Selasa, 15 Mei 2012

AYAM MASAK MERAH

Selamat hari guru kepada semua guru2, pensyarah, pengajar dan semua yang terlibat menjadi pendidik kepada masyarakat....

Akak nie tiap2 hari masak tapi kadang sempat kadang tak nak ambil gambar untuk upload dalam blog nie...semalam akak masak nangka masak lemah cili api bersama ikan kembung goreng, petangnya pulak disebabkan lauk dah tinggal sikit akak masak mee goreng mamak..tapi tak dan nak amik gambor...bizi..

Ari nie nak paparkan ayam kampung masak merah..sempat life from kuali jer sebab dah terkejar2 nak ke tempat kerja kan...meh kita cuci mata dulu...tak seksi mana pun ayam nie...saja nak paparkan gambar..kang bagi resepi tak bagi gambar macam tak yer jer kan..
meh kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk masakan nie...

1 ekor ayam kampung (1.5 kg) - di cincang biasa yer
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
5 sudu penuh tomato puri
1/2 cawan pati santan atau susu cair
2 sudu gula pasir
1 liter air
garam
minyak untuk menumis
lobak merah - option
kentang - option
daun sup
bawang goreng

CARA2
1.  cili kering, 2 labu bawang besar, bawang putih - di kisar halus
2.  panaskan minyak dalam kuali, dah pijar masukan bahan yang telah dikisar bersama tomato puri, lepas tu masukan serai dan halia yang telah dititik, tumis hingga agak2 garing...sambil2 tu di kacau2 yer kalau tak nanti hitam dibawahnya nanti..
3. dah garing masukan gula kacau, pastu masukan ayam..kacau lagi...pastu masukan separuh dari 1 liter air tu yer..masukan garam...pastu tutup untuk empukkan ayam tu eh...
4. disebabkan ayam tu ayam muda maka kejap jer dah empuk, rasa la eh agak2 tak manis ke masin tambah la mana yang patut yer, kalau suka masukan lobak dan kentang kalau tak suka tak payah masuk...dah empuk masukkan pati santan atau susu cair tu yer kalau rasa nak suka pekat kuah masak merah tak payah masukan lagi air tu tapi kalau suka cair masukan lagi air dan renehkan masakan tu hingga naik minyak baru matikan api yer...
5. dah siap taburkan dauh sup dan bawang goreng...

Meh la jamu yer...tapi disebabkan ni gambar ..jamu mata jer la eh..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan