Khamis, 13 Januari 2011

OREO CHEESS CAKE WITH BERRY CHOCO TOPPING




Aduh keje lain tak de cheese kek jer kan..nak buat camana permintaan anak2 kena la mama turutkan tapi yang ini gunakan resepi yang sedikit lain...mengikut bahan2 yang ada dipeti ais yer...klu nak ikut yang kat kedai lagi banyak...hehehehe...

BAHAN A
200 gm biskut oreo
2 sudu mentega
CARA
hancurkan kesemua biskut, menjadi seperti serbuk kemudian gaulkan dengan mentega, selepas itu masukan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak, tujuannya untuk memudahkan semasa keluarkan kek dari loyang nanti dan tekan2 kan biar padat...simpan didalam peti sejuk selama lbhkurang 1/2 jam



BAHAN B
250 gm cream cheese - kali ni akak guna tatura cheess
250 gm whipping cream
1 sudu penuh mentega
4 sudu gula kastor
3 sudu sunquik limau
5 sudu tepung naik sendiri - klu tak pakai tepung ni guna tepung gandum yang dicampur sedikit bikarbonat soda dan baking powder
3 biji telur

CARA2
1. pukul cream cheess bersama mentega hingga kembang, setelah itu masukan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi sebentar dalam 1 minit...
2. selepas itu masukan whipping cream pukul lagi sebentar.. masukan pula gula dan sunquik...
3. masukan tepung sedikit demi sedikit supaya ia tidak berterbangan semasa dipukul
4. setelah siap masukan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan cara water bath...dimana tempat paling bawah kat oven letakan loyang berisi air...
5. setelah masak..biarkan sebentar didalam oven selama lbhkurang 20 minit...kemudian keluarkan dan hias dengan apa topping kegemaraan anak2

Bagi kek ini akak buat belang2 sebab ikut citarasa anak2 si abang mahukan blueberry maka mama pun letak topping blueberry bersebelah strawberry dan di dampingkan dengan coklat atas kehendak si kakak. maka jadi la oreo cheess cake with berry choco topping..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan