi harga lebih sedikit berbanding di KL..pun begitu dek minat poketku turutkan jua kehendak hatiku...

Terasa teruja bila ada yang memuji hasil kerja tangan ku ...emm..memang orang perempuan memang suka dipuji kan..tak kisah la ...bukan nak besar diri tetapi seronok di hati jer.. kalau orang tak puji pon puji diri sendiri jer la kan...

Bila da habis semua tudung aku jahit..aku jangkitkan pulak kat tudung mak...lip lap lip lap ler tudung mak nanti...yang ini hasil untuk tudung mak...


Isnin, 13 Disember 2010

UDANG DAN KOLESTROL


Bagi sesiapa yang memandang gambar udang di atas nie..agak2 rasa mengiurkan tak?... Tak ker...heee..bagi aku la udang nie peh memang mengiurkan...

Harganya mencecah RM60.00 sekilo waktu Raya Cina..jika hari2 biasa dapat juga RM 45 ke RM 50 bergantung kepada kuantiti udang tersebut. Jika banyak kuantitinya maka berkurang ler sedikit harganya...jika banyak emmm..maka meningkat ler kan...

Dengan besarnya udang tersebut maka banyak ler kolestrol udang nie..hehehehe..tapi disebabkan sedap maka kolestrol tu kita letak ler kat tepi... nanti sakit kita cari ubat eaa... Bagi kami sekeluarga sesekali kami akan beli udang nie untuk jamu anak2, tak le diorang gelojoh bila sesekali jumpa..
Kata mak mertua aku." ko belikan diaorang udang sampai jemu makan..nanti da jemu tau ler diaorang berhenti makan".. jadi kami suami isteri kadang bila tengok anak2 da mula gelojoh ngan udang, kami akan jamu sampai jemu... nanti lama la diaorang tak minta...

Kolestrol udang antara yang paling tinggi dan penyebab kepada naiknya LDL (kolestrol jahat), bila kolestrol jahat ini meningkat maka risiko kepada beberapa penyakit akan meningkat juga terutamanya penyakit lemah jantung. Udang juga mempunyai asid yang boleh menyebabkan penyakit "gaot" di mana tumpukan asid berlebihan didalam badan menyebabkan sendi2 badan menjadi sakit dan kadangkala ianya menjadi bengkak...

Pada zaman sekarang ini terutamanya di Malaysia, rakyat dinegara kita ini kebanyakan mengalami sakit kerana terlebih makan...tak kata orang lain , fakta ini untuk mengingatkan diri aku sendiri juga sebenarnya... Bila nak makan atau membeli makan tu ingat2 la orang susah..klu tak perlu baik duit tu sedekahkan jer kat orang susah...huhuhuhuhu..

Ahad, 12 Disember 2010

KUMON ASHR 2010




Majlis penanugerahan KUMON Advanced yang berlansung di BP Mall...untuk tahun 2010..syukur Nabila dapat pingat Bronze...

KEK PULUT



Bila tang datang rajinnya aku nie..mula la satu hari post sampai 2 ke 3 entri..bila tang datang malas..hambik..terbior je blog aku nie..

yang ni saja nak bagi tunjuk kat kengkawan..aritu aku teringin nak makan pulut..bukan ngidam eaa.. teringin jer..jadi aku kirim kat kawan...sebab dia balik utara maka aku kirim le..sebab pulut ni dari belah2 utara Malaysia nie lebih enak dan gebu..kalau beli pulut kat kedai biasa kat sini..emmm.... tak sun....bila nak makan..keras bila da sejuk...

kat umah plak ada beli serunding daging dari sorang kawan gak nie..tapi agak kasar..bila nak dikawinkan ngan pulut tu cam tak best jerk..jadi malam tu aku pun projek blend balik serunding tu ngan blender kering..maka halus la serunding ku itu...

disebabkan nak makan pulut tu pagi utk sarapan maka malam tu gak aku masak pulut tu dengan periuk tanah..untuk memudahkan proses mencetak pulut tu sok pagi2...kalau panas2 kang tangan aku gak yang melecur...


maka terhasil la pulut bertingkat pagi2 kat umah...

CHEESE KEK LAGI.....




Maaf la kat kengkawan yg follow blog nie..akak nie tengah gila buat cheess kek..dengan pelbagai resepi dan oven...dan yang ini aku guna oven dengan api atas dan bawah 170 darjah...dibakar selama 1 jam mengikut resepi sebelum ini..dan hasilnya tepi kek tu cantik putih mulus...gebu. emmm... meransang selera..huaaaaa....cuma tepi tu tak brape cantik sebab aku alas ngan aluminium foil sebab ni buat kat rumah mak ..loyang yg boleh buka tapak tu tak ada..pastu lupa lak nak bawa yg kat umah punya...jadi guna jer la apa yg ada..

Gambar bawah ni selepas di solek dengan sedikit hiasan...