Isnin, 13 Jun 2011

WANITA


Hari nie akak nak berceloteh berkenaan wanita dan pemakanan... kedua2nya saling berkait kan, Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh wanita untuk memastikan dirinya akan memasuki mana2 syurga yang dia mahu
1. Taat perintah Allah dan Rasulnya..
2. Taat perintah suami selagi perintah suami tak berunsur maksiat
3. Solat 5 waktu
4. Menjaga maruah dan kehormatan

Bermakna tempat wanita seharusnya di rumah menjaga suami dan keluarga tapi dalam keadaan dunia sekarang...berapa ramai wanita yang tinggalnya dirumah tanpa perlu pergi bekerja membantu suami meringankan beban suami... yang tinggal dirumah juga bekerja dengan pelbagai kerja seperti menjaga anak2 wanita yang keluar bekerja tadi, mengambil upah menjahit dan macam2 kerja lagi la yang dilakukan dirumah... jarang2 bertemu wanita yang tinggalnya dirumah tanpa kerja sambilan..kecuali la kan...isteri2 orang kaya dan kenamaan...tapi berapa ramai yang begitu...

Jika ada 100 orang wanita ternyata lebih 70% pasti mempunyai kerjaya mereka sendiri...wanita adalah

anak - pasti ada tanggungjawab kepada ibubapa yang masih hidup atau yg telah tiada

isteri - yang ini lagi pasti melayan segala keperluan suami dan pelbagai karenahnya

ibu - kalau ada 1 anak masih ok lagi tapi bayangkan ibu berkerjaya yang mempunyai anak 4 orang dan lebih...makan minum, pelajaran, pakaian, tempat tinggal semua ibu kena uruskan sesuai dengan keperluan dan kemampuan keluarga kan

pekerja - ini lagi pasti berbagai tugasa kerja di pejabat perlu diuruskan selepas sampai dan sebelum pulang kerumah

Tak termasuk kerja2 amal yang kekadang di lakukan atas rasa tanggungjawab kepada masyarakat...letih kan...

memasak, mencuci, menjemur pakaian, mengemas rumah , dapur, almari pakaian, buku2, mengosok dan 1001 macam kerja yang tak sempat nak kita catit....menyemak kerja sekolah anak...tunggu anak belajaar...wowwwww...superwoman kan wanita hari ini... Dan dalam kita melaksanakan tugas2 tersebut kekadang kita juga melakukan dosa..dengan membebel..semua kita bebel..suami , anak, apa saja la yang menyakitkan hati pada saat kita letih tu kan...

Siapa yang akan menyayangi kita kalau bukan diri kita sendiri...semua kerja yang kita laksanakan memerlukan tenaga...ia tenaga....kekadang makanan yang kita ambil tak seimbang tak memenuhi keperluan badan kita, jadi....

Akak cadangkan kepada teman2 supaya mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk memberi keseimbangan kepada tubuh kita...

Gambar di atas adalah 3 jenis vitamin yang akak ambil untuk membantu tubuh bekerja...2 vitamin iaitu multivitamin dan kalsium tersebut akak dah ambil lebih 10 tahun dan EPO tu akak baru jer ambil sekitar 2 tahun ini...dan hasilnya memang nampak..orang lain tak nampak dia punya pasal la kan..yang penting..kita merasai nikmatnya..

Tak semestinya ambil vitamin yang akak cadangkan tapi..kepada teman2 wanita yang membaca leteran ku yang panjang ini ambil la makanan tambahan untuk memberi keseimbangan kepada tubuh kita...

JIKA KITA TAK SAYANGKAN DIRI KITA SAPA LAGI NAK SAYANG... JANGAN HARAPKAN ORANG LAIN UNTUK SAYANG...KITA WAJIB SAYANG DIRI KITA..BERI HADIAH KEPADA DIRI SENDIRI SEBAGAI TANDA KITA DIHARGAI...

Ini la yang akak dapat dari buku motivasi...dan sejak itu akak mengamalkannya...walau kekadang tergelincir juga perasaan itu tapi kita kena cepat2 bangkit dari setiap keadaan yang datang...

Selagi nyawa masih dibadan selagi nadi masih bergerak selagi itu perasaan perlu dibelai oleh diri kita sendiri..pujuk diri sendiri... bukan mudah tapi tak mustahil... kadang mulut jer jahat kan hati tidak sebenarnya...

Jangan lupa bukan jangan di tinggal... sandarkan harapan pada ALLAH s.w.t , kepada Dialah tempat kita memohon dan mengharap... Hasbunallah Wa'nimal wakil nik mal maula wan'niman nasir... pasti hati kita akan lebih tenang dan gumbira nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan