Isnin, 30 Ogos 2010

MISTERI

Apa maksud misteri...maksudnya sesuatu yang berlaku tetapi tiada jawapan atas apa yang berlaku...biasa kan perkara tu berlaku dalam hidup..

Ada yang misteri berlaku di dalam rumah aku..tapi tak la semisteri mana tapi ianya tetap membuatkan aku tertanya2 dan misteri la..

2 maghrib lalu iaitu pada hari jumaat dan sabtu lepas aku tiada dirumah..aku balik kerumah mak di KT sebab mak masak ketupat untuk munjung kerumah sahabat handai di kampung tersebut. Hanya aku dan 2 anak dara tu je yang balik..hubby dan anak bujang tinggal dirumah sebab anak bujang tu sekolah pada hari sabtu so hubby tunggu rumah dan tunggu anak la.. Dan bila aku tak ada maka mereka 2 beranak akan berbuka puasa di surau sahaja...dan dirumah tiada orang

Selepas balik dari surau lepas maghrib tu hubby cakap radio terpasang sendiri dirumah dan ianya berlaku di kedua2 maghrib dan radio tersebut off setelah mereka kembali dari solat terawih..ianya berlaku pada kedua2 malam.. hubby ingat aku setting radio tersebut jadi dia pun selamba jer la.. tapi kan aku memang tak pernah setting..cam ne tu..

Memang setiap hari bila petang semasa memasak dan terus sampai maghrib dan terus ke Isya' aku memang akan on radio tersebut untuk dengarkan nasyid, ceramah, bacaan al quran , zikir dan azan dari radio IKIM... tapi 2 hari tu aku tak ada so ada yang tolong buka ker....................

HUHUHUHU.......

Jumaat, 20 Ogos 2010

ANAK..ANAK...

Masuk hari ini dah 11 hari Ramadhan...tapi anak dara aku 2 orang ni aduhai...susahnya nak puasa..aku tinggal sekejap amik abang dia balik tuisyen..balik aku tengok dia dah makan..emmmm sakitnya hati..

Walaupun kecik baru 6 dan 8 tahun tapi seingat aku masa aku umur2 tu rajin dah puasa kalau tuang pun ada la 5 ke 6 hari ..ini..baru puasa 3 hari...sakitnya hati..

Tapikan kena doakan juga anak2 ni biar jadi anak soleh dan solehah walau hati mama mengerutu sakitnya..

Hari ni pulak hubby tak buka kat rumah ada katering untuk majlis berbuka puasa..emm mama masak simple2 jer pastu tak nak bagi anak dara tu makan sekali time buka, biarkan dia berdua..geram betul

Khamis, 19 Ogos 2010

KEK COKLAT KUKUS VERSI BASAH



MAAF YER.... gambar di atas sekadar hiasan.. mereka di atas adalah putera dan puteri aku..gambar 3 tahun lepas masa besday si kecil tu sekarang dah 6 tahun umur dia dah lain dah..
Resepi ni aku masukan atas permintaan tapi gambar tak ada sebab akak malas betul nak mengemerakan diri sejak 2 menjak ni

Kek coklat ni memang marvellos dan basah ..sedap sangat.. terutama bila dimakan dengan aiskrim vanilla ..peh..nikmat tak terhingga... Ok ini resepinya yer..
Resepi ni aku amik dari internet gak tapi lupa asal usul dari blog mana...sebab masa tu salin kat kertas...kepada tuan punya resepi kalau terbaca..minta halal yer...

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
1 cawan koko
1 cawan gula kastor perang (gula pasir biasa boleh gak)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (minyak biasa pun tak per)
1 cawan air
Semua bahan di atas satukan dan panaskan dengan api kecil..setelah larut semua angkat dan sejukan (cadang kalau nak buat petang ..pagi dah buat bahan ni)

BAHAN B
3 biji telur
1/2 cawan gula kastor perang
Pukul hingga kembang.. jgn pukul lama2 cukup bila nampak telur kembang je..pukul guna whisk pun tak per

BAHAN C
2 cawan tepung gandum
1 sudu bikarbonat of soda
1 sudu baking powder
Satukan dan ayak bersama

CARA-CARA
Telur yang telah dipukul tadi campurkan dengan bahan A, kacau rata menggunakan whisk dan setelah sebati semua masukan bahan C perlahan-lahan... kacau juga menggunakan whisk setelah pasti semua sebati maka bolehla ambil loyang atau mangkuk kaca besar (aku guna pyrex) atau boleh juga guna mangkuk plastik yang bertutup tu alah macam orang jual kek coklat dalam mangkuk tu..atau kek kukus..mesti pernah nampak kan...

kalau guna loyang atau mangkuk tutup atasnya dengan menggunakan plastik wrapping untuk mengelakan air masuk ke dalam bekas..Kukus selama 1 1/2 jam... sejukkan ...
kalau suka boleh letak topping kalau tak makan gitu jer pun sedap...

Cara nak buat topping tengok dalam satu lagi kek kukus yer kat entri sebelum ni..

Selamat mencuba..

MEE JULA JULI



Peningkan apa ler nama mee jula juli.. sebab apa aku letak nama tu..sebab mee ni buat main campak-campak jer tak tau nak bagi nama apa..disebabkan warnanya yang meriah aku letak jula juli...

Nak cuba boleh le akak bagi resepi yer

BAHAN

350 gm mee kuning (nak guna mihum pun boleh)
300 gm udang (yang ni guna udang harimau tak berapa sedap..guna udang biasa jer lg sedap)
200 gm sotong
100 gm kobis bunga
100 gm sawi
50 gm carrot
1 biji tomato
3 ulas bawang kecil (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (diketuk pastu hiris2)
6 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung gandum
minyak untuk menumis
air secukupnya (dalam 4 cawan)

CARA-CARA

1. Panaskan kuali dan masukan minyak, setelah minyak pijar masukan bawang kecil dan bawang putih, tumis hingga naik bau..masukan tepung gandum dan gaul rata.
2. Setelah agak perang masukan udang dan sotong (klu nak ganti ayam ke daging pun boleh), tumis agak-agak udang dan sotong separuh masuk masukan separuh dari air tersebut)
3. Setelah mendidih masukan sos cili dan sos tiram, gaul rata lepastu masukan carrot dan bunga kobis. Kalau suka sayur di makan dengan kriuk2 boleh terus masukan mee dan sawi, tapi klu suka sayur yg agak lembut tunggu hingga carrot lembut baru masukan mee dan sawi...
4. Dah masuk semua dan siap tuang la mee dalam mangkuk ke mana2 la yg ni aku masuk dalam periuk tanah..untuk aroma dan mudah nak menghidang..Dah siap hidang tu baru masukan tomato tadi..kalau suka tomato dimakan separuh masak tp kalau suka tomato yang layu, masukkan bersama mee dan sawi tadi
5. Siap untuk dimakan..resepi untuk 5 orang makan...

Selasa, 17 Ogos 2010

MERAJUK


Lama aku merajuk dari menulis blog ..bukan apa merajuk pada orang yang terima kasih atas khidmat aku..pastu skang bila susah suh aku sambung balik ..nyampah..tu la cakap eksen...kan dah..

rasa cam nak keliling dunia jer...emmmmmm...