Sabtu, 13 November 2010
EASY PIZZA
Kalau terasa-rasa nak tukar selera sarapan pagi atau minum petang, boleh la buat resepi nie... idea asal amik dari blog yang aku lawati...maaf tak ingat blog siapa..tapi kalau tuan punya resepi ada tersesat kat blog hamba ni mohon di halalkan yer
Cara buat dan bahan2 yang diperlukan cukup mudah...
BAHAN
Roti potong - boleh gunakan roti gardenia atau apa2 roti yang ada dipasaran
5 batang sosej - potong dadu
2 biji telur
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 batang carrot diracik
1/2 batang timun jepun diracik
minyak untuk menumis
sos untuk disapu atas roti
mozarella cheese secukup rasa...
CARA-CARA
1. Panaskan minyak untuk menumis, masukan bawang besar setelah layu masukan sosej yang telah dipotong dadu, setelah masak pecahkan telur dan buatkan scramble, bila telah masak angkat dan ketepikan
2. Ambil sekeping roti dan sapukan dengan sos rata, setelah itu taburkan carrot dan timun yang telah diracik tadi, selepas itu letakkan bahan tumisan tadi..ratakan
3. Taburkan mozarella cheese dan bakar pada suhu 180 darjah selama 10 minit mengikut oven masing2...
4. Saya gunakan microwave dan gunakan fungsi micro + convention so hanya perlu dimasak 5 minit sahaja...
5. Siap untuk dihidang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan