Rabu, 18 Mei 2011

SEBULAN DAH


Dah sebulan tak mengupdate blog bukan bersawang lagi tapi dah penuh dengan berbagai perkara...merajuk..malas..geram..bengang sume ada menyebabkan aku mengabaikan perkara yang aku suka buat..iaitu membebel dalam blog...tak boleh dengar cuma boleh baca...hehehehe..

Gambar di atas cuma hiasan yer kakak yang pakai baju sekolah tu anak aku yang ke 3 tapi yang dipangku tu bukan anak aku yer...anak pinjam.. kalau korang nak tau anak tu dah dibuang dengan mak dan ayah dia sebabbbb.... lu pikir la sendiri kan... orang suka2 jer buang anak2 macam tu tapi bila dah besar sikit dan pandai senyum geram kan tengok.. bertambah kita suka bila dia tersenyum dan mula berbual dengan kita dengan perkataan aaarr...eeerrrr... chomel sungguh kan...

Itu la manusia.... bila dah sedap semua lupa ...lupa segala hukum hakam..adat budaya..bila dah keluar anak mula la mengelabah..buang sana buang sini...macam tak berharga sungguh nyawa manusia.. padahal kalau dibela baik2 anak2 tu dan dibekalkan dengan ilmu agama Insyaallah menjadi manusia berguna...

Anak kecil kat atas tu adalah anak asuhan pengasuh anak aku... tiap kali hantar anak2 kat rumah pengasuh tu aku mesti berenti kejap dan main2 kejap dengan dia, namanya Iman... petah mulutnya berbual bila kita ajak bual tapi bahasa dia sendiri la kan... baru jer 4 bulan umurnya... comel sangat kalau tak jumpa 2 ke 3 hari rasa cam terindu2 kat dia... tapi untuk dapat anak sendiri baya2 tu cam malas jerk... anak2 dah besar cam dah malas nak bangun malam buat susu tukar pampers...tumpang2 anak orang buat main nak ler...kan..kan...

Ibu Iman sebenar baru jer berusia 17 tahun tapi dah terlanjur dengan boyfriend nak buat macamana ...mujur dia bersalin dihospital dan dengan daya usaha jururawat2 di sana maka anak kecil tersebut telah diambil oleh keluarga angkat yang tidak mempunyai anak... syukur Alhamdulillah..tapi bayangkan anak yang lahir entah dimana..dibuang merata... kasihan kan...


Dunia akhir zaman...berbagai kemaksiatan adalah biasa jer tak memberi bekas kepada yang sering melakukannya kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan