Jumaat, 19 September 2014

KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI



Lamanya tak update blog sendiri.... dah lebih setahun...kemalasan apakah ini... terkejut bila tengok banyaknya pengunjung...huhuhu tuan rumah malas nak mengupdate... kemalasan tahap sampai ke langit ionosfera... sampai dah tak ada graviti yang menarik kerajianan... gila betul

Dalam tempoh setahun lebih ini macam2 dilalui bermula April 2013 pembedahan mata dijalani untuk buang katarak dan sekaligus membuang kanta lama (ciptaan Ilahi) dan digantikan dengan kanta ciptaan manusia kerana mata teruk rabun silaunya..mencecah 600 power cermin mata... syukur pembedahan kedua2 belah mata selamat dan sehingga ke hari ini diri ini bebas dari cermin mata...syukur sangat..satu anugerah yang sangat berharga...tak ternilai dengan kos pembedahan... selama 29 tahun cermin mata memang lekat di muka.... tiba2 bila tiada rasa janggal..tangan ini secara automatik akan cuba menolak cermin yang sudah tiada dihidung... dan selepas berwuduk sering teringat2...mana cermin mata aku eh....hehheh... eh lupa plak..dah free from glass now....

Dalam proses untuk membuat pembedahan beberapa perkara yang aku temui... peringatan untuk semua ibu2 yang ada anak yang memakai cermin mata terutama yang memakai cermin mata disebabkan oleh RABUN SILAU atau bahasa lain ASTIMATISM... jika boleh bawa la anak2 atau kita sendiri yang menghidapi rabun silau untuk membuat pemeriksaan dimana2 klinik mata... kerana jika terdapat tanda2 yang boleh menyebabkan ianya menjadi semakin teruk kita dapat kesan dari awal... 

Jika mengikut doktor yang merawat..dia juga tidak dapat memastikan mengapa katarak boleh berlaku, pada kebiasaannya katarak berlaku disebabkan oleh kencing manis yang dihidapi oleh pesakit... sedangkan aku tak ada pun kencing manis... Dari pemerhatian dan sejarah ianya berlaku disebabkan oleh pemakaian cermin mata akibat RABUN SILAU sejak berusia 13 tahun... 

Untuk itu jika ada antara pembaca blog yang tak berapa nak semegah nie menghidapi rabun silau sama macam akak nie... sila la ambil perhatian dan rajin2 la melawat klinik mata berhampiran kediaman ada yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan