Isnin, 24 Januari 2011

KARI IKAN TANDA


lama la akak tak update blog...aduh hidupku sibuk sekali sejak sesi persekolahan anak2 dan pelajar bermula...sentiasa kesempitan waktu sahaja...

kali ni akak nak bagi resepi kari ikan tanda...tak tau la kat tempat lain nama ikan apa..tapi nama ikan ni memang akak kenal sejak kecil..kerana abah akak memang rajin memancing dan bila dapat ikan tu banyak la nama...dan salah satu nama ikan tanda sebab kat pipi ikan tu ada tanda hitam...kot tu sebab nama dia ikan tanda..Wallahua'lam

Ikan ni akak masak untuk makan tengahari tapi waktu memasaknya pagi al maklum ibu2 bekerja nie kan biasa la..pagi2 dah berjoget di dapur sediakan sarapan dan makanan tengahari sekali untuk dimakan anak2 balik sekolah nanti..

meh kita tengok bahan2 yang mudah diperolehi di dapur anda...

BAHAN2
5 ekor ikan tanda, ikan lain pun boleh
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
6 sudu serbuk kari...akak selalu guna kari faiza atau mak siti..adabi pun ok
2 tangkai lada merah atau hijau
1 biji tomato
4 inci timun
1 cawan susu cair
5 sudu minyak masak untuk menumis
1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

CARA2
1. Ikan diperap dengan sedikit gram dan serbuk kunyit....lepas tu goreng hingga garing kekuningan...ketepikan
2. Bawang kecil dan putih dimayang , halia dan kunyit di tumbuk kasar
3. panaskan minyak...masukan bawang dan goreng hingga kekuningan...setelah itu masukan halia dan kunyit dan serbuk kari...tumis sebentar ..selepas itu masukan air 1 cawan...biarkan sebentar....setelah sedikit kering masukan air asam jawa...dan susu
4. setelah mendidih masukan ikan . lada, timun dan tomato...masukan garam dan gula secukup rasa...kecilkan api dan biar mengelegak dalam 10 minit..
5. setelah cukup semua rasa...boleh la angkat dan hidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan