Khamis, 6 Disember 2012

LAMB CHOOOPPPP


Salam semua...moga yang membaca entri ini adalah orang yang sentiasa diberi Ihsan dan lindungan dari perkara2 yang tidak baik....moga semua sihat zahir dan batin...Sihat zahir dengan memakan makanan yang sihat..sihat batin perlu mengamalkan perkara2 yang membangunkan hati...solat, zikir dan sentiasa melakukan perkara2 yang baik, biar sedikit tetapi istiqamah...

Yang akak tayang kat atas tu adalah lamb chop menggunakan mutton, atau dengan kata lain daging kambing yang semestinya daging muda la yer...kalau tua...tanggal lak gigi nanti..lama dah berangan2 nak buat tapi angan jer la ..smpi 1 hari akak ke carefour dan ada la dijual secara lambak bukan dalam bungkus...jadi boleh pilih yang kurang lemak...beli pun tak banyak...sebab nak try jer dulu...dan bila dah try anak2 minta lagi..maka beli la lagi...yang ini dah yg ke 3 ke 4 kali masak....baru leh amik gambo

Dan akak bakar guna pemangang ajaib tu la....senang dan empuk dagingnya...best...tak caya try ler...

Resepi kali nie pun agak mudah disediakan dan tak guna bahan2 yang pelik2...

BAHAN2
3 keping mutton - besar lebihkurang sebesar tapak tangan wanita 
sos tiram
sos cili
2 camca serbuk lada hitam
CARA2
1.  Ambil kepingan daging kambing tersebut, tuangkan sos tiram , sos cili dan serbuk lada hitam...ratakan keatas daging dan perap atau omputehnye marinate....gitu ler...lbhkurang 2 jam..nak kasi mesra
2.  Dah siap masukan ke dalam pemangang ajaib dan bakar hingga keluar air dan minyak daging...biarkan hingga air daging sedikit kering dan angkat daging letakan ke dalam pinggan

SOS
1 cawan susu cair atau susu segar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam
1 camca lada hitam

CARA
Tuangkan semua bahan ke dalam frying pan dan panaskan hingga sebati ..tak lama dalam 2 ke 3 minit ...angkat tuang atas daging tadi

Untuk bahan2 yang boleh menjadikan makanan seimbang - bakar kentang , akak bakar dalam microwave serbaguna...kejap jer... 6 minit kentang empuk...kupas kulit dan boleh diletakan seiring dengan daging tadi...

Untuk vitamin - amik salad...potong2 dan gaul dengan mayonis...sandingkan bersama kentang...siap....boleh dimakan panas2 sambil menonton TV...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan