Isnin, 13 Jun 2011

SALAD UDANG

Yang kat atas nie bukan salad udang ...yang tu ikan masak masam , pedas dan manis..resepi tak yah bagi la kan...senang jer... Gambar kat bawah nie la SALAD UDANG... nak close up, akak cuma guna kamera handphone...nanti blurrr..la plak...

Dah lama berangan nak buat tapi tak sempat...sebab lauk nie lepas buat nak kena terus makan..tak leh simpan2 tak bessshhhh nanti.. Yang benornya dapat resepi ni pun dari satu blog gak..tapi lupa blog mana tak simpan dalam favorite...klu tuan punya resepi tengok minta halal..tapi resepi ni akak dah outer sikit ikut selera eh...

BAHAN2
500 gm Udang - Di siang tinggalkan ekor jer
1 biji kentang bersaiz besar, klu kecil amik 2 biji la yer
1 labu bawang besar - bawang burma yer
4 sudu mayonis
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit, kalau nk guna kunyit hidup pun boleh
garam secukup rasa
1 biji telur rebus - untuk hiasan
Daun salad dan lada untuk hiasan

CARA2
1. Kentang di rebus hingga empuk, tapi yg akak buat ni akak bakar jer dalam microwave kemudian di potong dadu dalam ukuran 2 cm
2. Udang yang telah di siang dan dibersihkan digaulkan dengan garam. serbuk lada hitam dan kunyit, kemudian boleh masukkan dalam kuali dengan api kecil, tutup kuali untuk pastikan udang masak..sebelum ni akak rebus udang tapi kurang sedap air udang hilang..lemaknya tiada.. kalau ada microwave kat rumah boleh masuk dalam microwave jer. Dah siap ketepikan, udang tu pasti berair kan jangan buang air tu yer
3. Masukan udang beserta airnya dalam mangkuk besar, masukan mayonis, gaul rata kemudian masukkan kentang dan bawang besar, setelah pasti semua sudah bergaul mesra. Maka masukkan la dalam bekas lain alas dengan salad dan hias dengan lada dan telur rebus yang di potong2 tadi...siap...

Cuba la buat sedapppp....

Gambar kat bawah nie sayur campur..ala main campak2 jer kan senang...
Lauk2 ni semua adalah santapan tengahari akak sekeluarga... suka2 jer buat hias2 nak bagi anak2 excited nak makan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan