Selasa, 22 Mac 2011

TITIAN HIDUP DAN CABARAN


Maaf la N3 ngan tajuk cam tak sync. kan ...gambar kat atas tu adalah hidangan sarapan pagi iaitu nasi goreng, pisang goreng dan air tea yang akak buat untuk anak2 dan suami...cuma anak2 minum air madu papa dia akak buatkan air lain, yg kat tu air untuk hubby ler...

akak nak bercerita tentang meniti kehidupan dan cabaran kehidupan...dan bila dicantumkan ia menjadi cabaran dalam meniti kehidupan..gitu tak..hehehhe...
Dalam kehidupan kita ini banyak sungguh cabaran yang perlu kita lalui...hidup tanpa cabaran seolah makan tanpa garam...minum tanpa gula...pauh tanpa masam... kan tak beshhh..kalau makan tanpa rasa begitu la juga kehidupan tanpa cabaran hidup tak bererti...

Isnin, 21 Mac 2011

MANIK TUDUNG LAGI...terlatest


Ini design terbaru tudung aku..cantik tak ilham ni datang time sibuk2 aritu ler...tertiba terasa nak jahit manik..maka dengan pantasnya aku pun amik jarum, benang dan manik maka terus le menjahit dan menjahit hingga siap..tak amik masa lama dalam 1 jam siap.. settle..

Bila pakai blink2...kan..kan...chantek...

SAWANG


Macamana anak mama tido camtu ler blog mama tido gak....huhuhuhu...bizi bebenor le sampai tak sempat2 nak update blog nie...Ini adalah anak aku yang paling kecil..suruh tido waktu siang tak mo..bila suruh buat homework tido..dah tu datang si abang yg nakal amik la plak gambo adik dia tido...

Bersawang2 blog nie aku tinggal, bizi buat nota la..buat soalan peperiksaan akhir la..siap ngan skima ngan PLO la taxonomi bloom la...adeh...sume tu membuatkan aku bizi...bizi kepala otak memikir..dan lepas tu malas nak fikir benda lain...

Cuti sekolah pun budak2 dok rumah jer...sebab mama tak leh cuti ada kelas ler pulak...tak per nanti kita cover time cuti ujung minggu yer...kita gi rehat2 sarapan kat luar...jalan2 okay yer...
tak per ni cuti sekolah pendek kan nanti cuti sekolah panjang kita gi jalan yer...

Sabtu, 5 Mac 2011

ELECTROMAGNETIC RADIATION

gambar diatas diambil dari satu web yang memaparkan kesan electromagnetic dari handphone kepada sel2 otak kita...
hari nie nak bagi info sains kepada semua yer...heheheh...bukan apa pagi2 tadi masa breakfast dengan anak2..sambil berbual2... lepas tu tah macamana terkeluar cerita berkenaan barah payudara...dan anak yang sulung tu pun tanya ..
mama kenapa sekarang ramai orang perempuan kena penyakit tu yer..takut la uman ... jadi sebagai mama yang berpendidikan kena la jawab kan...dan jawapan tersebut pun perlu la secara ilmiah juga kan..
so mama pun jawab la...
sebenarnya kanser ini terjadi dengan pelbagai sebab salah satunya
hari ini kita terlalu banyak menggunakan peralatan yang ada electrmagnetic radiasi..di mana radiasi tersebut dihasilkan dari apa jua peralatan elektrik tak kira samada ianya kecil atau pun besar...contoh terdekat..lampu yang kita gunakan dirumah juga mengeluarkan radiasi tetapi dengan jumlah yang sedikit...tetapi sedikit pun jika dikumpul hari2 dalam badan tanpa dikeluarkan ianya akan bertumpuk2 dan bertambahnya jumlahnya dalam badan..selain itu telefon mudahaliha(handphone) yang kita gunakan juga menghasilkan banyak electromagnetic radiasi...gelombang berjalan2 disana sini sebab orang guna telefon sana sini..kat rumah ni ajer ada 4 handphone so bayangkan berapa banyak radiasi yang kita terima..
ni ha ..komputer nie pun ada radiasi juga kan...
satu lagi pemakanan harian kita...contoh terdekat ayam...dalam tempoh 40 hari ayam2 yang kecil tu dah jadi besar dan boleh dimakan oleh kita semua berapa banyak bahan hormon yang dah disuntik kat ayam tu supaya cepat membesar...kita makan jer kan sebab tu kena selang2kan makan ayam nie tak boleh selalu.
sayur2an yang kita makan hari2 tu kan ditanam secara tak berapa sihat..kita tak tau baja apa yang digunakan sampai sayur2an tu sihat walafiat cantik berseri2 bila sampai kerumah...tu baru baja..racun yang digunakan untuk elakan sayur dimakan ulat tu pun tah racun apa..sampai ulat2 tu tak ingin lansung dekat kat sayur2 tu...
emmmm...banyak tau sebab2 kanser nie..klu ikutkan kan..kita jadi macam2 dulu2 jer la lagi bagus..tak yah pakai handphone, tanam makanan sendiri baru la selamat..tapi kan dengan kesibukan kerja macam skang nie...huhuhuhu...boleh ker....huaaaaaa....
dah tu diam jer anak2 dengan mama bersyarah macam profesor serbatau pagi2 nie...

Rabu, 2 Mac 2011

MANIK TUDUNG




Ini adalah antara koleksi dekorasi tudung yang dihasilkan sendiri oleh akak..boleh kata hampir semua tudung2 nie habis dah aku decoratekan ...biasa la pompuan kan suka yang indah2 dan cantik2 belaka...dan dengan sedikit kurniaan Allah ada idea untuk menghasilkan sesuatu yang cantik dengan bermodalkan manik2 , jarum dan benang maka jadi la beberapa hiasan yang tak seberapanya ini...

TIRAMISU LAGI



JUST DISPLAY - resepi sama jer dengan yang sebelum ini cuma decorate jer berbeza...

kedua2nya dibuat untuk makan2 suami dan anak2 dirumah... anak2 kat rumah nie bila teringin nak makan macam orang tak pernah jumpa ..jadi akak memang akan buat sampai anak2 muak makan dan tak minta lagi... kalau tidak nanti bila jumpa kat mana2 sibuk nak makan macam tak penah jumpa kan... tension mama kan...huhuhu