Khamis, 19 Ogos 2010
MEE JULA JULI
Peningkan apa ler nama mee jula juli.. sebab apa aku letak nama tu..sebab mee ni buat main campak-campak jer tak tau nak bagi nama apa..disebabkan warnanya yang meriah aku letak jula juli...
Nak cuba boleh le akak bagi resepi yer
BAHAN
350 gm mee kuning (nak guna mihum pun boleh)
300 gm udang (yang ni guna udang harimau tak berapa sedap..guna udang biasa jer lg sedap)
200 gm sotong
100 gm kobis bunga
100 gm sawi
50 gm carrot
1 biji tomato
3 ulas bawang kecil (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (diketuk pastu hiris2)
6 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung gandum
minyak untuk menumis
air secukupnya (dalam 4 cawan)
CARA-CARA
1. Panaskan kuali dan masukan minyak, setelah minyak pijar masukan bawang kecil dan bawang putih, tumis hingga naik bau..masukan tepung gandum dan gaul rata.
2. Setelah agak perang masukan udang dan sotong (klu nak ganti ayam ke daging pun boleh), tumis agak-agak udang dan sotong separuh masuk masukan separuh dari air tersebut)
3. Setelah mendidih masukan sos cili dan sos tiram, gaul rata lepastu masukan carrot dan bunga kobis. Kalau suka sayur di makan dengan kriuk2 boleh terus masukan mee dan sawi, tapi klu suka sayur yg agak lembut tunggu hingga carrot lembut baru masukan mee dan sawi...
4. Dah masuk semua dan siap tuang la mee dalam mangkuk ke mana2 la yg ni aku masuk dalam periuk tanah..untuk aroma dan mudah nak menghidang..Dah siap hidang tu baru masukan tomato tadi..kalau suka tomato dimakan separuh masak tp kalau suka tomato yang layu, masukkan bersama mee dan sawi tadi
5. Siap untuk dimakan..resepi untuk 5 orang makan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan