Rabu, 20 April 2011

DUKA LARA

gambar ihsan dari https://nubogalalakon.wordpress

Perjalanan meniti suratan kehidupan melalui suka duka dan duka lara sesekali.... kehidupan tak sentiasa riang dan gembira kalanya kita akan berada dalam keadaan gundah gulana dan menjadi satu prinsip bagi diriku apabila berada dalam keadaan duka lara di dalam aku akan mengimplement sebaliknya di luaran.... jika hatiku berada dalam keadaan gundah gulana dalam masa yang sama di hadapan manusia lain aku akan menjadi orang yang terlalu gembira seolah aku memperoleh durian runtuh....hanya yang mengenali diriku tahu bahawa aku berada dalam keadaan gerhana waktu itu.....

Dalam masa yang sama telinga ku ini akan ku pasakkan dengan lagu2 yang gembira dan rock...untuk mewujudkan situasi yang berlainan di dalam hatiku ini... di kala aku menulis ini aku dalam keadaan gerhana yang amat2 aku rasakan ..semangat aku luluh ...runtuh dan hilang sesekali aku berada di dalam keadaan awangan....

Apa yang terjadi membuatkan aku menjadi marah ....geram...tertekan tetapi pada siapa harus kulontarkan suara hatiku ini...teman2 pendengar, penasihat telah lama bersara...mereka adalah kakak yang sentiasa menjadi penasihat dan pendengar setiaku....sedihnya....aku keseorangan walau dikelilingi rakan yang ramai di kala ini...

Aku memang bersalah tetapi adakah aku harus dihukum sebelum satu keadilan ditegakkan... yang bersalah tidak memohon maaf pun kepada diriku tetapi terus menyepi seolah tidak bersalah benccccccccccccciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
dan aku terus dihukum......

Ya ALLAH aku memohon keampunan kepadaMU atas semua kesalahanku...ampunkan daku ya ALLAH.....aku hambaMu yang hina dan sentiasa berada dalam keadaan berdosa... berikan aku ruang ya ALLAH.....berikan aku kekuatan ya ALLAH.... seandainya perjalan ini nanti akan berakhir begini........... aku pasrah dan REDA dengan ketentuan ALLAH....


AWAN DAN KEHIDUPAN


Ini adalah kelas2 awan yang kuambil dari blog dari negara seberang...pengetahuan am untuk semua pengunjung yang sudi singgah di blog yang tidak sepertinya ini yer...

Awan dan kehidupan mempunyai kaitan yang amat rapat.... setiap hari pasti kita mendongak ke langit memerhati keadaan awan...jika cerah hari ini tiada kelihatan awan stratocmulus maka boleh la menjemur jemuran di luar rumah jika kelihatan awan altocumulus maka perlu la berjaga2 dan ditambah jika tiada angin bertiupan maka pasti akan turun hujan tak lama lepas itu.

Andai aku dapat terbang ke awan pasti aku akan turun setelah puan bermain dan melepaskan lelah selepas2nya, bumi telah terlalu panas dek kerakusan manusia yang melampau-lampau, kemaksiatan dan telah rosak di obrak abrik dengan tangan2 manusia yang mengaku tuan di bumi Allah ini...

Aku akan merantau dari satu awan ke satu awan...dan pasti awan kumulus yang akan ku pilih kerana fizikalnya yang putih mulus dan sungguh mempersona.... indah dan terasa diri amat selesa dengannya...aaaaahhhhhh alangkah nyaman... akan ku pintal2 awan menjadi bentuk2 yang meriangkan hati dan mempersona minda.... aaaaaahhhh indahnya.... aku akan bermain dengan buaian awan....... meneroka dengan luncuran awan...... aku akan bergoleng2 bermain dengan sungguhan dan keriangan... pasti aaaaahhhh menyeronokkan.

ku bayangkan tiada siapa yang akan menganggu diriku...selepas seronok bermain aku akan kembali ke bumi untuk meneruskan kehidupan dan tanggungjawab seperti sediakala.... dan jika dalam keadaan tertekan atau tension aku akan kembali ke awan untuk melepaskan perasaan dan pasti tiada siapa dapat menganggu atau mencari....indahnya hidup tanpa gangguan.... hanya diriku ....

Awan

Kehidupan
putih

hitam

kelabu

warna-warna

asas

seiring

dengan

proses

hidup

dan

kematian




Ahad, 17 April 2011

MATAHARIKU


Tiap kali pulang dari kerja pasti menghadap matahari ini...terasa sungguh kebesaran ALLAH...cantik sungguh pemandangan ini matahari meneroboskan cahaya melalui awan..sungguh cantik lukisan alam.....Laluan ini adalah laluan hari aku untuk pergi dan pulang dari kerja.

ALLAH memberi segalanya kepada hambaNya tetapi sebagai hamba kita selalu lalai dan alpa, kemudahan yang diberi sungguh banyak sekali tetapi kita jarang mensyukuri
Cahaya Matahari yang menyinari memberi seribu faedah dan makna tak payah bayar pun kan..siap boleh diguna untuk jana elektrik kegunaan rumah
Mentari pagi memberi semangat kepada semua insan untuk meneruskan kehidupan...setelah menempuhi gelapnya malam yang mengandungi pelbagai misteri

Panahan terik mentari mengeringkan segala kebasahan embun dan kelembapan ...memudahkan perjalanan untuk meneruskan kelansungan hidup

Sinaran mentari petang menyorot mata mengingatkan manusia hidup ini hanya sementara...setelah datangnya petang akan berganti malam..begitu juga kehidupan..setelah melalui fasa kehidupan manusia akan menemui kematian...

Hidup dan mati adalah kekasih yang amat erat dan tidak mungkin dipisahkan....setiap hari kita akan melalui jam yang sama, tetapi peristiwa yang berbeza..tiada sehari pun didalam hidup ini kita akan dapat perkara yang serupa ..sebab
Walau perkara serupa yang kita lalui tetapi tarikhnya akan berbeza...waktunya pasti juga tidak akan sama detik, minit, jam pasti berbeza...

Aku orang yang suka memikir dan akan terus memikir dan jika perlu sampai masa akan diikuti dengan tindakan...

Jumaat, 8 April 2011

BAKSO TAUHU




Bakso tauhu.... ala2 tauhu sumbat tapi menggunakan sumbatan lain dan cara memasak juga lain...yang ni akak belajar dari kawan warga Indonesia yang sedang melanjutkan pelajaran PHD dalam bidang kejuruteraan awam.... dia suami dan isteri sama2 melanjutkan pelajaran ..kuat semangat tul... Bakso tauhu ni boleh digantikan dengan kulit popia kalau mau...

Jom kita tengok bahan2 yang kita perlukan

BAHAN
4 keping tauhu dipotong 2

1 keping dada ayam atau boleh gantikan dengan ikan tenggiri atau isi udang
1 sudu kecil lada hitam
sedikit garam

2 sudu besar tepung ubi kayu


CARA2

1. tauhu dipotong 2 dan korek isi tengah sehingga menjadi seperti satu lubang

2. dada ayam dihaluskan , boleh dirack halus atau ditumbuk

3. campurkan isi tahu, ayam tadi dengan bahan2 lain dan digaul menjadi satu, selepas itu sumbatkan bahan tadi kedalam tahu yang telah dikorek tadi

4. setelah siap semua kukuskan tauhu dalam 10 ke 15 minit

5. setelah siap boleh dimakan dengan sambal kicap...resepi sambal kicap esok2 la yer


Gambar kat bawah nie bila tauhu diganti dengan kulit popia...

Khamis, 7 April 2011

KALSIUM DAN GIGI




Akak ni ditakdirkan mempunyai gigi yang tidak berapa cantik susunannya dan ditambah malas menjaga gigi waktu kecik dulu... dah umur lewat 20 an baru la rajin menjaga gigi.. dan ditambah kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan gigi tak berapa cantik...

Bila kita berkawan terutama dengan orang yang lebih tua maka kita akan dapat lebih banyak input kan, maka mereka suggest untuk amik supplement kalsium dan magnesium bagi cover vitamin2 yang hilang kerana proses mengandung dan menyusukan anak ..maka akak pun amik la supplement tu dan sebagai tambahan akak amik la pulak multivitamin... dah 10 tahun akak amik dan hasilnya memang boleh dibanggakan...

Tetapi minggu lepas akak telah mengalami sakit gigi peh...punya la sakit..lama dah tak sakit macam tu.. pagi tu anak2 murid ada ujian jadi kena la hadir gak ke opis...habis ujian akak pun bungkus2 balik umah.. sampai umah tido jer..bangun pun hanya untuk solat.. dah makan ubat pun tak kurang sakitnya.. last2 akak letak pantiliner herba kat tempat yang sakit tu baru la berkurang sakitnya..... syukur... Puas mengingat kenapa la sakit sangat gigi tu padahal akak memang jaga (akak mengalami penurunan gusi so ada ruang antara gigi dan gusi) terutama ditempat gigi goyang akak akan jaga betul pastikan tiada apa2 jua makanan terlekat...puas ingat punya ingat....huhuhuhuhuhu... baru teringat akak ni jenis suka mengigit daging pipi tu ...kalau buat kerja sampai lupa yang aku sedang mengigit daging tu ..lembut kan..sedap jer


Selalu gigit2 sikit pastu bila sakit akak berhenti ..tapi ntah kenapa aritu gigit2 tak sakit maka akak pun gigit jer la...tapi bila dia menjangkit ke gusi terus bengkak dan sakit peh....sakit2 betul padan muka akak...
Gigi akak semua kukuh tapi gusi memang bermasalah... macam2 nak kena buat nie untuk prevent dari gigi terus bermasalah...

Masa pegi klinik gigi tu kan akak tengok orang cina jer ramai menggunakan khidmat kerajaan ...orang kita kurang ....kenapa yer...