Peluang untuk tentukan atau sahkan sendiri arah Kiblat di tempat anda
Ibadah sembahyang perlu dilakukan dengan kita mengadap ke arah Kiblat dan mengadap ke arah kiblat yang betul adalah perkara yang penting untuk menyempurkan sembahyang. Pernahkah anda berasa ragu-ragu tentang arah kiblat yang dinyatakan di surau/masjid di tempat anda tinggal, atau bilik solat/surau yang ada disediakan di R&R semasa dalam perjalanan pulang ke kampung?
Posting ini akan memaklumkan anda tentang cara untuk menentukan arah kiblat di tempat anda.
Setiap tahun matahari bergerak dari khatulistiwa kea rah utara pada musim panas dan bergerak ke arah selatan khatulistiwa pada musim sejuk. Ini bermakna matahari akan berada tepat atas Kaabah dua kali setahun, iaitu ketika matahari bergerak ke utara khatulistiwa dan sekali lagi ketika matahari bergerak ke selatan khatulistiwa. Pada dua keadaan ini (matahari berada tepat atas Kaabah), sesiapa yang mengadap dan melihat matahari ketika itu bermakna dia sedang mengadap tepat pada arah Kiblat.
Dua hari yang dimaksudkan berlakunya matahari tepat berada di atas Kaabah untuk tahun ini ialah pada 28 Mei 2011, jam 5:18 pm dan 16 Julai 2011, jam 5:27 pm. Oleh itu jika anda mengadap kea rah matahari ini bermakna anda sedang mengadap arah kiblat yang sebenarnya.
Cara yang lebih baik lagi ialah dengan menggunakan sebatang rod yang tegak berdiri dan bayang-bayang rod yang terbentuk boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat (lihat rajah). Selain rod tegak, tali yang tergantung lurus ke bawah boleh juga digunakan.
Rajah di atas menunjukkan kedudukan satu rod lurus dan dipacak tegak ke bumi. Bayang-bayang rod akan terbentuk dan arah kiblat itu adalah ke arah yang bertentangan dengan arah terjadinya baying-bayang rod tersebut.
Jom laraskan dan sahkan arah kiblat di tempat anda. Wassalam.
Ini info yang saya ambil dari laman web USM.....terima kasih kepada yang memberi info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan