Isnin, 28 Februari 2011

KUIH BINGKA PISANG


Kuih bingka pisang atau kuih bakar pisang...apa2 pun nama pun tak kisah la..memang cara untuk memasaknya adalah dengan membakar kan... yang ni akak buat untuk dibawa ke surau sebab kat surau ada kelas agama... yang kat bawah ni akak dah potong2 dan tinggalkan 6 keping kat rumah untuk dimakan oleh orang kat rumah...tapikan orang2 kat rumah nie tak brape suka kuih manis nie...yang ckt ni pun tak dimakan last akak bawa gi opis bagi kawan2 makan..huhuhu

Nak cerita ni, punya la semangat pegi surau hari Ahad lepas ni...ada kelas agama, dan ustazah pulak ustazah yang baru dipanggil pertama kali...tup tup tunggu punya tunggu ustazah tak datang..dia lupa ada kelas adeh....akak pun lupa nak ingatkan ustazah...alahai..

abis camne nie...kariah ada yang dah datang tapi ustazah tak ada...macamana...macamana...last last akak ler jadi ustazah... adeh... buat le kelas perkongsian ilmu, mujur disurau ada kitab2 yang boleh dijadikan rujukan... maka akak ambil la satu kitab dan belek2 akak amik tajuk berkenaan MAKHLUK, cerita lebihkurang siapa makhluk disisi Allah dan peringkat2 makhluk nie... mujur ada juga sedikit2 ilmu boleh la dikongsikan sesama...dapat juga la 1 jam usrah Alhamdulillah... tapi peh... first time buat usrah selalu jadi ahli jer... mmmm
OK la kita tengok resepi kuih bingka pisang ni yer..

kat bawah nie akak bagi resepi macamana nak buat kuih nie yer..senang jer buatnya..pejam mata pun boleh jadi..hehehehe...

BAHAN
2 cawan pisang yang telah dilenyek atau kisar, boleh guna pisang kapas, meda, lemak manis
1 1/2 cawan santan pekat , disebabkan sekarang ni tak payah susah2 perah santan beli jer santan pekat yang dah siap kat kedai tu kan beres...
1 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepun naik sendiri - kalau nak guna tepung gandum jer pun boleh yang nie akak da outer sikit resepinya

CARA2
1. Blendkan pisang, santan dan air...
2. Tuangkan bahan di atas kedalam mangkuk kemudian masukan gula..gaulkan rata selepas itu masukan kedua2 jenis tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
3. Dah siap semua masukan ke dalam loyang yang telah dioleh dengan sedikit minyak untuk mengelakan kuih lekat bila masak nanti
4. Siap semua bakar dalam oven kepanasan atas bawah dengan kepanasan 160 - 170 darjah selama 1 jam...
5. Setelah masak..sejukan dan potong untuk dimakan...

Jumaat, 25 Februari 2011

KEK SPAN

cantik tak kek span nie...uhuhuhu cantik tau naik lembut jer buat pun senang..beli jer tepung optima kat kedai bakery dan ikut jer arahan untuk buat klu nak ada perasa tambah jer...gerenti jadi dan mudah...jimat

bahan
250 gm tepung optima
4 biji telur
100 ml air
100 ml minyak masak jer

cara
1. Pukul semua bahan kecuali minyak..pukul selama lebuhkurang 5 hingga 7 minit..dah tu baru masukan minyak...
2. dah siap bakar selama 1/2 jam...siap tararrrrr...boleh makan...

Khamis, 24 Februari 2011

MALASSSSSSSSSSSSSSSS


ntah kenapa agaknya malas sungguh nak update blog sendiri...bila penyakit malas ini suda datang memang rosak la diri..aduhhhhhh......

sebenarnya ada beberapa cerita menyebabkan aku malas nak update blog nie...nanti cerita satu persatukan...
aku dilahirkan dalam bulan disember dan kebetulan pula anak sulung dalam keluarga jadi ianya menjadikan jiwa aku adalah keras dan kematu, pada asalnya perangai ikut suka diri sendiri tapi pengalaman mengajar aku untuk menjadi manusia yang bertimbangrasa dan boleh menerima orang seadanya...pengalaman adalah guru yang paling bagus tetapi perlu melalu kelas yang cukup memeritkan yang penuh ranjau dan melalui latihan yang panjang dan kadangkala membosankan...

aku adalah seorang yang agak panas baran tetapi ditakdirkan Allah aku dipertemukan jodoh dengan seorang yang pendiam tetapi panas dan memendam...peh rasa dunia macam nak terbalik jer bila kami lalui saat rumahtangga bergolak sekali sekali.. tetapi masa awal perkhawinan pergolakan tu bukan sekali sekala tetapi selalu..pedihnya saat2 tu.. tetapi itu la guru yang paling mantap mengajar aku
erti sebuah kesabaran...
erti bahawa mengalah bukan beerti kalah
ego seorang lelaki adalah setinggi langit ketujuh mau cecah 10 kalau ada...
pergolakan itu juga mengajar aku hidup bersyukur dengan apa yg diperolehi...mujur cuma ego tapi syukur tak pernah sekali kulit badanku menerima apa tamparan dari suami..syukur sangat2 walau selalu juga bukan kadang2 mulut ini laser gila melawan perangainya..

tapi setelah lama melayari bahtera rumahtangga dan bila umur semakin meningkat maka sikap juga berubah walau tak berubah 100% tapi banyak perubahan ke arah positif...syukur Alhamdulillah ...syukur sesangat ke hadrat Ilahi yang tak pernah lupa memberi rahmat kepada hambaNYA cuma hambaNya saja yang selalu lalai atas perintahNya...

Nih sambung citer napa la aku malas banget nak update blog....
Nak dijadikan cerita pada minggu lepas aku telah di terjah oleh seorang isteri dari guru yang kujemput masa reunion tempohari , katanya aku ada affair dengan suaminya.. aduh waktu dia telefon pulak tu waktu malam dah jam 11 malam...tak mau berbicara dengan aku tetapi mau berbicara dengan suami... abis dicerita semua pada suami..dan suamiku pulak dengan tak usul periksa terus marah2... mau tk marah!!!!!!!!!!!!!!! bini orang telefon bagitau aku ada affair dengan suami dia...emmm,,,,,apalagi perang meletus...tapi perang bukan berdentum2 tapi perang dingin...

tapi yang sedihnya tak lama selepas menyerang dia telefon lagi mengatakan salah orang...alamak kak oooiiiiiii.... patutnya sebelum serang semak betul2, ini ikut emosi sangat2 dah tu telefon orang malam2 tak pasal2 kami suami isteri bergaduh... Sepatutnya kita sebagai isteri jangan marah orang lain dulu jika suami buat perangai...marahkan suami awak yang gatal tu kan... dah tu telefon malam dan hampir tengah malam pulak tu...tak boleh tunggu siang ker... redakan marah dulu...istigfar banyak2 dulu berbahasa dengan tenang buang emosi..ini tidak berbicara dengan emosi tapi tup..tup.. salah orang.... kata dia jadi mangsa..tapi aku yang jadi mangsa tak pasal2 nie apa cerrrrrr......................

sedey beb..free2 je aku bergaduh dengan suami... bengang punya pasal aku cal balik akak tu esoknya tanya baik2 sape sebenarnya perempuan yang dituduh main kayu 3 dengan suami dia tu..tapi dia tak nak bagitau.. tak per la tk nak bagitau sudah tapi klu nak marah2 lain kali tengok2 yer kak..jangan main belasah jer...seksa adikkkk adehhhhh.....

lusanya pulak aku telefon cikgu tu dan marah dia ....cikgu punya pasal tak pasal2 aku terlibat... sama..cissssssss tapi cikgu kan tk kan nak marah tengking2 kan marah2 gitu jer la... tapi kata cikgu tu dia tak ada apa2 sebenarnya cuma budak pompuan yg cal tu jer yang nak kat dia..ntah le btul ke idak tak kuasa akak nak fikir ..lantak ler...bnyk lagi benda yang perlu aku fikir ...

apa2 pun pengalaman ini memberi aku pengajaran kalau ler ada pompuan tipon malam2 tiba2 nk cakap dengan suami jangan le beri..huhuhu..ada la yang tak kena tu...wakakakaka....

Rabu, 9 Februari 2011

COKLAT CHEESE KEK

Yang ini just for display...resepi sama jek cam yang akak buat dulu cuma topping jer ditukar kepada yang lain..COKLAT CHEESE KEK...dengan design lain....

Tulisan kat tepi tu abis da tak nampak sebab kek ni yang bawa anak...ikut suka dia senget ke idak masa bawa...dan ler abis terlanggar tulisan kek tu emmm....nak wat camne dah terjadi yang penting rasa kek tu tak lari..yer tak...

TIRAMISU




Inilah kek Tiramisu yang aku buat untuk birthday anak kawan..first kek yang dibuat untuk tempahan..selama ini buat kek untuk makan2 anak dan suami jer...nervous gak...tapi Alhamdulillah kawan2 kata sedap...syukur dengan limpahan rahmat Ilahi kepada diriku...dapat menghasilkan makanan yang memenuhi citarasa ramai orang...

Bukan tak nak beri resepi kat sini tapi leceh betul nak menaip ...tapi tak per la rajinkan gak..

BAHAN2

Bahan kek span
250 gm tepung optima - blh dibeli dikedai bake...
3 biji telur - seeloknya gred B
50 ml air
50 ml mentega yg telah dicairkan atau boleh guna minyak jagung

CARA2
1. Satukan semua kecuali mentega...pukul dengan mixer berkelajuan tinggi selama lebihkurang 7 minit..
2. Kemudian masukan metega cair tersebut dan gaulkan rata...
3. Bakar pada suhu 160 dengan api atas bawah selama 20 minit...jika gunakan oven biasa yang tiada api atas bawah biasanya tempoh masak lebih lama lbhkurang 45 minit..

BAHAN KRIM
250 ml whipping krim
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor

CARA2
1. Pukul sebentar cream cheese untuk mengelakannya berketul2 , pukul dalam 1 minit
2. masukan whipping cream dan gula kastor..pukul dengan kelajuan tinggi sehingga boleh buat puncak cam gambar kat bawah nie

ok bahan tersebut dah siap..sekarang cara nk siapkan tiramisu tu
ambil 1 sudu serbuk nescafe atau 1/2 sudu coffee paste...campurkan dengan 1/4 cawan air suam...
Kek span yang da siap tu di potong menjadi 3 bahagian...asingkan satu...
ambil 1 bahagian potongan kek tersebut dan sudukan sedikit2 air berisi nescafe tadi sehingga rata...kemudiankan tepekkan krim yang dah siap tadi....ulangkan cara tersebut sehingga kepingan yang ke 3. setelah siap..lebihan krim tersebut sapu pada tepi kek dan ratakan...selepas itu bolehkan di hias mengikut kreativiti sendiri...kena guna banyak coklat la tau..sebab tiramisu nie main cheese ngan coklat yer...

CUTI RAYA CINA DAN REUNION


Cuti raya cina bersambung dengan cuti sekolah tapi punya sibuk..rasa cam tak cuti jer... hari isnin dan selasa masih keje lagi ..rabu da balik rumah mak dan buat preparation untuk reunion esoknya..ada pulak kawan ode kek harijadi anak dia jadi kena la buat.
Khamis 3/2/2011 adalah hari reunion kami batch sekolah 1984 hingga 1988, rasa seronok tak terhingga dapat bertemu kawan2 yang telah terputus hubungan sejak habis SPM, jumpa di kala ini masing2 da bawa treler berjela2 almaklum semua da khawin dan beranak pinak. Kami buat kat dewan sekolah kami sebagai mengenang zaman persekolahan..syukur reunion kali ini ada 30 orang rakan yang hadir berserta 3 orang guru yang telah berjasa pada kami dan sudi datang pada majlis kami yang tidak sepertinya itu...syukur sesangat...

Kegembiraan reunion berlanjut2 sendiri..sambil memandu balik kerumah senyum2 sendiri mengenang kegembiraan majlis reunion tersebut, aku secara peribadi rasa seperti tak percaya dapat bertemu rakan2 dan guru2 yang seolah macam mustahil dapat bertemu...terima kasih kepada pengendali facebook...walau dia bukan islam tetapi sistem yang dibangunkan dapat menyambung silahturahim seluruh dunia.....

Kami bersama2 setuju untuk menjadikan setiap raya pertama raya cina sebagai hari reunion kami..mudah2an usaha kami ini dipermudahkan oleh Allah Taala...cara dan bagaimana ianya akan dilaksanakan akan dibincangkan dari semasa ke semasa....mungkin majlis reunion ini boleh dijadikan wadah yang baik untuk anak2 kami kelak kerana selepas sekolah masing2 membawa haluan dan berjaya dalam kehidupan masing2...jadi segala pengalaman dan kejayaan kami mudah2an boleh kami pergunakan untuk kebaikan anak2 kami nanti...