Selasa, 29 Mei 2012

LAUK PAUK UJUNG MINGGU




Ini lauk pauk yang dimasak hujung minggu tempohari untuk majlis perkhawinan ada 3 majlis so kena masak untuk 3 tempat...huhu..buat sorang2 lotih...nasib ada anak dara kecil yang rajin membantu mama bereskan kerja rumah kalau tak pingsan gak...

Ikan siakap masam manis...ayam goreng sos lada hitam sotong goreng , sayur paprik dan buah2an..cukup la tu kan...

Akak bagi resepi sayur jer la eh..yg lain2 tu esok2 pulak eh

BAHAN2
Kobis bunga
Lobak merah
Kacang pis
Putik jagung
Lada benggala
Kacang panjang
Kobis pokok
Ayam cincang
Bawang besar
Bawang putih
Sos cili
Pes tomyam
Daun limau purut atau daun ketumbar
minyak
garam

CARA2
1.  Disebabkan akak masak banyak so akak tak bagi timbangan tapi kalau nak masak untuk sekeluarga jangan banyak2 la eh....sikit jer mcm lobak tu separuh jer, kacang panjang 3 batang jer...sikit2 semua sebab bila dah campur2 banyak nanti....sayur tu semua hiris ikut suka la eh kalau suka panjang2 buat kalau akak suka potong panjang2 cam cantik jer bila dah masak tau
2.  Ayam amik dada sebelah jer cincang tapi bila nak masak banyak kena banyak la kan
3.  Bawang besar ngan bawang putih hiris2 jer, panaskan kuali dan masukan minyak...bila dah pijar masukan bawang...dah layu masukan ayam..golek2 sampai agak masak masukan sos cili dan pes tomyam....da sebati masukan sayur2an tadi, mulakan dengan sayur yang agak keras...lobak, kacang panjang gaul2 dulu agak2 dah layu baru masukan sayur yang lain.
4..Sayur2 ni kalau nak sedap goreng tak payah lama kalau layu sangat tak sedap...agak2 makan masih bunyi kruupp2 tu ygn best... kalau dah siap taburkan dengan daun ketumbar dan gaul2 siap...

Khamis, 24 Mei 2012

IKAN TALAPIA GORENG BERLADA


Salam semua.... hari nie akak masak ikan talapia goreng berlada bersama kacang panjang goreng, semalam masak sup kambing tapi tak sempat nak amik gambar.. akak masak hari2 kan dapurku sudah macam restorate...hari2 tukar menu ehhh kalau masak sama jer eeemmmm tak mau makan ler orang dirumah tu..

meh kita tengok resepi

BAHAN2
4 ekor ikan talapia dipotong 2
serbuk kunyit 
garam
2 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
3 ulang bawang putih
2 biji tomato
1 sudu gula pasir
garam
minyak untuk menumis

CARA2
1.  Ikan dicuci dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam, dah tu goreng hingga garing, asingkan
2.  Cili kering direbus biar lembut dan kemudian kisar dengan bawang putih, bawang besar dan tomato di potong dadu
3.  Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar, agak minyak dan naik masukan bawang besar dan tomato..tumis hingga layu lepaskan tu masukan gula dan garam...dah sebati masukan ikan dan gaul rata...siap dah boleh makan...

 

Ahad, 20 Mei 2012

NASI BUBUR AYAM


Cuaca yang panas nie kan apa nak masak..pening kan sebab kalau masak berminyak2 waktu panas2 nie macam tak masuk jer.. pusing2 fikir2 emmm masak jer la bubur ayam kebetulan ayam kampung baru jer beli 2 ekor... untuk stok seminggu... bubur ayam nie memang kegemaran anak2 dan suami kecuali abang long memang tak berapa suka, sejak kecil anak yang sulung tu memang tak berapa suka makan bubur...sejak dah masuk remaja ni jer dia nak makan...kalau dulu2 memang merajuk la dia sebab tak ada nasi...boleh gitu...huhuhuhu...

Meh akak bagi resepi bubur campak2 nie senang dan enak..

BAHAN2
4 keping ayam kampung - cincang kecil2 ( akak amik bahagian daging jer kepak ngan peha tinggal)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cawan beras hancur - kalau pakai beras biasa pun boleh tapi guna beras hancur lebih cepat, mudah dan enak
1 biji kentang
minyak untuk menumis
kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
garam
air
daun sup dan bawang goreng untuk penambah perisa dan bau

CARA2
Ayam tu potong kecil2 untuk mudah masak dan makan, bawang besar dan bawang putih dimayang halus, beras di cuci dan tos, kentang kupas dan potong kecil2
Panaskan kira2 1/2 cawan minyak dalam periuk, bila dah pijar masukan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga kemudian masukan bawang yang dah dimayang tadi...tumis hingga perang..masukan ayam, kacau dan tutup periuk sebentar, bila ayam dah keluarkan air, maka masukan 1 liter air dan beras dan juga garam...
Beras hancur ni kan di akan mengembang dengan cepat dan lembut...memang sedap dimasak untuk dijadikan bubur...tapi susah gak nak jumpa, kebetulan kedai berhampiran rumah akak ada jual..selalu juga beli khas untuk buat bubur.  Tapi beras nie agak kuat makan air jadi kena tambah 1 liter air lagi untuk pastikan bubur tak pekat sangat...
Kalau nampak ayam dah lembut dan beras dah cukup kembang, kadar kemasinan dah cukup...maka matikan lah api dan tutup periuk tu....bila dah nak makan baru la tabur daun sup dan bawang goreng tu...siap untuk dimakan
Live dari periuk eh....

Dan yang ni model sedang mengayakan bubur tersebut



DISH KE DESERT



Saja nak post makanan nie boleh jadi dish atau desert...bukan apa cuaca panas2 ni kan tekak tetiba nak makan makanan manis macam pengat ke kuih manis yang lembik2 tu atau paling tidak puding ke kan ....bila masuk tekak tu terasa lembut, sejuk, nyaman dan eeerrmmmmm lazat...tapi akak malas nak masak semua mende tu..sebab dah letih masak lauk pengantin 8 set pada ujung minggu...huhuhuhu... jadi dalam perjalanan balik amik anak tuisyen tu kan kepala mereka2 apa yang nak dimakan sebagai ganti semua makanan idaman tu....

Maka tetiba teringat makan aiskrim sedap gak kan...pastu kat rumah memang ada dah roti dan chocolate rice tu...maka amik jer la sekeping roti, lepas tu letak aiskrim dan coklat tadi...pastu lapiskan lagi roti dan letakkkan lagi aiskrim ikut suka nak makan brape banyak kan pastu tabur lagi beras coklat tadi...pastu apa lagi ngap ler...enak...ememmmmm  

Selasa, 15 Mei 2012

AYAM MASAK MERAH

Selamat hari guru kepada semua guru2, pensyarah, pengajar dan semua yang terlibat menjadi pendidik kepada masyarakat....

Akak nie tiap2 hari masak tapi kadang sempat kadang tak nak ambil gambar untuk upload dalam blog nie...semalam akak masak nangka masak lemah cili api bersama ikan kembung goreng, petangnya pulak disebabkan lauk dah tinggal sikit akak masak mee goreng mamak..tapi tak dan nak amik gambor...bizi..

Ari nie nak paparkan ayam kampung masak merah..sempat life from kuali jer sebab dah terkejar2 nak ke tempat kerja kan...meh kita cuci mata dulu...tak seksi mana pun ayam nie...saja nak paparkan gambar..kang bagi resepi tak bagi gambar macam tak yer jer kan..
meh kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk masakan nie...

1 ekor ayam kampung (1.5 kg) - di cincang biasa yer
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
5 sudu penuh tomato puri
1/2 cawan pati santan atau susu cair
2 sudu gula pasir
1 liter air
garam
minyak untuk menumis
lobak merah - option
kentang - option
daun sup
bawang goreng

CARA2
1.  cili kering, 2 labu bawang besar, bawang putih - di kisar halus
2.  panaskan minyak dalam kuali, dah pijar masukan bahan yang telah dikisar bersama tomato puri, lepas tu masukan serai dan halia yang telah dititik, tumis hingga agak2 garing...sambil2 tu di kacau2 yer kalau tak nanti hitam dibawahnya nanti..
3. dah garing masukan gula kacau, pastu masukan ayam..kacau lagi...pastu masukan separuh dari 1 liter air tu yer..masukan garam...pastu tutup untuk empukkan ayam tu eh...
4. disebabkan ayam tu ayam muda maka kejap jer dah empuk, rasa la eh agak2 tak manis ke masin tambah la mana yang patut yer, kalau suka masukan lobak dan kentang kalau tak suka tak payah masuk...dah empuk masukkan pati santan atau susu cair tu yer kalau rasa nak suka pekat kuah masak merah tak payah masukan lagi air tu tapi kalau suka cair masukan lagi air dan renehkan masakan tu hingga naik minyak baru matikan api yer...
5. dah siap taburkan dauh sup dan bawang goreng...

Meh la jamu yer...tapi disebabkan ni gambar ..jamu mata jer la eh..



Isnin, 14 Mei 2012

ROTI JALA ULANGAN

hehehehe....punya syok makan roti jala ni kan akak ulang buat lagi ujung minggu tapi kali nie dengan design berlainan, resepi tetap sama....tapi kari lain sikit, kali nie dengan kari ayam kampung peeehhhhh lagi shedap korang....


akak paparkan resepi kari jer la eh

BAHAN
1 ekor ayam kampung lebihkurang dalam 1.5 kg
3 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
2 biji cili merah
1 inci halia
1 inci kunyit
6 sudu kari mak siti
1 kotak santan
2 biji kentang
1 cawan air asam
minyak untuk menumis
garam
air

CARA MEMASAK
1.  Bawang besar, bawang kecil, cili, halia, kunyit - di kisar bersama
2.  Kentang kupas dan di potong 6
3.  Panaskan minyak didalam periuk agak2 dalam 1 cawan minyak....bila dah pijar masukkan bahan yang dikisar tadi, bila suda naik bau masukan rempah kari bersama 1 cawan air...tumis hingga garing atau bila sudah naik minyak
4.  Bila sudah naik minyak masukan ayam bersama 1 liter air... biarkan sehingga ayam empuk, ayam ni akak beli ayam muda jadi kejap jer dah empuk..bila ayam dah empuk masukan kentang dan garam..ikut citarasa masing2 yer tahap kemasinan masakan... lepas tu masukan santan dan biarkan mendidih dengan api kecil hingga minyak naik...baru la sedap dan matikan api...siap...

Khamis, 10 Mei 2012

LAUK PENGANTIN

Saja nak post gambar2 lauk pengantin yang akak sediakan untuk tempahan katering kami...

Meh la jamu...jamu mata jerk yer....hehehehhe





Cuma gambar2 nie yang sempat diambil..sebab bila dah sibuk2 memasak dan menghias lupa nak menangkap gambarnya....

LUQMAN CANOPY DAN CATERING (LC&C)

Salam,

Kengkawan nak promote bisness family kami berasaskan makanan untuk kenduri tak kira kenduri apa pun boleh...kami menyediakan khidmat kanopi dan katering untuk maklumat lanjut boleh tinggalkan pesanan ehh.... kat sini akak post gambar2 setting untuk katering di dewan...



Yang ini pulak setting untuk setting untuk kanopi dirumah la biasanya kan







TAUHU SUMBAT dan KUAH KACANG MELETUP


Tekak ni terasa2 teringin nak makan tauhu sumbat buatan sendiri...yang beli kat kedai tu kekadang tak berapa sedap...tauhu tak fresh..isi tak banyak..kadang kuah tak ikut selera tekak..so petang balik keje mulakan proses bikinan....tauhu dah beli kat pasar malam senin lepas...fresh, melayu bikin...lembut jer pendek kata sesedap rasalah... RM 2 - 10 keping bestkan...

Taugeh dah beli timun dah ada, kacang untuk buat kuah dah beli...so proses pun bermula...
Senang je buatnya...yang pertama timun diracik halus ala guna racik yang beli kat kedai 2 ringgit tu...taugeh kena celur tapi akak kan malas nak fikir2 celur ni kan...amik taugeh cuci...masuk dalam mangkuk..isi air dah tu masuk m/wave kasi 2 minit ..keluarkan taugeh dah layu...sonang kojo wei... pastu toskan...tauhu goreng...dah siap, potong 2 tauhu tu...belah tengah dia pastu isikan timun dan taugeh tadi...jadila macam gambar kat atas tu senang kan....petik jari jer ...siap

Sekarang kita citer pasal kuah kacang meletup ni plak...ni lagi senang keje...ringkas padat dan enak, mari kita tengok apa yang diperlukan

BAHAN
kacang tanah RM 1 - tak pasti berapa gm...akak pegi kedai amik jer yg dah siap pack
15 tangkai cili padi nak pedas tambah lagi 
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
segengam ikan bilis/ udang kering
3 cawan air asam
2 sudu gula
1 camca garam
minyak untuk mengoreng

CARA2
Panaskan kuali..masukan minyak...bila minyak dah pijar masukan kacang tanah..goreng hingga separuh garing, lepas tu masukan ikan bilis, bawang besar, bawang putih, cili padi...masukan dalam kuali...kacau rata pastu tutup sebentar..bukan apa takut cili meletup kecilkan api tau...  Agak2 dah garing ikan bilis tu angkat la kesemuanya....toskan minyak.... 
Dah tu masukan semua bahan gorengan dalam blender bersama air asam, gula dan garam... blend hingga hancur pastu keluarkan, rasa kuah tu, apa yg kurang tambah...kalau jenis suka manis tambah gula lagi... tapi kalau ikut tekak akak nie.. bahan diatas tu dah cukup la... maka siap la kuah kacang segera tu...boleh dimakan sekarang..jom..jom  silakan...

Rabu, 9 Mei 2012

ROTI JALA dan KARI EXPRESS



salam teman-teman.....

Lama tak post gambar makanan masak2 ni kan....akak nie sebenarnya hari2 masak, memasak adalah aktiviti wajib kat rumah...rasanya tiada sehari pun cuti, hatta memasak air pun masak jugak kan...

Aktiviti hujung minggu hari tu adalah roti jala ni sebab pagi2 dah bersarapan berat..nasi bersama ikan asam pedas jadi menu tengahari kena yang agak ringan sedikit la kan...maka pusing2 kat dapur ternampak la bekas roti jala tu dan kebetulan dalam peti ais ada ayam...dan kebetulan selepas bersarapan akak meneman cik abang kekedai barangan hardware dapur... maka ternampak lah mata ini dengan kuali leper yang dikhususkan  untuk memasak roti jala...dengan rasa gatal tangan maka akak pun membeli...dan dek semangat kuali baru maka terhasil la menu ini....

Selama ni akak buat roti jala dengan kuali biasa jer...atau dengan frying pan tu...tapi jarang2 ler membuatnya sebab emosi yang malas...boleh gitu..emosi eaaa...hehhhehe.. sampai anak dara kecik tu bertanya, "mama penah ke buat roti jala nie"  huhuhuhu...nampak benor le lama sungguh menu ini tidak dirai didapurku nan indah...
  

Bersama-sama gandingan roti jala ini adalah...buah kuini...sedapkan nampaknya...buah dah siap potong tinggal makan jer...emmmmm sekelip mata jerk lesap dari pinggan, kalau disuruh memasing mengupas sendiri emmm jamu la gak tapi jamu mata jer...

Nak letak gak ker resepi roti jala nie...akak sebenarnya tak ada sukatan semua main bohhh jer tapi senaraikan jer la eh...

BAHAN
1/2 kg tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 liter air - yang ni akak kurang pasti sebab tak sukat jangan masukan semua air eh masuk sikit2 tau
1 camca garam

CARA
Tepung diayak dahulu yer takut mana tau ada ulat ke kumbang kan, pastu masukan garam, telur gaul sebati. Kemudian masukan air sedikit2 sampai sebati semua....lepas tu masukan adunan dalam blender supaya ianya cantik tak bergentel2.... sambil2 tu panaskan kuali....dah siap boleh la mula mengirai....sampai sudah..

Roti jala ni biasanya dimakan bersama kari ayam tetapi arwah mak mertua akak suka makan dengan serawa durian...sedap la juga tapi tekak akak nie susah nak kawan roti jalan ngan serawa tu...mesti nak dgn kari gak

So mari la kita tengok cara masak kari express akak nie eh...

BAHAN
500 gm ayam dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
2 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
1 cawan santan 
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam

CARA2
Panaskan minyak....bila dah pijar masukan bawang besar, bawang putih dan halia..tumis sehingga layu kemudian masukan serbuk kari bersama 1 cawan air...tumis hingga garing....dah tu masukan ayam, kentang dan tomato, kemudian masukan 2 cawan air bersama garam....didihkan dan empukkan semua bahan tu , bila dah empuk semua masukkan la santan dan rasakan garam..kalau tak masin tambah la garam yer... bila semua da rasa dan siap maka boleh la dimakan dengan roti jala tu yer.... selamat mencuba....