Jumaat, 6 Januari 2012

LUPA KATA LALUAN +++ VITAMIN

Punya la lama tk update ...bila nak masuk blog sendiri suda lupa kata laluan huhuuhuhu.....teruk betul....terputus idea nk membebel jap

ok hari nie nk masukan entri berkenaan vitamin lebih baik dari ubat...baaca la kawan2 yer untuk makluman semua

Sekilas Pandang..

Vitamin terbahagi kepada dua, larut lemak dan larut air.

Vitamin Larut Lemak - A, D, E, K
Vitamin ini tidak mudah hilang semasa proses memasak dan boleh disimpan oleh badan untuk suatu jangka masa.

Vitamin Larut Air - B Complex dan C
Vitamin ini mudah rosak dan hilang pada suhu tinggi. Ia tidak disimpan dalam badan jadi perlu diambil setiap hari. Pengambilan harian yang berlebihan akan dibuang oleh badan sebagai bahan kumuh.

Vitamin sangat penting kerana ia tidak seperti ubat yang merupakan dadah. Vitamin tidak bertoksid dan selamat. Sebaliknya kebanyakkan ubat adalah bertoksid dan mempunyai kesan sampingan.

Kenapa vitamin lebih baik dari ubat? Sebab prevention is better than cure. Vitamin umpama terapi yang tiada kesan negatif. Berbanding ubat yg diambil selepas kita jatuh sakit, pengambilannya boleh membawa kepada ketagihan, kepergantungan kepadanya dan memakan kos yg tinggi.

Sebenarnya pengambilan vitamin yang berterusan(terapi vitamin) mampu merawat penyakit dan mempercepatkan proses pemulihan. Malah jika ditakdirkan juga kita jatuh sakit, sakitnya tidaklah seteruk jika kita tak amalkan vitamin. Ini kerana badan telah bersedia dan mempunyai daya tahan yg tinggi. Jadi pastikan anda amalkan makanan yang tinggi vitamin dan cuba elakkan makanan yang diproses. Sebabnya makanan yang diproses bukan sahaja mempunyai keberangkalian hilang vitamin dan nutrisinya malah susah dihadam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan