Selasa, 29 Mei 2012

LAUK PAUK UJUNG MINGGU




Ini lauk pauk yang dimasak hujung minggu tempohari untuk majlis perkhawinan ada 3 majlis so kena masak untuk 3 tempat...huhu..buat sorang2 lotih...nasib ada anak dara kecil yang rajin membantu mama bereskan kerja rumah kalau tak pingsan gak...

Ikan siakap masam manis...ayam goreng sos lada hitam sotong goreng , sayur paprik dan buah2an..cukup la tu kan...

Akak bagi resepi sayur jer la eh..yg lain2 tu esok2 pulak eh

BAHAN2
Kobis bunga
Lobak merah
Kacang pis
Putik jagung
Lada benggala
Kacang panjang
Kobis pokok
Ayam cincang
Bawang besar
Bawang putih
Sos cili
Pes tomyam
Daun limau purut atau daun ketumbar
minyak
garam

CARA2
1.  Disebabkan akak masak banyak so akak tak bagi timbangan tapi kalau nak masak untuk sekeluarga jangan banyak2 la eh....sikit jer mcm lobak tu separuh jer, kacang panjang 3 batang jer...sikit2 semua sebab bila dah campur2 banyak nanti....sayur tu semua hiris ikut suka la eh kalau suka panjang2 buat kalau akak suka potong panjang2 cam cantik jer bila dah masak tau
2.  Ayam amik dada sebelah jer cincang tapi bila nak masak banyak kena banyak la kan
3.  Bawang besar ngan bawang putih hiris2 jer, panaskan kuali dan masukan minyak...bila dah pijar masukan bawang...dah layu masukan ayam..golek2 sampai agak masak masukan sos cili dan pes tomyam....da sebati masukan sayur2an tadi, mulakan dengan sayur yang agak keras...lobak, kacang panjang gaul2 dulu agak2 dah layu baru masukan sayur yang lain.
4..Sayur2 ni kalau nak sedap goreng tak payah lama kalau layu sangat tak sedap...agak2 makan masih bunyi kruupp2 tu ygn best... kalau dah siap taburkan dengan daun ketumbar dan gaul2 siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan