Jumaat, 19 September 2014

UMRAH part 1



Alhamdulillah pada Februari tahun 2014 ini akak telah diterima Allah untuk menjadi tetamu dirumah agungNya di Masjidin Nabawi dan Masjidil Haram...syukur sangat2... setelah 2 kali tertangguh pada kali ke 3 baru dapat menjejakkan kaki ke 2 TANAH HARAM... seronok tak terucap



Kami menaiki pesawat SAUDI AIR...dari KLIA dan turun dilapangan terbang MADINAH.. tak teringat nak ambil gambar masa kat airport.. sebab bila jejak kaki ke tangga kapalterbang angin sejuk terus menerpa... ketika bulan Februari cuaca di MADINAH agak sejuk terperanjat sekejap...hehhe...

Kami menggunakan khidmat syarikat ANDALUSIA travel......di Madinah kami ditempatkan di hotel Mubarak Silver... Alhamdullilah jarak dari hotel ke masjid hanya kira2 200meter... dan dikala kepenatan berjalan2 sekitar kawasan ... kami sempat berlari2 ke masjid tika azan sudah berkumandang... tetapi jangan harap ler dapat solat dihadapan... dapat jer la solat disekitar halaman masjid yang bertutup itu...Dikala siang selesa la bersolat dihalaman masjid tetapi ketika Subuh atau Isyak huhuhu.. tak lalu nak solat kat halaman ...kesejukan... ketika awal pagi suhu disekitar MADINAH kira2 16 darjah celcius...

Kami berada di MADINAH kira2 5 hari 4 malam... terasa cepat sahaja waktu berlalu... dan dalam tempoh waktu tersebut..Alhamdulillah kami diberi kesempatan 2 kali untuk ke RAUDAH...taman Syurga didunia... Rasullullah saw telah bersabda ....antara rumahku dan mimbar masjid Nabawi itu lah RAUDAH atau taman syurga dimana...tanah di RAUDAH itu adalah tanah syurga yang dibawa kedunia...dan bila tiba ketika kiamat berlaku tanah tersebut akan kembali semula ke syurga...Sedih meninggalkan bumi MADINAH 

Perjalanan dari MADINAH ke MEKAH sejauh lebih 300km tetapi disebabkan struktur jalannya yang lurus dan kurang rosak perjalanan dirasakan sekejap saja.... Kami berhenti di WADI KUDIK...dikatakan disitu Rasullullah pernah berhenti untuk berehat...  kami berhenti makan dan solat maghrib dan Isyak sebelum terus ke MEKAH
bersambung yer....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan