Jumaat, 7 Januari 2011

NASI GORENG PUJUK MEMUJUK


Nasi goreng pujuk memujuk boleh gitu...sebenarnya nasi ni buat sebab lauk untuk dimakan oleh hubby da habis dimakan anak2, jadi cik abang macam merajuk jer sebab nak makan lauk da tak ada jadi aku buatkan nasi goreng kampung bersulamkan udang. Mudah jer buatnya kan..ala nasi goreng jer kan anak akak yang sulung tu pandai dah buat nie...
Hari ini akak masak ikan kerisi singgang dan goreng taugeh, dan abis dimakan akak ngan anak2 masa balik sekolah tadi..hubby bizi sikit sebab tengah prepare untuk catering esok....jadi dia biasa makan lambat selepas Isyak...
Tak pe la meh kita tengok resepi nasi goreng pujuk memujuk nie yer
BAHAN2
Nasi putih dalam semangkuk kecil
2 ulas bawang kecil
3 tangkai lada cili
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 ekor udang bersaiz besar
sedikit garam
3 helai daun salad untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
bawang gorang untuk hiasan
CARA2
1. Tumbukkan lumat bawang dan cili, setelah itu masukan ikan bilis dan tumbuk agak2 pecah sahaja tak perlu lumat sesangat
2. Udang dicuci dan belah belakang udang tu
3. Panaskan minyak kemudian masukan udang, disebabkan udang nie besar ia perlu digoreng dahulu untuk memastikan kesemua isinya masak...untuk mempercepatkan proses masak tutup sebentar kuali dalam 2 atau 3 minit
4. Setelah udang masak, ketepikan saja dikuali tersebut dan gunakan minyak tadi untuk menumis rencah yang telah ditumbuk tersebut, minyak bekas goreng udang tersebut menambah perisa nasi goreng ini
5. Bila rencah dah nampak sedikit garing masukkan garam dan gaul , selepas itu masukan nasi..gaul2 nasi tersebut sehingga betul2 panas dan garing, baharu la sedap nasi goreng tersebut
6. Dah siap semua...angkat dan hidang dan hias dengan daun salad tadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan