Ahad, 9 November 2014
NABILA RAUQAH
Terasa seperti baru sahaja melahirkan dia... sedar tak sedar sudah 10 tahun umurnya... meninjak remaja dia... buah hati yang semakin mula berubah perilakunya.... semakin agak beremosi anak mama ini... mudah merajuk dan terasa walau sedikit jer terusik...
Alhamdulillah baru ini dapat medal silver untuk matematik dikumon setelah 2 tahun berturut hanya mendapat bronze... Mudah2an anak mama berjaya menjadi seorang doktor haiwan yang hafizah... berjaya menjadikan dunia sebagai jambatan untuk mendapat syurga diakhirat...aaammminnn
NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG
Jalan-jalan ke negeri Cik Siti Wan Kembang di kala Raya AidilAdha... sambil beerziarah rumah-rumah teman di sekitar negeri Kelantan. Sesekali bermusafir di hari raya seronok juga... memang tiada juadah istimewa dipagi raya yang ada hanya mee goreng berlaukan telur dadar tetapi keseronokan terasa merasai pengalaman berhari raya di tempat orang
Kami tiada saudara mara di negeri ini yang ada hanyalah teman-teman sekerja dan teman suami sewaktu mengerjakan umrah di bulan Ramadhan tempohari. Kami menyewa homestay seorang teman yang hanya dikenali melalui facebook.. Dan kami berjalan-jalan mengelilingi negeri Kelantan dengan bantuan "makcik google" hehehe... Dalam dunia serba mudah sekarang ini menjadikan perjalanan semakin mudah dan cepat.
Sempat kami berziarah di kedai dan rumah salah seorang pelajar yang telah tamat belajar dan telahpun bekerja di KL sekarang... sampai kami ke daerah Tumpat sempat kami membeli belah serba sedikit di pasar petang geting... harga baju-baju dan tudung lebih up to date dan murah disini... tapi belum habis membelek hujan dah turun pulak.... berlari-lari la kami ke kereta ...kalau tak mau habis banyak ler bershopping...
Selepas itu kami menjamu selera disebuah kedai makan di cabang tiga antara tumpat ke pantai sri tujuh... nak tunjuk pun tak reti...hehehehe... tempat orang kan... Enak dan murah disini... dengan gulai serati... ayam kampung goreng...sotong.. gulai ikan keli... puashati kami makan, sambal belacannya pun enak...cuma satu jer makan di Kelantan nie...kebanyakan gulainya berasa manis...hehehehe...kami kan orang Johor yang suka pedas... walau macam pelik tapi ok jer ...
Nampak sedapkan sotong tu
Kami berada di Kelantan selama 4 hari 3 malam... kami berjalan ke Kota Bahru...Tumpat....Pasir Mas... Rantau Panjang... Pengkalan Kubor... Machang...Tanah Merah...Bachok... habis kami ronda...
Solat AidilAdha di masjid Telipot... lepas solat kami siap berkemas dan mula meronda beraya dirumah teman-teman... Dirai dan dijamu pelbagai hidangan yang tak biasa kami jumpa di Johor... Kalau jumpa pun tetapi dijual oleh penjual dari negeri kelantan..
Dijamu nasi kerabu... ketupat palas dengan rasa manis... buah salak ...dukong di Pasir Mas.... kemudian kami teruskan beraya di jamu pula dengan sup tulang ...daging kunyit yang semuanya adalah daging korban... lemang ...ketupat palas... tapai pulut.....di Tanah Merah dan hingga kepetang kami pusing balik ke Bachok dan dijamu dengan kuih raya ...sup tulang ....ayam kunyit ...memang full perut kami... seronok dan bersyukur diberi nikmat untuk merasai pengalaman berhari raya bersama keluarga di negeri orang... Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan tidur sebentar di Hotel Seri Malaysia... untuk melepaskan lelah seharian meronda-ronda negeri Kelantan....
Kami membeli sedikit cenderahati untuk diri sendiri ...keluarga dan teman-teman di pasar payang... dan dalam perjalanan balik kami singgah membeli keropok lekor dan sata untuk kami makan sepanjang perjalanan...puas rasanya bercuti kali ini... syukur kehadrat Ilahi yang memberi peluang untuk kami menghabiskan masa bersama sekeluarga....
Jumaat, 19 September 2014
UMRAH part 1
Alhamdulillah pada Februari tahun 2014 ini akak telah diterima Allah untuk menjadi tetamu dirumah agungNya di Masjidin Nabawi dan Masjidil Haram...syukur sangat2... setelah 2 kali tertangguh pada kali ke 3 baru dapat menjejakkan kaki ke 2 TANAH HARAM... seronok tak terucap
Kami menaiki pesawat SAUDI AIR...dari KLIA dan turun dilapangan terbang MADINAH.. tak teringat nak ambil gambar masa kat airport.. sebab bila jejak kaki ke tangga kapalterbang angin sejuk terus menerpa... ketika bulan Februari cuaca di MADINAH agak sejuk terperanjat sekejap...hehhe...
Kami menggunakan khidmat syarikat ANDALUSIA travel......di Madinah kami ditempatkan di hotel Mubarak Silver... Alhamdullilah jarak dari hotel ke masjid hanya kira2 200meter... dan dikala kepenatan berjalan2 sekitar kawasan ... kami sempat berlari2 ke masjid tika azan sudah berkumandang... tetapi jangan harap ler dapat solat dihadapan... dapat jer la solat disekitar halaman masjid yang bertutup itu...Dikala siang selesa la bersolat dihalaman masjid tetapi ketika Subuh atau Isyak huhuhu.. tak lalu nak solat kat halaman ...kesejukan... ketika awal pagi suhu disekitar MADINAH kira2 16 darjah celcius...
Kami berada di MADINAH kira2 5 hari 4 malam... terasa cepat sahaja waktu berlalu... dan dalam tempoh waktu tersebut..Alhamdulillah kami diberi kesempatan 2 kali untuk ke RAUDAH...taman Syurga didunia... Rasullullah saw telah bersabda ....antara rumahku dan mimbar masjid Nabawi itu lah RAUDAH atau taman syurga dimana...tanah di RAUDAH itu adalah tanah syurga yang dibawa kedunia...dan bila tiba ketika kiamat berlaku tanah tersebut akan kembali semula ke syurga...Sedih meninggalkan bumi MADINAH
Perjalanan dari MADINAH ke MEKAH sejauh lebih 300km tetapi disebabkan struktur jalannya yang lurus dan kurang rosak perjalanan dirasakan sekejap saja.... Kami berhenti di WADI KUDIK...dikatakan disitu Rasullullah pernah berhenti untuk berehat... kami berhenti makan dan solat maghrib dan Isyak sebelum terus ke MEKAH
bersambung yer....
KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI
Lamanya tak update blog sendiri.... dah lebih setahun...kemalasan apakah ini... terkejut bila tengok banyaknya pengunjung...huhuhu tuan rumah malas nak mengupdate... kemalasan tahap sampai ke langit ionosfera... sampai dah tak ada graviti yang menarik kerajianan... gila betul
Dalam tempoh setahun lebih ini macam2 dilalui bermula April 2013 pembedahan mata dijalani untuk buang katarak dan sekaligus membuang kanta lama (ciptaan Ilahi) dan digantikan dengan kanta ciptaan manusia kerana mata teruk rabun silaunya..mencecah 600 power cermin mata... syukur pembedahan kedua2 belah mata selamat dan sehingga ke hari ini diri ini bebas dari cermin mata...syukur sangat..satu anugerah yang sangat berharga...tak ternilai dengan kos pembedahan... selama 29 tahun cermin mata memang lekat di muka.... tiba2 bila tiada rasa janggal..tangan ini secara automatik akan cuba menolak cermin yang sudah tiada dihidung... dan selepas berwuduk sering teringat2...mana cermin mata aku eh....hehheh... eh lupa plak..dah free from glass now....
Dalam proses untuk membuat pembedahan beberapa perkara yang aku temui... peringatan untuk semua ibu2 yang ada anak yang memakai cermin mata terutama yang memakai cermin mata disebabkan oleh RABUN SILAU atau bahasa lain ASTIMATISM... jika boleh bawa la anak2 atau kita sendiri yang menghidapi rabun silau untuk membuat pemeriksaan dimana2 klinik mata... kerana jika terdapat tanda2 yang boleh menyebabkan ianya menjadi semakin teruk kita dapat kesan dari awal...
Jika mengikut doktor yang merawat..dia juga tidak dapat memastikan mengapa katarak boleh berlaku, pada kebiasaannya katarak berlaku disebabkan oleh kencing manis yang dihidapi oleh pesakit... sedangkan aku tak ada pun kencing manis... Dari pemerhatian dan sejarah ianya berlaku disebabkan oleh pemakaian cermin mata akibat RABUN SILAU sejak berusia 13 tahun...
Untuk itu jika ada antara pembaca blog yang tak berapa nak semegah nie menghidapi rabun silau sama macam akak nie... sila la ambil perhatian dan rajin2 la melawat klinik mata berhampiran kediaman ada yer...
Langgan:
Catatan (Atom)