Selasa, 31 Mei 2011

HIMPUNAN SAHABAT BAIK...

Ini adalah himpunan buku-buku yang menjadi sahabat diriku sejak sekian lama....jika aku bersedih maka dengan buku2 ini la aku meluahkan rasa...aku akan membaca untuk mengurangkan rasa tekanan diri... mungkin bagi orang lain nampak tak berkesan tapi bagi diriku buku cukup berkesan untuk mengurangkan stress....
Aku akan membaca dengan penuh penghayatan dan keseronokan... dibawah ini adalah himpunan buku2 bercorak agama sebagai panduan diri... ku beli dari pelbagai toko...ada juga buku2 dari Indonesia yang ku beli dari kedai buku yang menjual buku2 dari Indonesia... besshhh..

Di bawah ini pula adalah himpunan buku2 cerita dari pelbagai penulis antaranya Faisal Tehrani, Nisah Haron, Shahnon Ahmad, Habiburahman, Ramlee Awang Murshid...dan ada beberapa lagi la lupa namanya...owhh...satu lagi HM Tuah... aku akan membaca dan imaginasiku akan bekerja seolah aku adalah watak dalam buku tersebut... dan daya imaginasiku akan membayangkan tempat... watak yang di tulis...seronok....


Ini pula himpunan buku2 motivasi penjana perasaan dan minda supaya menghargai apa yang ada dan jangan memandang indahnya langit tapi harus menghargai seperti rumput yang sentiasa yang indah menghijau tapi sering dipijak manusia...tapi tetap indah menghijau.. Ini pula himpunan buku2 cerita untuk anak2 sumber terbanyak dari kedai buku popular... cuti sekolah ni anak2 semua dah minta dibelikan buku baru...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan