Selasa, 4 Januari 2011

SEKOLAH DAH MULA ..KESIBUKAN LAGI.....


sesi persekolahan tahun 2011 dah pun bermula..maka dengan ini mama pun mula sibuk memanjang...dari celik mata sampai pejam mata tangan tak pernah berhenti bekerja..syukur dengan kurniaan Allah yang memberikan 2 tangan yang tak terhingga nilainya...tak boleh diukur dan dibeli dengan wang ..

kesibukan masih belum reda sebab ada beberapa perkara yang masih belum settle...alahai kain sekolah 2 anak dara tu ada 4 lagi belum siap...tak sempat nak menjahit walau telah siap aku buatkan ropol tepi tinggal jahit dan pasang getah pun tak siap2...adeh...

mula sesi persekolahan maka kepala pun ligat memikirkan menu harian ..pening tau..nak buat sarapan apa...menu masak tengahari..menu makan malam..kadang lepas belajar mama kena sedia supper la plak.... Sebelum pergi kerja kena masak untuk anak nombor 2 yang akan ke sekolah petang...malam kena fikir menu makan petang..malam tak sempat dah nak makan sebab 2 anak dara tu akan mengaji dari jam 8 ke 9 malam... by hook or by crook makan malam mesti disiapkan sebelum jam 7.15 malam... peh...memerlukan tenaga dan buah fikiran hari2 pening maaa......

senang ke ingat tugas isteri dan ibu yang menjadi surirumah separuh masa...separuh masa lagi kerjaya...kalau rumah ada orang gaji ok jugak..kalau yang pergi kerja tu orang gajinya..mmmmm.... jangan pandang remeh tau...penat sebenarnya tapi bila kepenatan dihargai oleh suami dan anak2 hilang segala kepenatan tersebut dan mama boleh menjadi superwoman lagi...

kehidupan merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan memerlukan keimanan, kesabaran dan ketakwaan.. kesungguhan dalam meniti kehidupan merupakan perkara yang amat mudah diucapkan tetapi amat payah untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian... gelombang, cabaran dan keriangan bersilih ganti... dihadapi dalam kehidupan seharian...sehari 24 jam..satu jam 60 minit 1 minit 60 saat...setiap saat setiap detik kita akan menghadapi perkara yang berlainan dan sesetegah perkara tidak akan berulang untuk saat2 berikut apatah lagi hari2 yang berikutnya... dan... semuanya adalah takdir dari Allah untuk manusia...

hidup perlu bersandarkan agama...agama maknawi yang dibawa oleh para Anbia...sehingga ke Nabi terakhir yang kita kasihi yang telah meninggalkan kita dengan rangkaian petunjuk lengkap untuk putaran kehidupan tak kira apa jua zaman... cuma manusia sahaja yang sering lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan