Selasa, 30 Mac 2010

KEK COKLAT KUKUS

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7.
Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

1 cawan koko
1 cawan susu pekat manis

1 cawan mentega


Cara.
1. Cairkan mentega
2. Selepas cai masukan susu pekat manis , satukan
3. Masukan koko, gaulkan sebati

4. Dah siap boleh sapukan diatas kek yang telah sejuk... untuk hiasan boleh taburkan nestum atau coklat rice



Tiada ulasan:

Catat Ulasan