Rabu, 9 Februari 2011
TIRAMISU
Inilah kek Tiramisu yang aku buat untuk birthday anak kawan..first kek yang dibuat untuk tempahan..selama ini buat kek untuk makan2 anak dan suami jer...nervous gak...tapi Alhamdulillah kawan2 kata sedap...syukur dengan limpahan rahmat Ilahi kepada diriku...dapat menghasilkan makanan yang memenuhi citarasa ramai orang...
Bukan tak nak beri resepi kat sini tapi leceh betul nak menaip ...tapi tak per la rajinkan gak..
BAHAN2
Bahan kek span
250 gm tepung optima - blh dibeli dikedai bake...
3 biji telur - seeloknya gred B
50 ml air
50 ml mentega yg telah dicairkan atau boleh guna minyak jagung
CARA2
1. Satukan semua kecuali mentega...pukul dengan mixer berkelajuan tinggi selama lebihkurang 7 minit..
2. Kemudian masukan metega cair tersebut dan gaulkan rata...
3. Bakar pada suhu 160 dengan api atas bawah selama 20 minit...jika gunakan oven biasa yang tiada api atas bawah biasanya tempoh masak lebih lama lbhkurang 45 minit..
BAHAN KRIM
250 ml whipping krim
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
CARA2
1. Pukul sebentar cream cheese untuk mengelakannya berketul2 , pukul dalam 1 minit
2. masukan whipping cream dan gula kastor..pukul dengan kelajuan tinggi sehingga boleh buat puncak cam gambar kat bawah nie
ok bahan tersebut dah siap..sekarang cara nk siapkan tiramisu tu
ambil 1 sudu serbuk nescafe atau 1/2 sudu coffee paste...campurkan dengan 1/4 cawan air suam...
Kek span yang da siap tu di potong menjadi 3 bahagian...asingkan satu...
ambil 1 bahagian potongan kek tersebut dan sudukan sedikit2 air berisi nescafe tadi sehingga rata...kemudiankan tepekkan krim yang dah siap tadi....ulangkan cara tersebut sehingga kepingan yang ke 3. setelah siap..lebihan krim tersebut sapu pada tepi kek dan ratakan...selepas itu bolehkan di hias mengikut kreativiti sendiri...kena guna banyak coklat la tau..sebab tiramisu nie main cheese ngan coklat yer...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan