Isnin, 24 Januari 2011

MACAM MACAM PERKARA






sejak dari awal sesi persekolahan akak memang sibuk sesangat..al maklum ada 4 orang anak dan kesemuanya bersekolah..ada yang petang ada yang pagi ada yang sekolah pagi petang...ligat semacam ko...rumah pun dah macam kapal nak belayar kadang2 bersepah memanjang....

mak dikampung mengadu sakit2 badan....nak minta diurut...tapi bukan anak yang balik mengurut mak...mak yang datang kerumah anak minta diurut tak patut tul akak jadi anak..tapi nak buat macamana..nasib mak faham dan tak kisah...dapat la akak mengurut mak ...badan mak diurut sekali2 jadi banyak tempat yang bermasalah...kena urut lagi ni mak ..kata akak...
dah tu mak cakap " tak pe minggu depan mak datang lagi..." adeh mak datang lagi..akak masih tak sempat balik

2 minggu lepas mak mertua pulak..jatuh dan patah tangan...adeh kesian betul mak...pegi hospital untuk buat pemeriksaan rutin hanya dengan bapa mertua..ntah macamana sewaktu nak ke bilik air jatuh tersungkur... bengkak tangan..dan mak minta akak urut...akak dan abang pun balik..tapi bila balik...Ya Allah tengok tangan mak dan bengkak dan sedikit bengkok...rasa macam patah jer ni akak bagitau abang...maka kami pun berkemas2 bawa mak pergi klinik untuk di X Ray......dan....confirm..patah di pergelangan tangan mak....
Dr bagi choice nak bawah gi GH ke hospital pantai....mak mertua memang tk suka pegi GH...rimas katanya...sakit sikit tapi kena duduk lama pastu asik kena cucuk amik darah jer...kami pun bawa pegi pantai....sempat le akak tidur 1 malam kat hospital...

minggu lepas pulak akak sibuk uruskan persekolahan anak sulung ..pindahkan dari sekolah menengah agama ke sekolah biasa sebab prestasi pelajaran yang tak meningkat tapi prestasi kelakuan telah pun baik...akak pindahkan supaya duduk di rumah..boleh akak monitor pelajarannya ...punya la susah nak cari sekolah kat cni...sebab keputusan peperiksaan dia kurang baik...sedih sangat2...tapi berdoa bersungguh moga Allah permudahkan semua perkara untuk anak akak ni...sebab dia ni dulu agak nakal ...jadi akak masukan sekolah agama biar dia ditarbiah oleh ustaz dan ustazah..disana...Alhamdulillah dia dah jadi anak yang baik dan tak tinggal solat..syukur sangat2... tinggal nak tingkatkan prestasi pelajaran dia jer....mudah2an Allah permudahkan usaha akak dan suami...

rasa dah masuk minggu ke 4 bulan Januari dan kesibukan mula berkurang dan agak rehat minggu depan sebab sekolah cuti ....yahooooooo.... rehat sikit mama....

KARI IKAN TANDA


lama la akak tak update blog...aduh hidupku sibuk sekali sejak sesi persekolahan anak2 dan pelajar bermula...sentiasa kesempitan waktu sahaja...

kali ni akak nak bagi resepi kari ikan tanda...tak tau la kat tempat lain nama ikan apa..tapi nama ikan ni memang akak kenal sejak kecil..kerana abah akak memang rajin memancing dan bila dapat ikan tu banyak la nama...dan salah satu nama ikan tanda sebab kat pipi ikan tu ada tanda hitam...kot tu sebab nama dia ikan tanda..Wallahua'lam

Ikan ni akak masak untuk makan tengahari tapi waktu memasaknya pagi al maklum ibu2 bekerja nie kan biasa la..pagi2 dah berjoget di dapur sediakan sarapan dan makanan tengahari sekali untuk dimakan anak2 balik sekolah nanti..

meh kita tengok bahan2 yang mudah diperolehi di dapur anda...

BAHAN2
5 ekor ikan tanda, ikan lain pun boleh
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
6 sudu serbuk kari...akak selalu guna kari faiza atau mak siti..adabi pun ok
2 tangkai lada merah atau hijau
1 biji tomato
4 inci timun
1 cawan susu cair
5 sudu minyak masak untuk menumis
1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

CARA2
1. Ikan diperap dengan sedikit gram dan serbuk kunyit....lepas tu goreng hingga garing kekuningan...ketepikan
2. Bawang kecil dan putih dimayang , halia dan kunyit di tumbuk kasar
3. panaskan minyak...masukan bawang dan goreng hingga kekuningan...setelah itu masukan halia dan kunyit dan serbuk kari...tumis sebentar ..selepas itu masukan air 1 cawan...biarkan sebentar....setelah sedikit kering masukan air asam jawa...dan susu
4. setelah mendidih masukan ikan . lada, timun dan tomato...masukan garam dan gula secukup rasa...kecilkan api dan biar mengelegak dalam 10 minit..
5. setelah cukup semua rasa...boleh la angkat dan hidang...

Jumaat, 14 Januari 2011

HANDBAG

Amacam lawa tak beg nie...akak nie kan selalu beli beg...tapi yang tak ori la..pastu kan beg tu macam tak brape tahan tau..asik2 rosak..terkoyak ler..mengelupas ler...adeh..tension la plak kan bila jadi macam tu..pulak satu hari tu ada la kawan kata nak lets go dia punya handbag coach..ori tau tapi bukan kulit ler cuma kanvas...memang da tengok pun sebelum nie dia pakai..memang cantik la..dan dia nie kira shopping holic gak bab2 beg nie...maka dengan rela hati akak beli beg nie walau harga agak mahal..sebab da berkenaan punya pasal...kopak ler duit akak semetar...

lawa kan..emmm....suka tau

Khamis, 13 Januari 2011

OREO CHEESS CAKE WITH BERRY CHOCO TOPPING




Aduh keje lain tak de cheese kek jer kan..nak buat camana permintaan anak2 kena la mama turutkan tapi yang ini gunakan resepi yang sedikit lain...mengikut bahan2 yang ada dipeti ais yer...klu nak ikut yang kat kedai lagi banyak...hehehehe...

BAHAN A
200 gm biskut oreo
2 sudu mentega
CARA
hancurkan kesemua biskut, menjadi seperti serbuk kemudian gaulkan dengan mentega, selepas itu masukan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak, tujuannya untuk memudahkan semasa keluarkan kek dari loyang nanti dan tekan2 kan biar padat...simpan didalam peti sejuk selama lbhkurang 1/2 jam



BAHAN B
250 gm cream cheese - kali ni akak guna tatura cheess
250 gm whipping cream
1 sudu penuh mentega
4 sudu gula kastor
3 sudu sunquik limau
5 sudu tepung naik sendiri - klu tak pakai tepung ni guna tepung gandum yang dicampur sedikit bikarbonat soda dan baking powder
3 biji telur

CARA2
1. pukul cream cheess bersama mentega hingga kembang, setelah itu masukan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi sebentar dalam 1 minit...
2. selepas itu masukan whipping cream pukul lagi sebentar.. masukan pula gula dan sunquik...
3. masukan tepung sedikit demi sedikit supaya ia tidak berterbangan semasa dipukul
4. setelah siap masukan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan cara water bath...dimana tempat paling bawah kat oven letakan loyang berisi air...
5. setelah masak..biarkan sebentar didalam oven selama lbhkurang 20 minit...kemudian keluarkan dan hias dengan apa topping kegemaraan anak2

Bagi kek ini akak buat belang2 sebab ikut citarasa anak2 si abang mahukan blueberry maka mama pun letak topping blueberry bersebelah strawberry dan di dampingkan dengan coklat atas kehendak si kakak. maka jadi la oreo cheess cake with berry choco topping..


Jumaat, 7 Januari 2011

NASI GORENG PUJUK MEMUJUK


Nasi goreng pujuk memujuk boleh gitu...sebenarnya nasi ni buat sebab lauk untuk dimakan oleh hubby da habis dimakan anak2, jadi cik abang macam merajuk jer sebab nak makan lauk da tak ada jadi aku buatkan nasi goreng kampung bersulamkan udang. Mudah jer buatnya kan..ala nasi goreng jer kan anak akak yang sulung tu pandai dah buat nie...
Hari ini akak masak ikan kerisi singgang dan goreng taugeh, dan abis dimakan akak ngan anak2 masa balik sekolah tadi..hubby bizi sikit sebab tengah prepare untuk catering esok....jadi dia biasa makan lambat selepas Isyak...
Tak pe la meh kita tengok resepi nasi goreng pujuk memujuk nie yer
BAHAN2
Nasi putih dalam semangkuk kecil
2 ulas bawang kecil
3 tangkai lada cili
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 ekor udang bersaiz besar
sedikit garam
3 helai daun salad untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
bawang gorang untuk hiasan
CARA2
1. Tumbukkan lumat bawang dan cili, setelah itu masukan ikan bilis dan tumbuk agak2 pecah sahaja tak perlu lumat sesangat
2. Udang dicuci dan belah belakang udang tu
3. Panaskan minyak kemudian masukan udang, disebabkan udang nie besar ia perlu digoreng dahulu untuk memastikan kesemua isinya masak...untuk mempercepatkan proses masak tutup sebentar kuali dalam 2 atau 3 minit
4. Setelah udang masak, ketepikan saja dikuali tersebut dan gunakan minyak tadi untuk menumis rencah yang telah ditumbuk tersebut, minyak bekas goreng udang tersebut menambah perisa nasi goreng ini
5. Bila rencah dah nampak sedikit garing masukkan garam dan gaul , selepas itu masukan nasi..gaul2 nasi tersebut sehingga betul2 panas dan garing, baharu la sedap nasi goreng tersebut
6. Dah siap semua...angkat dan hidang dan hias dengan daun salad tadi..

Selasa, 4 Januari 2011

SEKOLAH DAH MULA ..KESIBUKAN LAGI.....


sesi persekolahan tahun 2011 dah pun bermula..maka dengan ini mama pun mula sibuk memanjang...dari celik mata sampai pejam mata tangan tak pernah berhenti bekerja..syukur dengan kurniaan Allah yang memberikan 2 tangan yang tak terhingga nilainya...tak boleh diukur dan dibeli dengan wang ..

kesibukan masih belum reda sebab ada beberapa perkara yang masih belum settle...alahai kain sekolah 2 anak dara tu ada 4 lagi belum siap...tak sempat nak menjahit walau telah siap aku buatkan ropol tepi tinggal jahit dan pasang getah pun tak siap2...adeh...

mula sesi persekolahan maka kepala pun ligat memikirkan menu harian ..pening tau..nak buat sarapan apa...menu masak tengahari..menu makan malam..kadang lepas belajar mama kena sedia supper la plak.... Sebelum pergi kerja kena masak untuk anak nombor 2 yang akan ke sekolah petang...malam kena fikir menu makan petang..malam tak sempat dah nak makan sebab 2 anak dara tu akan mengaji dari jam 8 ke 9 malam... by hook or by crook makan malam mesti disiapkan sebelum jam 7.15 malam... peh...memerlukan tenaga dan buah fikiran hari2 pening maaa......

senang ke ingat tugas isteri dan ibu yang menjadi surirumah separuh masa...separuh masa lagi kerjaya...kalau rumah ada orang gaji ok jugak..kalau yang pergi kerja tu orang gajinya..mmmmm.... jangan pandang remeh tau...penat sebenarnya tapi bila kepenatan dihargai oleh suami dan anak2 hilang segala kepenatan tersebut dan mama boleh menjadi superwoman lagi...

kehidupan merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan memerlukan keimanan, kesabaran dan ketakwaan.. kesungguhan dalam meniti kehidupan merupakan perkara yang amat mudah diucapkan tetapi amat payah untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian... gelombang, cabaran dan keriangan bersilih ganti... dihadapi dalam kehidupan seharian...sehari 24 jam..satu jam 60 minit 1 minit 60 saat...setiap saat setiap detik kita akan menghadapi perkara yang berlainan dan sesetegah perkara tidak akan berulang untuk saat2 berikut apatah lagi hari2 yang berikutnya... dan... semuanya adalah takdir dari Allah untuk manusia...

hidup perlu bersandarkan agama...agama maknawi yang dibawa oleh para Anbia...sehingga ke Nabi terakhir yang kita kasihi yang telah meninggalkan kita dengan rangkaian petunjuk lengkap untuk putaran kehidupan tak kira apa jua zaman... cuma manusia sahaja yang sering lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini...

Sabtu, 1 Januari 2011

MILLION CHOCO CREAM CAKE

salam tahun baru ..kepada yang semua yang sudi ikut blog akak nie yer...kali ni akak nak post aktiviti malam tahun baru sambil memanaskan badan sebab akak dilanda demam..mungkin disebabkan bengkak pada tekak nie...malas nak pergi ke klinik amik ramuan semulajadi jer..tapi lambat sikit le baiknya...aha..ramuan semulajadi...akak cuma banyakkan minum air masak jer dan Alhamdulillah beransur pulih sakit tekak nie...

kek ini dihasilkan menggunakan kek coklat dan whipping cream..tapi resepi nanti2 la yer..ari ni cam malas jer nak masukan resepi sebab akak nak menjahit baju sekolah anak..adeh..dah nak sekolah tapi tak siap2 lagi sebab malas sungguh nak menjahit dari hari tu..bila dah sibuk2 nie baru ler nak menjahit..nanti dah lapang2 akak masukan resepi nie yer...

saja namakan million sebab memang peh makan coklat dan krim jer la kek nie...kek ni ala2 chocolate indulgen kat screet receipe tu ler...tapi tak la sesedap macam kat sana tu..almaklum bahan pun jauh berbeza kan..yang sama coklat jerk...