Jumaat, 6 Januari 2012

KEK COKLAT KRIM



Lama dah tak post masak2 kan...yang nie buat pun da lama gak...cuma baru teragak nak post hari nie...yang ini adalah kek coklat biasa...tapi versi bakar...tepung beli yang instant kat kedai bahan kek...

BAHAN KEK

2 cawan tepung kek coklat instant..(dah include tepung, bahan penaik, gula dan koko)
4 biji telur
150 ml air masak
200 ml minyak (minyak jagung atau sawit atau margerin yg dicairkan pun boleh)

CARA
Masukan tepung dalam bekas, masukan telur dan air ...pukul selama 7 minit sehingga betul2 kembang...lepas tu masukan minyak dan gaul guna spatula jer....siap..
Lenserkan tepung atau minyak pada tepi loyang...masukan bahan yang siap tadi bakar selama lbhkrg 1/2 jam atau 45 minit dalam kepanasan 180 darjah ..ikut oven memasing yer

BAHAN KRIM
1 1/2 cawan whipping cream
1 sudu gelatin campur dengan 1/2 cawan air panas gaul sebati dan biarkan sejuk

CARA
Pukul whipping cream sehingga kembang setelah itu masukan gelatin yang telah sejuk tadi...pukul sebati sekejap dan boleh digunakan utk melapis kek nanti

BAHAN COKLAT TOPPING
Kalau beli coklat masakan dia ada petak2 keping tu kan ambil dalam 5 petak coklat tersebut dan campur dengan 1 cawan whipping cream.....panaskan dalam microwave selama 1 minit...keluarkan gaul dan sejukan ..kalau tak boleh gunakan cara double boiler....
Siap boleh guna untuk topping

KEK yang dah sejuk tu di potong 3 atau 2 ikut ketebalan naik kek atau ikut keberanian sendiri memotong kek eh..... lapis dengan whipping cream yang telah dipukul tadi ....pastu hias mengikut kreativiti sendiri......siap untuk dimakan....cuba jgn tak eh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan