Ahad, 17 April 2011

MATAHARIKU


Tiap kali pulang dari kerja pasti menghadap matahari ini...terasa sungguh kebesaran ALLAH...cantik sungguh pemandangan ini matahari meneroboskan cahaya melalui awan..sungguh cantik lukisan alam.....Laluan ini adalah laluan hari aku untuk pergi dan pulang dari kerja.

ALLAH memberi segalanya kepada hambaNya tetapi sebagai hamba kita selalu lalai dan alpa, kemudahan yang diberi sungguh banyak sekali tetapi kita jarang mensyukuri
Cahaya Matahari yang menyinari memberi seribu faedah dan makna tak payah bayar pun kan..siap boleh diguna untuk jana elektrik kegunaan rumah
Mentari pagi memberi semangat kepada semua insan untuk meneruskan kehidupan...setelah menempuhi gelapnya malam yang mengandungi pelbagai misteri

Panahan terik mentari mengeringkan segala kebasahan embun dan kelembapan ...memudahkan perjalanan untuk meneruskan kelansungan hidup

Sinaran mentari petang menyorot mata mengingatkan manusia hidup ini hanya sementara...setelah datangnya petang akan berganti malam..begitu juga kehidupan..setelah melalui fasa kehidupan manusia akan menemui kematian...

Hidup dan mati adalah kekasih yang amat erat dan tidak mungkin dipisahkan....setiap hari kita akan melalui jam yang sama, tetapi peristiwa yang berbeza..tiada sehari pun didalam hidup ini kita akan dapat perkara yang serupa ..sebab
Walau perkara serupa yang kita lalui tetapi tarikhnya akan berbeza...waktunya pasti juga tidak akan sama detik, minit, jam pasti berbeza...

Aku orang yang suka memikir dan akan terus memikir dan jika perlu sampai masa akan diikuti dengan tindakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan