Apa maksud misteri...maksudnya sesuatu yang berlaku tetapi tiada jawapan atas apa yang berlaku...biasa kan perkara tu berlaku dalam hidup..
Ada yang misteri berlaku di dalam rumah aku..tapi tak la semisteri mana tapi ianya tetap membuatkan aku tertanya2 dan misteri la..
2 maghrib lalu iaitu pada hari jumaat dan sabtu lepas aku tiada dirumah..aku balik kerumah mak di KT sebab mak masak ketupat untuk munjung kerumah sahabat handai di kampung tersebut. Hanya aku dan 2 anak dara tu je yang balik..hubby dan anak bujang tinggal dirumah sebab anak bujang tu sekolah pada hari sabtu so hubby tunggu rumah dan tunggu anak la.. Dan bila aku tak ada maka mereka 2 beranak akan berbuka puasa di surau sahaja...dan dirumah tiada orang
Selepas balik dari surau lepas maghrib tu hubby cakap radio terpasang sendiri dirumah dan ianya berlaku di kedua2 maghrib dan radio tersebut off setelah mereka kembali dari solat terawih..ianya berlaku pada kedua2 malam.. hubby ingat aku setting radio tersebut jadi dia pun selamba jer la.. tapi kan aku memang tak pernah setting..cam ne tu..
Memang setiap hari bila petang semasa memasak dan terus sampai maghrib dan terus ke Isya' aku memang akan on radio tersebut untuk dengarkan nasyid, ceramah, bacaan al quran , zikir dan azan dari radio IKIM... tapi 2 hari tu aku tak ada so ada yang tolong buka ker....................
HUHUHUHU.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan