Ahad, 14 Oktober 2012

NASI AYAM KAMPUNG


Anak2 sibuk suruh mama buat nasi ayam...tapi mama malas nak buat.huhuhu boleh gitu... tapi dah tak boleh tolak kena buat juga.. jumaat lepas buat.. ayam seksi ni guna ayam kampung...anak2 kalau ayam kampung nie memang suka sangat2...silap2 mama pun cuma jadi tukang masak jer tak dapat rasa, kalau ayam kampung seekor tu sekali jalan jer ada sekali tu akak masak ayam kampung balik keje makan kuah jer mama..huhuhuhu...

Meh ler kita tengok resepi nasi ayam kampung nie...

BAHAN2

NASI
6 cawan beras basmathi
4 sudu margerin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
7 cawan air rebusan ayam

AYAM
1 ekor ayam kampung
10 tangkai lada kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kicap pekat
5 sudu kicap lemak manis
5 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu gula pasir
air secukup rasa
minyak untuk menumis

SUP
kaki ayam, leher dan beberapa bahagian tulang
rempah sup
1/2 inci halia
1 ulas bawang putih

SOS LADA
1 biji tomato biji
3 tangkai lada kering
1 ulas bawang putih
2 sudu gula
garam secukup rasa 
air 2 cawan


CARA2
1.  Mula2 potong ayam mengikut citarasa masing2, cuci dan rebus bersama lbhkurang 8 cawan air.. rebus 20 minit.
2.  Cuci beras dan toskan, panaskan periuk dan masukan margerin.. setelah cair masukan bawang besar yang telah di mayang, tumis bawang hingga layu... selepas itu masukan beras dan tumis sebentar beras..ala golek2 ler beras tu biat mesra dengan mergerin dan bawang... dalam 5 minit gitu..dah tu masukan air rebusan ayam tadi.. bawang putih dan halia ketuk2 dan masukan kedalamnya..alamak lupa..tambah sedikit garam...sikit jer sebab margerin dan masin. Masak hingga hampir kering, bila dah hampir kering alihkan periuk ke dalam rice cooker letrik tu yer...nk mudah dan cepat.
3.  Ayam yang dah direbus tadi toskan...lepas tu curahkan kicap pekat dan kicap lemak manis beserta gula dan gaul rata... tepikan sebentar
4.  Kisarkan lada kering dan bawang putih, bawang besar mayang jer.  Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan lada kering tadi hingga naik minyak...kemudian masukan ayam yang telah diperap tadi..masukan air... masakan hingga ayam empuk..ayam nie ayam muda jadi cepat empuk kalau nk guna ayam bandar..ayam goreng dulu yer..baru sedap..  Bila ayam dah mula empuk masukan sos cili dan sos tiram dan sedikit garam..rasa ler kadar kemasinan tu jgn tengok jer tau.....dah tu masak hingga pekat...dimana sos melekat kat ayam.
5.  Untuk sup...ada lbhkurang 1 cawan air rebusan ayam yang tinggal kan..klu suka boleh tambah air lagi dalam 2 cawan.. masukan rempah sup, titikan halia dan bawang putih.. garam dan reneh sup hingga kaki dan leher ayam empuk...kalau suka boleh masukan sayuran kalau tk suka biar jer gitu..
6.  Untuk sos kisarkan lada kering, bawang putih.... masukan dalam periuk panaskan..masukan air, garam dan gula..tomato potong dadu..reneh hingga dalam 1 cawan sos...siap
7.  Hidang nasi ayam dengan timun dan daun salad...tapi daun salad tk ada kt umah yg ada timun tu jadi mcm gambar kt atas tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan