Selasa, 13 April 2010

Roti butter cheess



Dalam pembuatan roti ni sebenarnya resepi boleh diambil dari mana-mana blog atau buku resepi tetapi yang mahal adalah teknik... maaf kalau tak clear..
Tapi sebenarnya kalau buat roti guna bread maker no problem roti gerenti naik..cuma teknik nak menghasilkan roti yang disukai jer yang lain2 .
Jadi kali ni kita buat roti butter cheese dulu yer..

Roti butter cheess....

BAHAN-BAHANNYA
300 g tepung roti (high protein flour)*
1 camca besar susu tepung*
1 1/2 camca teh bread improver*
1/4 camca teh garam halus*
50 g gula halus*
8 g instant yeast*
50 g mentega (boleh guna juga minyak sapi atau mentega sayuran)
1 biji telur*
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti dan untuk dimasukan kedalam roti nanti
Jika suka boleh tambah chesdale atau mozarella
Sedikit gula untuk ditabur di atas roti nanti

CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan bertanda * jika buat guna breadmaker tetapi jika menguli menggunakan tangan yang kita yang cantik ini kena la satu-satu. Mula2 masukan tepung pastikan tepung diayak dahulu untuk menghasilkan doh yang cantik lepastu masukan semua bahan bertanda * satu persatu dan pastikan semua telah bersatu baru masukan air
2. Uli hingga rata kemudian baru masukan mentega dan uli lagi sehingga lembut selama 1/2 jam..ingat tu 1/2 jam kalau malas nanti tak naik
3. Dah siapkan biarkan sebentar dalam 15 minit... untuk naikan adunan.dah naik tumbuk sedikit untuk keluarkan angin
4. Dah siap.. bahagikan doh kepada bahagian kecil2 iaitu lbhkrg 60gm setiap satu. Masukan mentega yang telah dihiris kecil kedalam doh. Sapukan telur diatas doh tersebut. Dah tu biarkan selama 1/2 jam untuk doh menaik..
5. Sebelum tu dulang yang nak isi doh sapukan dengan sedikit mentega untuk elakan melekat.
6. Bila doh dah naik, gunting tengahnya untuk masukan sedikit cheess dan taburkan gula...
7. Bakar dalam oven 180 darjah selama lbhkurang 15 minit, ikut oven masing2..
8. Dah masak..sapukan mentega atau margerin atas roti untuk mencantikan kawan tu.. solek sikit ma.. kasi cantik...

Dah tu hidang dengan kopi O..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan