Rabu, 9 Februari 2011

CUTI RAYA CINA DAN REUNION


Cuti raya cina bersambung dengan cuti sekolah tapi punya sibuk..rasa cam tak cuti jer... hari isnin dan selasa masih keje lagi ..rabu da balik rumah mak dan buat preparation untuk reunion esoknya..ada pulak kawan ode kek harijadi anak dia jadi kena la buat.
Khamis 3/2/2011 adalah hari reunion kami batch sekolah 1984 hingga 1988, rasa seronok tak terhingga dapat bertemu kawan2 yang telah terputus hubungan sejak habis SPM, jumpa di kala ini masing2 da bawa treler berjela2 almaklum semua da khawin dan beranak pinak. Kami buat kat dewan sekolah kami sebagai mengenang zaman persekolahan..syukur reunion kali ini ada 30 orang rakan yang hadir berserta 3 orang guru yang telah berjasa pada kami dan sudi datang pada majlis kami yang tidak sepertinya itu...syukur sesangat...

Kegembiraan reunion berlanjut2 sendiri..sambil memandu balik kerumah senyum2 sendiri mengenang kegembiraan majlis reunion tersebut, aku secara peribadi rasa seperti tak percaya dapat bertemu rakan2 dan guru2 yang seolah macam mustahil dapat bertemu...terima kasih kepada pengendali facebook...walau dia bukan islam tetapi sistem yang dibangunkan dapat menyambung silahturahim seluruh dunia.....

Kami bersama2 setuju untuk menjadikan setiap raya pertama raya cina sebagai hari reunion kami..mudah2an usaha kami ini dipermudahkan oleh Allah Taala...cara dan bagaimana ianya akan dilaksanakan akan dibincangkan dari semasa ke semasa....mungkin majlis reunion ini boleh dijadikan wadah yang baik untuk anak2 kami kelak kerana selepas sekolah masing2 membawa haluan dan berjaya dalam kehidupan masing2...jadi segala pengalaman dan kejayaan kami mudah2an boleh kami pergunakan untuk kebaikan anak2 kami nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan