Jumaat, 8 April 2011

BAKSO TAUHU




Bakso tauhu.... ala2 tauhu sumbat tapi menggunakan sumbatan lain dan cara memasak juga lain...yang ni akak belajar dari kawan warga Indonesia yang sedang melanjutkan pelajaran PHD dalam bidang kejuruteraan awam.... dia suami dan isteri sama2 melanjutkan pelajaran ..kuat semangat tul... Bakso tauhu ni boleh digantikan dengan kulit popia kalau mau...

Jom kita tengok bahan2 yang kita perlukan

BAHAN
4 keping tauhu dipotong 2

1 keping dada ayam atau boleh gantikan dengan ikan tenggiri atau isi udang
1 sudu kecil lada hitam
sedikit garam

2 sudu besar tepung ubi kayu


CARA2

1. tauhu dipotong 2 dan korek isi tengah sehingga menjadi seperti satu lubang

2. dada ayam dihaluskan , boleh dirack halus atau ditumbuk

3. campurkan isi tahu, ayam tadi dengan bahan2 lain dan digaul menjadi satu, selepas itu sumbatkan bahan tadi kedalam tahu yang telah dikorek tadi

4. setelah siap semua kukuskan tauhu dalam 10 ke 15 minit

5. setelah siap boleh dimakan dengan sambal kicap...resepi sambal kicap esok2 la yer


Gambar kat bawah nie bila tauhu diganti dengan kulit popia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan