Selasa, 31 Mei 2011
HIMPUNAN SAHABAT BAIK...
Jumaat, 27 Mei 2011
BETULKAN ARAH KIBLAT ANDA
Peluang untuk tentukan atau sahkan sendiri arah Kiblat di tempat anda
Ibadah sembahyang perlu dilakukan dengan kita mengadap ke arah Kiblat dan mengadap ke arah kiblat yang betul adalah perkara yang penting untuk menyempurkan sembahyang. Pernahkah anda berasa ragu-ragu tentang arah kiblat yang dinyatakan di surau/masjid di tempat anda tinggal, atau bilik solat/surau yang ada disediakan di R&R semasa dalam perjalanan pulang ke kampung?
Posting ini akan memaklumkan anda tentang cara untuk menentukan arah kiblat di tempat anda.
Setiap tahun matahari bergerak dari khatulistiwa kea rah utara pada musim panas dan bergerak ke arah selatan khatulistiwa pada musim sejuk. Ini bermakna matahari akan berada tepat atas Kaabah dua kali setahun, iaitu ketika matahari bergerak ke utara khatulistiwa dan sekali lagi ketika matahari bergerak ke selatan khatulistiwa. Pada dua keadaan ini (matahari berada tepat atas Kaabah), sesiapa yang mengadap dan melihat matahari ketika itu bermakna dia sedang mengadap tepat pada arah Kiblat.
Dua hari yang dimaksudkan berlakunya matahari tepat berada di atas Kaabah untuk tahun ini ialah pada 28 Mei 2011, jam 5:18 pm dan 16 Julai 2011, jam 5:27 pm. Oleh itu jika anda mengadap kea rah matahari ini bermakna anda sedang mengadap arah kiblat yang sebenarnya.
Cara yang lebih baik lagi ialah dengan menggunakan sebatang rod yang tegak berdiri dan bayang-bayang rod yang terbentuk boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat (lihat rajah). Selain rod tegak, tali yang tergantung lurus ke bawah boleh juga digunakan.
Rajah di atas menunjukkan kedudukan satu rod lurus dan dipacak tegak ke bumi. Bayang-bayang rod akan terbentuk dan arah kiblat itu adalah ke arah yang bertentangan dengan arah terjadinya baying-bayang rod tersebut.
Jom laraskan dan sahkan arah kiblat di tempat anda. Wassalam.
Ini info yang saya ambil dari laman web USM.....terima kasih kepada yang memberi info
Rabu, 18 Mei 2011
SANTAI
Setelah lama menggunakan background blog yang sama...hari ini walau tak sesantai mana kugagahkan diri mengubah serba sedikit rupa blog supaya tidak membosan teman2 yang rajin mengikuti blogku yang tak seberapanya ini...Bolg peribadi yang kugunakan untuk meluahkan isi hati yang terbuku dan serba sedikit hasil kreativiti ku di rumah...mungkin boleh menjadi sedikit pelajaran kepada teman2...
Inna a'maalu bin niat.... Setiap pekerjaan bergantung kepada niat...begitu la lebihkurangnya kan...setiap perbuatan kita setiap hari mesti mempunyai niat ..bekerja niatnya untuk apa...untuk santai2 tak mungkin kan tentu la niatnya untuk mencari rezeki.. rezeki untuk siapa...tentu la untuk keluarga..kerana apa untuk mencari rezeki...buat penyambung nyawa.. nyawa siapa yang beri tentu la ALLAH...jadi maksudnya kita bekerja adalah untuk menghidupkan nyawa yang diberi ALLAH kan ...so tiap hari kena niatkan hati bekerja kerana ALLAH s.w.t dengan itu rezeki dapat pahala pun dapat...
Tapi dalam dunia hari ini ada suami yang bekerja tapi niatnya bukan untuk isteri tapi untuk orang lain... mungkin tak dinyatakan secara terang-terangan...tapiiiii.... cuba kita tanya teman2 disekililing kita tak perlu tanya banyak, cukup 2 atau 3 orang..berapa ramai suami yang betul2 berbelanja untuk keluarga... cukup segala diberi kepada keluarga..tak perlu diminta oleh isteri..
Bila lepas gaji berapa banyak duit suami yang digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan berapa banyak yang dihabiskan untuk dirinya sendiri dan kawan2nya.... kalau kata..gajinya RM4000.00 , belanja dapur seminggu RM250.00 sebulan baru RM1000.00 , duit isteri RM 500.00.. ada lagi baki RM2500.00 , jika isteri bekerja duit upah pengasuh anak biasanya akan dibayar oleh isteri sendiri kan... okey la kata la baki tu bayar duit kereta la duit rumah la...katakan duit kereta RM700.00 duit rumah RM 800.00 tapi 2 2 tu nama suami kan maknanya belanja untuk diri sendiri juga la kan...tinggal la baki RM1000.00 buat bayar minyak kereta..belanja makan kat opis..duit rokok...itu sume masuk tekak sendiri kan tak kongsi pun dengan keluarga... asap dan penyakitnya jer yang dikongsi...
kalau suami jenis begini kira ok lagi la...sebab gaji pun tak besar mana tambah duduk kat KL kan..tapi kalau gaji besar ropa tu tapi duduk kat pinggir2 bandar cam kat Muar ke Batu Pahat ke Kota Tinggi ke Pekan ke Teluk Intan ke Parit ke...besar beb gaji tu...dan pastinya duit belanja dapur pun tak sampai ropa tu kan...
Tapi ada juga suami bila dapat gaji cuma bayar harta yang di atas nama dia jer tak termasuk anak2 yang juga harta atas nama dia...alasan isteri keje biar la dia urus....peh...tension kan..kalau suami jenis macam tu... kenapa aku bebel bab nie..sebab ada la cerita yang begitu sebab tu tulis nie kan...kalau tak ada bohong...dalam dunia hari ini ramai sesangat suami yang lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, ayah dan ketua rumahtangga..yang dia seronok buat santai bersama2 kawan2 tak kira lelaki ke pompuan dua2 menyakitkan hati kan... kalau kawan lelaki banyak gak aktivitinya... clubbing, fishing, golfing...sporting... kalau kawan pompuan pehhhhhhhhhh lagi sakit ati...shoooppppiiinnggg mengabiskan duit laki ko....
Apa2 hal pun aku nie cuma membebel..yang perlu diingatkan setiap kali keluar rumah kena betulkan niat kan...
Ya ALLAH kau jadikan la hambaMu ini hamba yang taat kepada perintahMu...Kau tunjukki kami jalan yang benar semoga kami berada didalam lindunganMU sentiasa...Aminnnnn
KEK BALDU MERAH
Kek ini ku hasilkan untuk hari lahir anakanda Nabila Rauqah tercinta sempena hari lahir yang ke 7 tahun pada 13 Mei 2011... sama tarikh dengan hari rusuhan kaum pada 1969...waktu itu mama pun belum lahir anakku...
Pertama kali buat kek nie dah macam tak berapa menjadi sebab cuma mengikut resepi menerusi internet kan tak penah buat so ..belum tau apa kesilapannya...agak kurang naik mungkin kerana kesilapan teknik semasa memasukkan tepung dan buttermilk rasanya...sebab selepas buat aku jalan2 lagi di mana2 blog...so mungkin ada kesilapan disitu...tapi apa2 pun rasa kek tersebut ok jugak...ada lembab2 sikit dan frosting cream cheess tu emmm....enak... buat sendiri kan jadi aku kurangi rasa manisnya jadi ia tidak rasa muak dek kemanisan melampau...
Sejak pandai menghasilkan kek sendiri ni..aku dah jarang membeli...kalau terasa nak makan aku akan buat sendiri...lebih puashati gitew.... Buat masa ini aku tak berhajat untuk meletakan resepi kerana kek tak berapa menjadi..malu ahhhh..nanti kalau ada masa terluang aku akan buat semula..dan kalau menjadi nanti baru letak resepi eaaa....
SEBULAN DAH
Gambar di atas cuma hiasan yer kakak yang pakai baju sekolah tu anak aku yang ke 3 tapi yang dipangku tu bukan anak aku yer...anak pinjam.. kalau korang nak tau anak tu dah dibuang dengan mak dan ayah dia sebabbbb.... lu pikir la sendiri kan... orang suka2 jer buang anak2 macam tu tapi bila dah besar sikit dan pandai senyum geram kan tengok.. bertambah kita suka bila dia tersenyum dan mula berbual dengan kita dengan perkataan aaarr...eeerrrr... chomel sungguh kan...
Itu la manusia.... bila dah sedap semua lupa ...lupa segala hukum hakam..adat budaya..bila dah keluar anak mula la mengelabah..buang sana buang sini...macam tak berharga sungguh nyawa manusia.. padahal kalau dibela baik2 anak2 tu dan dibekalkan dengan ilmu agama Insyaallah menjadi manusia berguna...
Anak kecil kat atas tu adalah anak asuhan pengasuh anak aku... tiap kali hantar anak2 kat rumah pengasuh tu aku mesti berenti kejap dan main2 kejap dengan dia, namanya Iman... petah mulutnya berbual bila kita ajak bual tapi bahasa dia sendiri la kan... baru jer 4 bulan umurnya... comel sangat kalau tak jumpa 2 ke 3 hari rasa cam terindu2 kat dia... tapi untuk dapat anak sendiri baya2 tu cam malas jerk... anak2 dah besar cam dah malas nak bangun malam buat susu tukar pampers...tumpang2 anak orang buat main nak ler...kan..kan...
Ibu Iman sebenar baru jer berusia 17 tahun tapi dah terlanjur dengan boyfriend nak buat macamana ...mujur dia bersalin dihospital dan dengan daya usaha jururawat2 di sana maka anak kecil tersebut telah diambil oleh keluarga angkat yang tidak mempunyai anak... syukur Alhamdulillah..tapi bayangkan anak yang lahir entah dimana..dibuang merata... kasihan kan...
Dunia akhir zaman...berbagai kemaksiatan adalah biasa jer tak memberi bekas kepada yang sering melakukannya kan...