Selasa, 30 Mac 2010

Lepat ubi



Sebenarnya kalau orang jawa ini tidak disebut lepat ubi tetapi disebut belebat ubi.. tapi sekarang kalau sebut belebat ramai gak yang tak berapa tau.. emmm... anak jawa tulin jer yang masih guna perkataan tu..

LEPAT UBI

BAHAN

500 gm ubi kayu yang siap diparut
1 1/2 cawan gula melaka
3 cawan santan pekat
1 cawan kelapa parut (amik yang putih jer)
Daun pisang untuk membungkus lepat tu yer

Cara-cara
1. Ubi parut tu kena perah buang airnya tetapi air tu kena tadah dan biarkan sebentar. Buat sikit2 yer sampai habis
2. Masukan gula melaka, santan kedalam periuk dan panaskan hingga gula larut
3. Selepas itu tapiskan gula tersebut.. mana tau ada bendasing yang tak berkenaan
4. Air perahan ubi tadi buangkan dan dilapis bawah tu ada sagunya ambil campurkan bersama ubi yang telah diperah tadi
5. Masukan santan gula melaka tadi bersama kelapa parut.. gaulkan rata
6. Bungkuskan dalam daun pisang dan letakkan dalam bekas untuk kukus
7. Sebelum tu ambil siapkan periuk kukusan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan