Khamis, 29 April 2010

Anak Yatim

Istilah anak yatim sesuai digunakan bagi anak2 yang kehilangan ibu atau bapa kata orang, manakala anak2 kehilangan ibubapa dipanggil yatim piatu... beza yer.. ntahla tapi disini ingin aku ceritakan sedikit kisah anak2 rakan baikku setelah kehilangan ibu akibat kanser payudara,

Rakanku ini ke kenali sejakaku mula2 bekerja di tempat lama dahulu, walau dimana pun aku kami sering berhubungan. Salah satu sebab kerana dia adalah pendengar yang setia, bila aku ada masalah, dia sering menjadi pendengar dan memberi semangat. Lama kelamaan dia juga turut meluahkan masalah kepadaku.. maka jadilah kami rakan baik.

Ditakdirkan Allah satu hari aku mendapat panggilan dari rakan ku ini kegelarkan M, dia mengatakan yang doktor telah mengesahkan yang dia mengidap kanser dan perlu buat pembedahan segera untuk membuang ketumbunhan. Susah hati M kerana macam2 yang difikirkan iyer la orang perempuan kan..bila terkena musibah ke atau apa2, macam2 difikirkan.. Sebab kalau buang pun belum tentu baik, sebab banyak kes tak baik pun selepas dibuang.. M berusaha secara tradisional tetapi setelah mencuba selama 2 atau 3 bulan kanser tersebut tak mahu hilang malah bertambah teruk. Jadi atas nasihat doktor M telah membuat pembedahan segera membuang ketumbuhan berserta payudara sekali. Sedih kan orang perempuan tanpa payudara..

Selepas membuang payudara disambung pula dengan rawatan kimoterapi, M mengambil ubatan tambahan bagi memberi kekuatan pada daya tahan tubuh. Alhamdulillah kimoterapi sebanyak 6 sesi tamat dan M dijangka pulih, M bersyukur sangat, M mula kembali bertugas selepas doktor mengesahkan dia dah agak stabil. Selepas kembali bertugas M segera menelefon aku memaklumkan yang dia dah bertugas dan suara M agak ceria waktu tu, jadi aku pun senang hati tak terasa apa2 memandangkan aku dan M tinggal berlainan negeri jadi aku tak berkesempatan nak melawat selalu.

Tanpa disangka, selepas 2 minggu bertugas M dimasukan semula kehospital kerana ada komplikasi, disebabkan tiada siapa yang tahu kami akrab maka tiada siapa yang memaklumkan kepada aku tentang M. Aku ingat lagi waktu tu aku sedang bercuti kerana cuti hari kemerdekaan, hatiku terdetik rasa gelisah waktu tu dan teringatkan M, tetapi hati aku menafikan, hatiku berkata " ala M kan sihat baru ari tu cal".

Tanpa disangka, bila aku kembali bertugas selepas bercuti, dan ada email tentang perkhabaran anggota sakit atau meninggal, terdapat mail tentang kematian M, sedih sungguh tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Malangnya kesedihanku itu tak dapat ku kongsi dengan sesiapa kerana di tempat kerjaku tiada yang mengenalinya...

nti sambung lagi yer.. nak buat kerja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan