Ahad, 28 November 2010

CHEESE COKLAT KEK




tak pernah terlintas di hati untuk mempelajari apatah lagi untuk membuat kek in..kerana macam susah je rasanya dan bahan2 pula susah nak dapat...Tapi ntah macamana agaknya dengan ajakan kawan2 pergi juga aku ke kelas membuat kek ini...Alhamdulillah selepas belajar inilah hasil pertamaku...

Cuma dalam menghasilkan kek ini..ia bergantung kepada jenis oven dan loyang yang kita gunakan..selain bahan2 dalam resepi..disebabkan dirumah yang ada hanya oven jenis bulat yang lama tu ..maka kek yang terhasil agak berkerak di tepi..kerana apinya dari tepi oven..sepatutnya perlu gunakan oven biasa yang menggunakan api atas dan bawah...

kek pertama ini aku gunakan base biskut oreo..dan loyang yang aku gunakan berukuran 9 in..ala bukannya bakery kan..jadi guna je loyang apa2 yg ada kat umah janji..masak..tapi loyang perlu gunakan yang boleh dibuka tapaknya yer..untuk memudahkan kek keluar nanti...


Untuk kek cheese yang menggunakan base biskut, boleh gunakan apa2 jenis biskut.. tapi kalau nak guna kek coklat pun boleh...nanti jadi 2 dalam 1 ..kek coklat ada kek cheese pun ada...

Bahan untuk base
Jika guna biskut
120 gm biskut oreo atau apa2 jenis biskut
1 sudu besar dan penuh tau..mentega....
Cara membuat
1. Blend semua biskut atau jika tiada blend...masukan biskut dalam plastik dan hancurkan menggunakan anak lesung...
2. Gaulkan biskut bersama mentega ...gaul rata, selepas itu masukan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas...kertas minyak pun boleh.. tekan sehingga padat...dan selepas itu masukan kedalam peti ais selama lebihkurang 1 jam..

Kalau nak jadikan kek coklat sebagai base..boleh gunakan resepi dibawah nie..tetapi kena gunakan loyang bersaiz 9 in.. kalau guna loyang kecil nanti kek cheese tak muat nak isi...
Bahan2
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung blue key warna pink)
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan air panas
Cara2
1. Mula2 gaulkan tepung dan serbuk koko
2. Selepas itu masukan gula kastor..gaul rata..masukan susu segar..gaul rata lagi menggunakan whisk yer...nanti cantik jer adunan tu
3. Selepas itu masukan minyak jagung dan air panas...gaul rata semuanya..
4. Bila dah cantik rata masukan dalam loyang dan bakar..sebelum itu panaskan oven, oven yang aku gunakan tak boleh set suhu..kalau yang boleh set suhu set 170 darjah
5. Bakar selama 1/2 jam

okey kita tengok resepi kek cheese pulak yer...

Bahan2
250 gm cream cheese (guna philadelphia atau mana yang ada tanda halal)
2 sudu besar dan penuh mentega
6 sudu besar biasa2 je tau jangan penuh sangat gula kastor
150 gm yogurt (jenis marigold, plain ke jenis berbuah pun tak per)
4 sudu besar tepung naik sendiri (blue key warna pink)
3 biji telur - asingkan kuning dan putih

cara2
1. pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang ( dalam 7 minit) pukul guna mixer
2. masukan gula 2 sudu dan pukul lagi
3. masukan kuning telur satu persatu
4. masukan yogurt, pukul lagi dan masukan tepung sedikit demi sedikit
5. dalam mangkuk lain, putih telur pukul dengan 4 sudu gula kastor...pukul hingga meringue, mudahnya bila terbalikan mangguk tu tak jath..
6. gaulkan putih telur dengan bahan yang pertama tadi secara kuap balik..jangan kacau yer...
7. bakar selama 1 jam dan dibawah loyang kek tadi letakkan satu lagi loyang berisi air...ini disebut sebagai cara water bath...set oven pada 170 darjah yer..
8. Dah siap boleh hiaskan dengan apa2 jenis jem...blueberry ke strawbery..

Kena ingat yer ini adalah cara aku masak menggunakan oven bulat lama tu ea..jika sesiapa guna oven yg ada api atas bawah...bila nampak kek agak2 sudah beku tutup atas kek dengan tudung periuk untuk elak kek hangus di atas atau merkah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan