Jumaat, 30 April 2010

ASAL USUL KETURUNAN

Pernahkan kalian terfikir asal usul keturunan diri sendiri.... Bagi yang bernasib baik keturunan terdahulu telah ada salahsilah keluarga jadi dapat diketahui nasab keturunan kita, selain itu bagi yang berketurunan raja-raja atau tengku-tengku pasti telah jua mengetahui nasab keturunan..

Tapi bagi orang biasa seperti kita, adakah kita mengetahui nasab keturunan. Cuba sesekali kita menghadap cermin dan lihat apa yang ada pada fizikal diri kita..
warna kulit - sawo matang, putih gebu, putih merah, kelabu
bentuk mata - bulat ke sepet ke seperti aku ini
bentuk muka - lonjong ke bulat, empat segi
bentuk hidung - mancung bak seludang, pesek , atau ala pesek tidak mancung ada la sikit2
bentuk kuku - cawan, tirus atau berbentuk U yang sememangnya idaman ramai wanti
bentuk kaki - macam betis india yang cantik tu ke
bentuk fizikal tubuh - yang ini sebenarnya dipengaruhi oleh pemgambilan makanan juga

Dari pemerhatian diriku yang berapa cerdik ni dapati bentuk rupa paras dipengaruhi faktor keturunan dan pemakanan yang kita ambil juga, tetapi sesetengah kaum faktor keturunan memainkan peranan amat penting.. mungkin faktor genetik samada kuat atau tidak..

Jika kita lihat kebanyakan melayu yang mengahwini orang dari keturunan lain.. biasanya zuriat keturunan mereka akan lebih banyak dipengaruhi oleh bangsa lain tersebut.. tak kira la samada mereka mengahwini orang putih, cina , india, benggali, protugal, belanda , arab.. kemelayuan dalam bentuk fizikal biasanya amat kurang.. yang tu kita panggil apa pan asia..

Keturunan diriku adalah berbangsa jawa..
Ayah - lahir di Malaya ketika tu la, tetapi datuk dan nenek yang kupanggil embah berasal dari tanah jawa, nenek dari Ponorogo dan datuk dari Nganjuk keduanya dari Jawa Barat. Asal usul keturunan datuk dari Embah Ngaliman, tetapi datukku adalah asal keturunan dari anak perempuan Embah Ngaliman tersebut, di Nganjuk tersebut ada gunung yang dinamakan gunung Ngaliman. Cerita ini menurut sepupu ayah yang masih tinggal di Nganjuk tersebut.
Mak - datuk dari Jawa juga nenek juga berketurunan Jawa tetapi dilahirkan di Malaysia, yang tu lagi susah nak cari susur galur, Wallahua'lam

Tetapi rupa parasku ada sedikit kecinaan, mungkin semasa zaman dinasti di China berpecah ada umat Islam yang merantau hingga ke kepulauan Melayu dan aku merupakan asal dari keturunan tersebut.. entahla.. tak boleh nak difikir dan di jangka, hanya Allah jua yang mengetahuinya.. kan best kalau tahu tapi kemungkinan ada sesuata yang kita jangka dan lebih naik kita tak tahu...

Nanti kita cerita lagi pasal keturunan ini yer... best boleh jadikan cerpen ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan