Pernahkan kalian terfikir asal usul keturunan diri sendiri.... Bagi yang bernasib baik keturunan terdahulu telah ada salahsilah keluarga jadi dapat diketahui nasab keturunan kita, selain itu bagi yang berketurunan raja-raja atau tengku-tengku pasti telah jua mengetahui nasab keturunan..
Tapi bagi orang biasa seperti kita, adakah kita mengetahui nasab keturunan. Cuba sesekali kita menghadap cermin dan lihat apa yang ada pada fizikal diri kita..
warna kulit - sawo matang, putih gebu, putih merah, kelabu
bentuk mata - bulat ke sepet ke seperti aku ini
bentuk muka - lonjong ke bulat, empat segi
bentuk hidung - mancung bak seludang, pesek , atau ala pesek tidak mancung ada la sikit2
bentuk kuku - cawan, tirus atau berbentuk U yang sememangnya idaman ramai wanti
bentuk kaki - macam betis india yang cantik tu ke
bentuk fizikal tubuh - yang ini sebenarnya dipengaruhi oleh pemgambilan makanan juga
Dari pemerhatian diriku yang berapa cerdik ni dapati bentuk rupa paras dipengaruhi faktor keturunan dan pemakanan yang kita ambil juga, tetapi sesetengah kaum faktor keturunan memainkan peranan amat penting.. mungkin faktor genetik samada kuat atau tidak..
Jika kita lihat kebanyakan melayu yang mengahwini orang dari keturunan lain.. biasanya zuriat keturunan mereka akan lebih banyak dipengaruhi oleh bangsa lain tersebut.. tak kira la samada mereka mengahwini orang putih, cina , india, benggali, protugal, belanda , arab.. kemelayuan dalam bentuk fizikal biasanya amat kurang.. yang tu kita panggil apa pan asia..
Keturunan diriku adalah berbangsa jawa..
Ayah - lahir di Malaya ketika tu la, tetapi datuk dan nenek yang kupanggil embah berasal dari tanah jawa, nenek dari Ponorogo dan datuk dari Nganjuk keduanya dari Jawa Barat. Asal usul keturunan datuk dari Embah Ngaliman, tetapi datukku adalah asal keturunan dari anak perempuan Embah Ngaliman tersebut, di Nganjuk tersebut ada gunung yang dinamakan gunung Ngaliman. Cerita ini menurut sepupu ayah yang masih tinggal di Nganjuk tersebut.
Mak - datuk dari Jawa juga nenek juga berketurunan Jawa tetapi dilahirkan di Malaysia, yang tu lagi susah nak cari susur galur, Wallahua'lam
Tetapi rupa parasku ada sedikit kecinaan, mungkin semasa zaman dinasti di China berpecah ada umat Islam yang merantau hingga ke kepulauan Melayu dan aku merupakan asal dari keturunan tersebut.. entahla.. tak boleh nak difikir dan di jangka, hanya Allah jua yang mengetahuinya.. kan best kalau tahu tapi kemungkinan ada sesuata yang kita jangka dan lebih naik kita tak tahu...
Nanti kita cerita lagi pasal keturunan ini yer... best boleh jadikan cerpen ni..
Jumaat, 30 April 2010
Khamis, 29 April 2010
Orang rumah
Apa istimewanya menjadi orang rumah zaman sekarang ini, sbb semua kerja orang rumah buat..
cari duit - kerja hakiki suami jika mengikut landasan Islam tetapi sekarang macam dah ada ketidakseimbangan dalam struktur tersebut. Isteri bekerja dengan alasan membantu suami tetapi
suami bila dah dibantu selalu lupa diri
ada duit makan sendiri
belanja rumah hanya sesekali
mana isteri tak sakit hati
rasa macam nak cabut lari
tapi apakan daya diri cuma isteri
jika lari nyusus nanti
jadi makan jer la hati....
memasak.. tak kira masak kat rumah ke kat kedai
mengemas.. kalau ada maid bleh ler outsource kalau tak der buat ler sendiri
menguruskan anak2
membasuh, melipat, mengosok pakaian.. kerja yang cukup meletihkan.. lebih2 lagi jika ada anak sekolah...
mencuci lantai..
mejadi supir untuk anak2 sekolah dan kelas tambahan
guru - untuk settle kerja sekolah anak...
banyaknya tugas... siapa yang bantu..siapa yang kasihan... emmmm... ada tak

Anak Yatim
Istilah anak yatim sesuai digunakan bagi anak2 yang kehilangan ibu atau bapa kata orang, manakala anak2 kehilangan ibubapa dipanggil yatim piatu... beza yer.. ntahla tapi disini ingin aku ceritakan sedikit kisah anak2 rakan baikku setelah kehilangan ibu akibat kanser payudara,
Rakanku ini ke kenali sejakaku mula2 bekerja di tempat lama dahulu, walau dimana pun aku kami sering berhubungan. Salah satu sebab kerana dia adalah pendengar yang setia, bila aku ada masalah, dia sering menjadi pendengar dan memberi semangat. Lama kelamaan dia juga turut meluahkan masalah kepadaku.. maka jadilah kami rakan baik.
Ditakdirkan Allah satu hari aku mendapat panggilan dari rakan ku ini kegelarkan M, dia mengatakan yang doktor telah mengesahkan yang dia mengidap kanser dan perlu buat pembedahan segera untuk membuang ketumbunhan. Susah hati M kerana macam2 yang difikirkan iyer la orang perempuan kan..bila terkena musibah ke atau apa2, macam2 difikirkan.. Sebab kalau buang pun belum tentu baik, sebab banyak kes tak baik pun selepas dibuang.. M berusaha secara tradisional tetapi setelah mencuba selama 2 atau 3 bulan kanser tersebut tak mahu hilang malah bertambah teruk. Jadi atas nasihat doktor M telah membuat pembedahan segera membuang ketumbuhan berserta payudara sekali. Sedih kan orang perempuan tanpa payudara..
Selepas membuang payudara disambung pula dengan rawatan kimoterapi, M mengambil ubatan tambahan bagi memberi kekuatan pada daya tahan tubuh. Alhamdulillah kimoterapi sebanyak 6 sesi tamat dan M dijangka pulih, M bersyukur sangat, M mula kembali bertugas selepas doktor mengesahkan dia dah agak stabil. Selepas kembali bertugas M segera menelefon aku memaklumkan yang dia dah bertugas dan suara M agak ceria waktu tu, jadi aku pun senang hati tak terasa apa2 memandangkan aku dan M tinggal berlainan negeri jadi aku tak berkesempatan nak melawat selalu.
Tanpa disangka, selepas 2 minggu bertugas M dimasukan semula kehospital kerana ada komplikasi, disebabkan tiada siapa yang tahu kami akrab maka tiada siapa yang memaklumkan kepada aku tentang M. Aku ingat lagi waktu tu aku sedang bercuti kerana cuti hari kemerdekaan, hatiku terdetik rasa gelisah waktu tu dan teringatkan M, tetapi hati aku menafikan, hatiku berkata " ala M kan sihat baru ari tu cal".
Tanpa disangka, bila aku kembali bertugas selepas bercuti, dan ada email tentang perkhabaran anggota sakit atau meninggal, terdapat mail tentang kematian M, sedih sungguh tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Malangnya kesedihanku itu tak dapat ku kongsi dengan sesiapa kerana di tempat kerjaku tiada yang mengenalinya...
nti sambung lagi yer.. nak buat kerja

Selasa, 13 April 2010
Roti butter cheess
Dalam pembuatan roti ni sebenarnya resepi boleh diambil dari mana-mana blog atau buku resepi tetapi yang mahal adalah teknik... maaf kalau tak clear..
Tapi sebenarnya kalau buat roti guna bread maker no problem roti gerenti naik..cuma teknik nak menghasilkan roti yang disukai jer yang lain2 .
Jadi kali ni kita buat roti butter cheese dulu yer..
Roti butter cheess....
BAHAN-BAHANNYA
300 g tepung roti (high protein flour)*
1 camca besar susu tepung*
1 1/2 camca teh bread improver*
1/4 camca teh garam halus*
50 g gula halus*
8 g instant yeast*
50 g mentega (boleh guna juga minyak sapi atau mentega sayuran)
1 biji telur*
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti dan untuk dimasukan kedalam roti nanti
Jika suka boleh tambah chesdale atau mozarella
Sedikit gula untuk ditabur di atas roti nanti
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan bertanda * jika buat guna breadmaker tetapi jika menguli menggunakan tangan yang kita yang cantik ini kena la satu-satu. Mula2 masukan tepung pastikan tepung diayak dahulu untuk menghasilkan doh yang cantik lepastu masukan semua bahan bertanda * satu persatu dan pastikan semua telah bersatu baru masukan air
2. Uli hingga rata kemudian baru masukan mentega dan uli lagi sehingga lembut selama 1/2 jam..ingat tu 1/2 jam kalau malas nanti tak naik
3. Dah siapkan biarkan sebentar dalam 15 minit... untuk naikan adunan.dah naik tumbuk sedikit untuk keluarkan angin
4. Dah siap.. bahagikan doh kepada bahagian kecil2 iaitu lbhkrg 60gm setiap satu. Masukan mentega yang telah dihiris kecil kedalam doh. Sapukan telur diatas doh tersebut. Dah tu biarkan selama 1/2 jam untuk doh menaik..
5. Sebelum tu dulang yang nak isi doh sapukan dengan sedikit mentega untuk elakan melekat.
6. Bila doh dah naik, gunting tengahnya untuk masukan sedikit cheess dan taburkan gula...
7. Bakar dalam oven 180 darjah selama lbhkurang 15 minit, ikut oven masing2..
8. Dah masak..sapukan mentega atau margerin atas roti untuk mencantikan kawan tu.. solek sikit ma.. kasi cantik...
Dah tu hidang dengan kopi O..
Rabu, 7 April 2010
Sambal cili marvellous
Nak tau tak apa ni.. ini adalah sambal cili berserta ikan bilis dan beberapa aksesori lain.. yang sesuai di makan bersama bubur nasi atau nasi panas... memang ngam...
Bahan-bahan
Segengam cili padi, ikut le genggam memasing, klu rasa banyak kurangkan sedikit ikut selera memasing yer
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 genggam ikan bilis yang telah disiang
sedikit belacan
1 biji kentang, dikupas dan di racik halus
2 sudu makan lobak asin hancur
2 biji telur
1 biji tomato, jika suka
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Cara-cara
1. Cili padi, bawang merah, bawang putih ditumbuk halus
2. Masukan ikan bilis yang telah di basuh, ditumbuk hancur jangan terlalu halus
3. Masukan belacan.. tumbuk lagi hingga sebati..
4. Panaskan minyak didalam kuali...
5. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing..dan bertukar warna kecoklatan gelap
6. Setelah garing masukan kentang yang telah diracik tadi.. goreng hingga lembut
7. Masukan lobak asin tadi ..gaul rata
8. Setelah semua bahan tadi bersatu dan bergaul mesra...pecahkan telur kedalam nya dan gaul hingga telur garing
9. Setelah itu masukan tomato yang telah dihiris halus.. gaul mesra sekali lagi
10. Setelah siap boleh la dihidang bersama nasi atau bubur nasi
Langgan:
Catatan (Atom)